I would never fall in love until I found her
Dua Tahun Kemudian
Pusara lama itu direnung sayu. Pusara kedua ibubapanya yang bersebelahan. 5 tahun usia perkahwinannya dengan Tengku Noah, baru pertama kali dia menjejak kaki ke pusara Tengku Rosemarie dan Arash Hamizan.
Dia ditemani oleh Mak Som, dan Adrian Hilman yang turut sama menziarahi kubur. Sesekali Mak Som mengelap air mata, mengenangkan adiknya Arash Hamizan dan juga janjinya yang dilunaskan, menjaga Adrian Hilman sehingga diketemukan dengan adiknya Atisha semula. Sesalan bertimpa memikirkan betapa dia takut pada Tengku Raden sehingga terpaksa berpura pura tidak tahu akan kematian adiknya, Arash tambahan pula Tengku Raden langsung tidak mengetahui ikatan adik beradik kandung mereka.
Kerana itu, mudah baginya untuk menjaga Adrian Hilman, yang berstatus anak luar nikah kepada Tengku Rosemarie dan Arash Hamizan.
Adrian pula menepuk nepuk bahu adiknya yang langsung tidak mengeluarkan air mata. Mungkin kerana Atisha tidak mempunyai banyak kenangan bersama ibubapa menyebabkan dirinya hanya beriak biasa.
Selesai membacakan surah Yasin dan sepotong doa memohon keampunan buat kedua ibubapa mereka, Atisha mengajak mereka semua pulang. Dengan keadaan perutnya yang berusia 4 bulan, Atisha masih cergas berjalan.
Ya dia mengandung lagi. Dan ini anak mereka yang kelima. Dua anak terdahulu dilahirkan dengan jarak usia yang rapat, iaitu setahun. Apabila anak ketiganya Tengku Aisy Akhtar mencecah 3 bulan, Atisha sekali lagi disahkan mengandung, menyebabkan dia cukup marah dengan Tengku Noah.
Apabila anak keempat Tengku Emir Haidar dilahirkan, Atisha mahu berpantang di istana, tetapi Tengku Noah tidak membenarkan. Hampir sahaja wanita itu meroyan dan mujurlah Tengku Mariah dan Tengku Insyirah datang menemani Atisha berpantang. Sebakul bebelan diberikan supaya nafsu Tengku Noah dikawal.
Tetapi Tengku Noah, tetap Tengku Noah. Dan kejadian sama berulang sekali lagi. Atisha disahkan mengandung sekali lagi ketika usia anak keempatnya mencecah 4 bulan. Sekali lagi Atisha mengamuk sakan terhadap suaminya namun akhirnya dia tenang setelah dipujuk elok elok oleh Tengku Noah.
Sempat lagi Tengku Mariah mengetuk kepala Tengku Noah kerana lupa terus pesanannya tempoh hari.
Atisha bertekad akan mengambil IUD atau Tengku Noah sendiri akan membuat Vasectomy Operation setelah melahirkan anak mereka yang kelima nanti.
Oh ya, rombongan mereka ke kubur ini tidak disertai oleh Tengku Noah dek kerana kesibukan dirinya namun dia telah memberi arahan spesific kepada Adrian untuk menjaga isterinya merangkap adik Adrian itu sebentar dan terus dibawa pulang ke villa.
Atisha melangkah keluar dari kawasan kubur apabila dia ternampak kelibat seseorang sedang memerhatikannya. Dia melemparkan senyum kepada seseorang itu dan berpaling kepada Adrian dan Mak Som.
Tetapi Adrian tiba tiba mengangguk. " Pergilah, abang off record, anggaplah semua ini tak pernah berlaku."
Atisha mengucapkan terima kasih kepada Adrian. Dengan perlahan dia berjalan ke arah figura lelaki itu yang berdiri disebalik pohon sana.
Lelaki itu tersenyum.
" Apa khabar Cik Puan?" Sapa lelaki itu.
" Baik, Luke. Awak?"
" Saya macam ni la Cik Puan, tetap mengawasi Cik Puan dari jauh."
Atisha mengemam bibir, cuba menahan sebak.
" Saya minta maaf."
Luke menggeleng pantas. " Saya okay Cik Puan, tak ada apa apa yang perlu dijelaskan"

ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Pemilik Hati
DiversosBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...