I would never fall in love until I found her
"Rose..rose datang juga kepada abang."
Atisha mengetap bibir mendengar nama ibunya disebut oleh lelaki tua ini. Ibunya yang sudah dibunuh oleh Tengku Raden. Tak layak langsung mulut busuknya menutur nama ibunya. Tidak layak sama sekali.
" Rose..abang..."
" Jangan sebut nama ibu saya!" Keras Atisha menuturkan kata kata. Benci sungguh dia kali ini. Benci sangat sangat.
Tengku Raden memandang Atisha dengan tatapan kesedihan, yang seperti sudah lama dipendamnya. Bibirnya seolah olah bergerak gerak menuturkan sesuatu.
" Kenapa kau tinggalkan aku Rose..? Kenapa kau sanggup lari ikut lelaki lain? Kenapa kau tak tunggu aku langsung..bertahun tahun aku menahan rasa hingga aku sudah tak sanggup menyimpannya, hingga aku sendiri terseksa. Kenapa Rose?" Lirih suaranya memuntahkan segala luahan yang mungkin terpendam.
" Kau curang dengan aku. Kau tidur dengan Arash berkali kali , sampai kau mengandung.. aku kecewa Rose.. aku kecewa..cinta yang aku berikan.. tapi kau balas dengan kecurangan. Kau curang dengan aku Rose!"
Atisha berang.
"Jaga mulut Tuanku. Jangan berani menuduh ibu saya berzina! Tuanku yang tak habis habis berdendam dengan ibu ayah saya sehingga Tuanku sanggup membunuh mereka. Saya juga tahu Tuanku membunuh Tengku Sarimah, nenda Tuanku sendiri. Bau racun dalam mulut dia masa saya cuba buat CPR selamatkan dia. Bau yang sama ada di tubuh Tuanku semasa hari perkebumian nenda! Tapi saya diam..saya tak ada bukti untuk menuduh. But you are really monster Tuanku. You are crazy!"
Tengku Raden kelihatan menahan marah yang terlihat pada turun naik dadanya yang laju.
" Aku jumpa kau dalam keadaan berzina dengan Arash! Macam mana kau nak nafikan lagi Rose. Kau tak tahu betapa kecewanya aku !" Tengku Raden kelihatan menaikkan nada suaranya, marah.
" Tutup mulut Tuanku. Shut up!" Jerit Atisha. Tuduhan paling berat yang pernah diberikan kepada ibubapanya. Mereka pun sudah lama tiada. Kenapa harus dibangkitkan isu begini. Tidak, mereka tidak berzina!
Ketukan dipintu bertalu talu berbunyi diikuti dengan bunyi tolakan pemegang tombol, tetapi Atisha telah menguncinya terlebih dahulu tadi.
" Tapi Rose, kita boleh bersama semula sayang. Lepas kau bersalin, tinggalkanlah Arash, dan hiduplah bersama aku. Aku rela tinggalkan semua kehidupan ini demi kau Rose. Aku sanggup tolak perkahwinan aku dengan Mariah demi kau." Perlahan lahan Tengku Raden bangun dan menghampiri Atisha yang berdiri tidak jauh dari katilnya.
Bunyi rantai besi tiba tiba kedengaran. Rupanya Tengku Raden dirantai di kakinya, ditambat dengan katil. Pendeknya besi itu menyebabkan Tengku Raden hanya mengawang awang tangannya betul betul dihadapan Atisha, tidak sampai untuk menyentuh Atisha.
Entah kenapa hati Atisha terusik melihat situasi ini.
Kenapa orang tua ini dikurung sebegini? Dari zaman kegemilangannya memerintah dahulu, kini hanya mengemis kasih sayang, walau terpaksa ditambat dengan rantai besi.
" Rose..tolong abang.." tangan itu masih terawang awang cuba menggapai tubuh Atisha.
" Rose.. marilah.."Pintu dirempuh begitu kuat menyerlahkan satu susuk tubuh lelaki tegap masuk dan terus mendapatkan Atisha. Tengku Noah mengetap bibir menahan marah melihat Atisha dan ayahandanya didalam keadaan begini. Dia seolah olah boleh mengagak situasi itu sekarang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Pemilik Hati
DiversosBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...