73

9.5K 349 20
                                    

I would never fall in love until I found her

HARI PERNIKAHAN
4 JAM SEBELUM WAKTU AKAD NIKAH

Atisha merenung baju nikah putih yang dibawa masuk dayang istana sebentar tadi. Kata dayang tersebut, jurumekap atau MUA profesional akan datang menata rias wajah Atisha. Atisha mengangguk faham dan dayang tersebut tunduk hormat serta keluar dari bilik.

Aurora mengambil inisiatif untuk menjaga Faiq dan Faliq sebentar sementara menunggu waktu akad nikah berlangsung.

Atisha tidak mengetahui adakah hatinya benar benar gembira akhirnya kerana kebebasan yang dirasai, kerana dalam masa yang sama dia rindu. Rindu dengan figura seseorang, rindu dengan kata kata cinta, rindu dengan kehangatan pelukannya.

Kesal merajai hati, kerana disaat dirinya bakal diakad, dia masih tega memikirkan tentang lelaki lain.

Lupakan dia Atisha.
Lupakan.

Setelah selesai ditatarias, jurumekap yang bernama Anne terpegun seketika.

" You are so fucking beautiful. Bertuah bakal suami Cik Puan," ujar Anne, memuji wajah Atisha yang berubah hasil kreativiti tangannya. Atisha tersenyum tipis, mengucapkan terima kasih.

Pintu diketuk perlahan, dan Anne segera membuka pintu.

" Tuanku," kata Anne sambil membukakan pintu dengan lebar dan menunduk hormat. Atisha berpaling ke arah pintu, melihat Putera Amar yang seakan terpegun melihat dirinya.

" Ya Tuanku." Ujar Atisha mematikan pandangan kagum Putera Amar.

" Can we talk? Privately."

Atisha mengangguk. " Sure? About what?"

Putera Amar mengisyaratkan Anne untuk keluar sebentar. Anne kelihatan agak berat hati.

" Jangan risau Anne, saya tak buat apa apa. Saya masih tahu batas lagi," kata Amar melemparkan senyum. Anne mengangguk.

" Sekejap saja Tuanku ya, bahaya," kata Anne sambil menutup pintu.

Suasana hening seketika. Atisha bermain dengan hujung lengan baju nikahnya. Debaran terasa di dada.

" Awak cantik sangat Atisha," puji Putera Amar. Atisha senyum segaris dan tunduk, jarinya masih bermain perlahan di tempat sama.

" Saya cuma nak jumpa awak sebelum bernikah Tisha. Awak pasti dengan keputusan awak?"

Atisha terdiam sekejap sebelum hanya tersenyum lagi.

" Saya pasti Tuanku. Kita cuba ya."

Putera Amar menghela nafas dan merenung wanita itu.

" Tisha, kebahagiaan awak adalah kebahagiaan saya. Ingat tu. Saya cuma nak tengok awak gembira dan tersenyum selalu selepas dari hari ini. Jadi isteri yang baik dan taat pada suami."

"Saya cuba Tuanku. Doakan kita sama sama dapat mengharungi perjalanan ini Tuanku." Sahut Atisha, ada rasa gementar yang aneh dalam nada suaranya. Dan Atisha merasakan dia sedang menipu diri sendiri dan semua orang.

Bahagiakah dia kali ini ? Bahagiakah dia dengan keputusan ini?

Putera Amar mengangguk.

" Saya keluar dulu Tisha. Jumpa awak sejam dari sekarang."

—————————————————————-

Aurora cemas mendapatkan Aiden yang sedang berbicara ringkas dengan Khaleed. Dia membisikkan sesuatu ke telingan suaminya. Sebaik sahaja Aiden mendapat berita itu,  dia mendiamkan diri sebentar.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now