I would never fall in love until I found her
Atisha hanya mendiamkan diri sambil matanya memandang ke tingkap. Lelaki di sebelahnya masih kekal tenang memandu. Tetapi kedua duanya sedang menahan rasa gelora yang bermain dalam jiwa. Gelora yang sama seksa. Kerana seorang Tengku Noah.
Jika Tengku Noah tahu akan ini,memang habis. Memang dia akan bunuh aku. Fikir Atisha.
Dadanya turun naik mencari kesamarataan nafas. Takut dan gerun sama menyemai dalam jiwa. Tangan Atisha terasa sejuk seperti ais.
" Cik Puan," sapa lelaki disebelah, yang masih kekal memandu tenang.
" Luke..kenapa awak tolong saya?" Atisha tidak dapat menahan rasa ingin tahu. Kenapa lelaki ini mahu menolongnya? Ada apa yang berlaku? Atau semuanya atas arahan Tengku Noah juga?
Luke mengeluh pendek.
" Atau ini semua suami saya yang suruh?" Tingkah Atisha.
Luke tersentak.
" Tak Cik Puan. Saya sendiri yang ingin melakukannya."
Atisha terus terdiam. Begitu juga Luke.
Mereka berhenti di satu lorong kecil berdekatan satu apartment kos rendah. Luke memberhentikan kereta di situ.
Dia memusingkan tubuhnya menghadap Atisha. Atisha mula berdebar debar dengan perlakuan Luke.
" Cik Puan, dengar sini baik baik. Tolong hilangkan diri buat seketika dahulu. Pergi jauh dari sini dan jangan munculkan diri. Saya dah godam sistem keselamatan mansion cuma untuk 2 jam sahaja. Segala perlakuan kita tadi sudah dipadamkan. Cik Puan binalah hidup baru, circle baru, hubungan baru....."
" Luke.." potong Atisha, menahan nafas yang sedari tadi. Luke terdiam, memandang wanita itu.
"... kenapa awak tolong saya kali ni? Sebelum ini saya diseksa habis habis oleh suami saya tapi awak tak buat apa apa. Kenapa sekarang?" Soal Atisha, dia masih tidak faham.
Luke cuba mengatur nafas yang mula tak stabil dan makin menggila. Dia mengerling jam di tangan. Tengku Noah akan pulang tak lama lagi. Dia harus cepat.
" Let's say yang ini masanya Cik Puan perlu pergi. Cik Puan akan tahu juga nanti. Tapi ini peluang untuk Cik Puan lepaskan diri. Lari lah Cik Puan, sembunyikan diri. Jangan berpaling lagi."
" Saya dah hubungi seseorang yang Cik Puan kenal. Dia menunggu di kereta sana. Cik Puan janji dengan saya, sembunyikan diri. Tuanku bukan lelaki yang mudah ditundukkan. Bukan mudah dipermainkan. Dia berkuasa, dia boleh melakukan apa sahaja. Dia Putera Mahkota. Dia ada mata dan telinga di seluruh negara."
"Saya pasti Tuanku akan mengerahkan semua untuk mencari Cik Puan. Cik Puan isteri yang dia cintai, yang dia sayangi. Saya nampak sendiri perasaan Tuanku, Tuanku memang cinta mati dengan Cik Puan, tetapi cara Tuanku itu salah. Cik Puan bukan barang yang dia boleh buat sesuka hati, yang dia boleh simpan selamanya."
Panjang lebar Luke menerangkan kepada Atisha. Berat kepala Atisha menerima satu satu perkataan yang boleh dikatakan seperti bom besar.
Ketakutannya mula datang semula.
" Luke, saya takut. Saya takut dia akan jumpa saya balik. Dia akan buat lagi teruk dari sekarang kalau dia jumpa saya. Awak..awak tu, dia akan bunuh awak sebab awak menolong saya untuk lari dari dia. Jangan Luke, kita patah balik Luke. Mari kita patah balik. Saya tak nak orang lain kena sebab saya. Saya tak nak diseksa lagi teruk kalau dia jumpa saya. Saya pasti kalau saya patuh semua arahan dia lepas ini, dia takkan buat sesuatu yang menyakitkan saya dah. Saya kena jadi baik, good girl, macam apa yang suami saya nak. Saya akan turut apa yang suami saya inginkan," kata Atisha menggeletar.

ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Pemilik Hati
CasualeBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...