I would never fall in love until I found her
Seminggu berikutnya Atisha masih kekal mendiamkan diri. Dia juga mengelak dari berjumpa Tengku Hayden. Tengku Hayden akhirnya mengalah. Dia tidak mahu mengasak Atisha lagi.
Tetapi hatinya memang mengesyaki ini semua ada kaitan dengan Tengku Noah. Dia mendengar kisah bahawa sejak 3,4 hari ini Tengku Noah banyak meninggalkan kerjanya di syarikat. Kesemua temu janji dan mesyuarat dibatalkan secara tiba tiba. Ini bukan peribadi Tengku Noah yang biasa. Lelaki itu berintergriti, dan workholic. Kerjanya tip top.
Bagaimana orang seperti itu boleh tidak mengendahkan kerjanya?
Ini semua kebetulan lagi kah?
Tengku Hayden akhirnya datang ke rumah Tengku Sumayyah lagi untuk memberitahu satu berita yang mungkin menggembirakan Atisha.
Atisha keluar untuk menyantuni kedatangan Tengku Hayden. Dalam hatinya berharap agar cukuplah dia diasak soalan lagi. Dia tidak mahu lagi mengingati peristiwa lama.
Sumayyah terpaksa ke hospital kerana tuntutan tugas oncall yang baru diterima tadi. Namun dia berpesan pada Tengku Hayden agar menjaga batas semasa dengan Atisha.
Tengku Hayden akur, dia juga tahu akan sempadan itu. Kerana itu dia mengambil keputusan untuk berada di luar pintu utama. Tidak betah untuk masuk.
Atisha pula juga berdiri diluar pintu. Dia berpeluk tubuh sedikit sambil mengerling kiri kanan. Risau orang Tengku Noah ada di mana mana.
" Tisha, aku datang nak bagitahu kau, yang kau mungkin boleh masuk kerja mulai minggu depan."
Wajah Atisha bertukar riang.
"Serius lah Hayden??" Soal Atisha teruja. Pertama kali Tengku Hayden melihat sinar bahagia terlukis di wajah wanita itu sejak dia kembali.
Baiklah Atisha, jika itu yang kau mahu, aku beralah dahulu.
Tengku Hayden mengangguk lembut.
" Tapi bukan kat sini. Dr Affendi tukarkan kau ke Hospital DeFlorin , negeri Scolia. Kami rasa lebih baik kau memulakan latihan baru di hospital baru tu. Lagipun tak lama pun Tisha, kau cuma habiskan tagging terakhir kau kat sana. Mungkin kau terus diserapkan kat sana," jelas Tengku Hayden, mengerling Atisha, cuba melihat reaksi gadis itu.
Jelas gadis itu terkejut.Tetapi wajahnya kekal tenang. Ditukarkan?
Dia terfikirkan sesuatu.
Peluang aku untuk terus menjauhkan diri dari suami aku. Mungkin dengan cara itu aku boleh menguatkan dan menstabilkan diri dari segi emosi, mental dan kewangan.
Sebab cukup masa nanti, dia mahu memohon penceraian!
Cuma Atisha masih tidak mengetahui, obses Tengku Noah terhadap dirinya sangat teruk. Atau gila.
" Atisha." Panggil Tengku Hayden mengembalikan Atisha ke dunia nyata.
Atisha memandang Tengku Hayden, sahabatnya yang benar benar ikhlas terhadapnya.
" Aku okay Hayden. Aku sedia berkhidmat."
Tengku Hayden tersenyum nipis.
"Okay, kalau macam tu kau boleh simpan barang barang kau. Aku akan hantar kau ke sana esok atau lusa."
Atisha tersentak. "Eh tak pe Hayden. Aku dah banyak susahkan kau dengan Kak Maya. Kali ini aku boleh."
" No Tisha, aku tak nak sesuatu berlaku kat kau. Aku dah uruskan kuarters hospital DeFlorin untuk housemen, nasib ada kosong. Jadi kau dah tak payah kisah tempat tinggal dan transport lagi dah," tegasnya Tengku Hayden menyebabkan Atisha terdiam.
YOU ARE READING
Putera Pemilik Hati
AcakBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...