I would never fall in love until I found her
" Dr Atisha Humaira, Pengarah nak jumpa kau," kata Staffnurse Lilly yang baru sahaja meletakkan telefon.
"Kenapa?" Soal Atisha yang baru sahaja selesai mencuci luka pesakit. Mujurlah kecemasan kurang pesakit kali ini.
"Tak tahu, cepatlah dia tunggu kat office dia," kata Lilly mengangkat bahu.
Atisha meletakkan dulang alatan pencuci luka di atas troli, lantas membasuh tangannya. Kemudian kakinya diarahkan melangkah ke bangunan pentadbiran hospital, atau lebih tepat lagi ke pejabat Dr Affendi.
Pintu kayu tebal itu diketuk ketuk. Setelah di beri izin untuk masuk,Atisha menolak pintu untuk masuk ke dalam.
Kelihatan susuk tubuh Dr Affendi sedang duduk di sofa sambil memegang beberapa kertas di tangannya.
" Oh kamu Dr Atisha,come,sit there. There is something that i want to discuss with you."
Atisha hanya menurut perintah dan duduk di atas sofa yang ditunjukkan Dr Affendi.
"Okay Atisha, saya ada mendengar dari Dr Hayden, tentang minat kamu dalam aktiviti sukarelawan. Mahukah kamu join untuk aktiviti Hari Kanak Kanak bersama pesakit kanak kanak, cuma kali ini boleh tak kamu dan Hayden akan conduct aktiviti itu?"Soal Dr Affendi terus terang.
Atisha mengerut dahi. " Tapi saya takut roster saya tidak mengizinkan Dr. Saya risau akan apa SV saya Dr Alif katakan. Sebab saya tagging Kecemasan tetapi saya masih sibuk join aktiviti melibatkan Jabatan Pediatrik."
Risau juga sebab sekarang ini dia dah la sedang menghabiskan tagging terakhirnya.
"Oh itu kamu jangan lah risau. Saya boleh tukarkan tempat tagging kamu masuk ke Pediatrik semula.Kamu lupa saya ada kuasa itu?" Kata Dr Affendi tersenyum.
" Habis siapa yang akan menggantikan saya dalam Kecemasan Dr? Mereka tengah tak cukup staff tu," Soal Atisha tertanya tanya. Ikutkan dirinya,memang tak sabar betul dia nak tamatkan tagging dalam Kecemasan ini cepat cepat sebab sangat penat. Tetapi Pediatrik juga tidak kurang hebatnya,kes terlampau banyak dan terlalu sibuk.
" Jangan risau ada doktor baru yang akan menggantikan kamu, jangan risau. Mulai minggu depan nama kamu akan tagging di Pediatrik. Habiskan kat situ terus."
Atisha terdiam. Seakan tiada pilihan,dia hanya mengangguk.
" Oh untuk program Hari Kanak Kanak peringkat hospital nanti, akan ada yang sudi sponsor program itu.Seorang yang sangat budiman. Jadi kamu jangan risau soal bayaran itu nanti ye. Semua free dan boleh claim," kata Dr Affendi sambil menyerahkan satu fail.
" Nah ini proposal yang Dr Hayden sudah rangkakan. Bincangkan dan nanti kamu berdua juga perlu berjumpa fund raiser yang akan menaja program kamu ini."
" Baik Dr Affendi, terima kasih memberi kepercayaan kepada saya untuk melakukannya." Kata Atisha menyambut huluran fail tersebut.
"Sama sama"
_____________________________________
Tidak disangka gadis di hadapannya ini sudah menjadi doktor rupanya. Tak sia sia dia merangka plan ini dengan mengusulkan nama Atisha supaya menjadi salah satu penggerak program yang dirancangkan bersama pihak hospital. Pada mulanya kelihatan Dr Affendi seperti tidak bersetuju, namun dengan alasan bahawa Atisha pernah menjadi sukarelawan, nampaknya Dr Affendi hanya menurut akur sahaja.
Bagaimana Tengku Noah tahu tentang itu? Sudah tentu Tengku Noah mengupah penyiasat peribadi untuk menyiasat segalanya tentang Atisha Humaira.
Terima kasih juga kepada Dr Tengku Hayden, yang merupakan dua pupunya. Setelah dia mengetahui hasrat Noah yang ingin mengenali gadis itu dengan lebih rapat, Hayden bersemangat ingin membantunya. Namun Hayden tidak mengetahui bahawa Noah sudah pun mengenali gadis itu sejak 10 tahun dahulu. Kisah itu disimpan, Noah malas untuk membukanya kembali.

ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Pemilik Hati
AcakBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...