66

8.7K 342 20
                                    

I would never fall in love until I found her

Tengku Eiman berlari menuju ke pejabat Tengku Noah sambil memegang iPad di tangan. Ayahandanya Tengku Raden sudah buat gila kali ini.

Pintu pejabat Tengku Noah dirempuh tetapi seketika kemudian dia berhenti.

Dia melihat Tengku Noah bersama seorang perempuan. Keduanya sedang bertatapan mata dengan marah. Wajah Tengku Noah seolah olah mahu menerkam seseorang. Tangannya dikepal kuat.

Dia tidak menghiraukan kedatangan Tengku Eiman dipintu. Bunyi rempuhan itu juga diabaikan.

" Aku tak nak kahwin dengan kau Sarah. Get out."

Puteri Sarah menggeleng,wajahnya tenang. Dan dia ketawa.

"Yelah .Kahwin rahsia kemudian selepas terbongkar, kau ceraikan Ayla. Kau jangan ingat aku tak tahu Noah, kau juga ceraikan Atisha demi nak selamatkan takhta kau. Mana tahu esok lusa aku pula jadi mangsa," pedas Puteri Sarah berkata sambil memeluk tubuh.

Tengku Noah mendiamkan diri menahan berang. Demi selamatkan takhta? Aku lebih pentingkan keselamatan isteri aku dan anak anak aku sekiranya mereka terus berada di Genevia.

Namun dia menyembunyikan riak marahnya.

" So, kau boleh berambus sekarang sekiranya kau tak suka," balas Tengku Noah memeluk tubuh. Gila ke perempuan ni.

Puteri Sarah tersengih. Kelihatan aneh pula melihat senyuman itu.

" Tak semudah itu Tengku Noah."

Puteri Sarah menyilang kaki.

" Apa yang kau nak sebenarnya ni Sarah?" Soal Tengku Noah, merenung Puteri Sarah. Dia tahu Puteri Sarah sebenarnya mempunyai agenda lain. Jika tidak, masakan wanita itu berani ke sini semata mata.

" Aku tahu kau pura pura hilang ingatan, aku tahu kau sengaja ceraikan Atisha sebab kau nak balas dendam dengan ayah kau. Oh..Jangan tanya macam mana aku tahu." Puteri Sarah terhenti seketika, sambil bermain dengan jari jemarinya. Dia tersenyum sinis.

" Aku tahu semuanya Tengku Noah. Dan aku boleh tolong kau jayakan semua tu dengan syarat."

Tengku Noah memincingkan pandangannya terhadap Puteri Sarah. Perempuan ini bahaya.

" Kahwin dengan aku. Sebaik sahaja selesai, kau boleh kahwin dengan Atisha semula. Aku tahu kau memang sayang cinta mati dengan perempuan tu so kau boleh simpan dia macam biasa. Aku akan jadi permaisuri kau. Kita boleh perintah negara ini bersama sama. Tetapi kita berdua takkan ada apa apa hubungan. Aku boleh tolong kau dari segi pentadbiran, dan Atisha boleh tolong kau dari segi..hmm kau faham la, nafsu kau."

Tengku Eiman yang masih berada di pintu itu terkejut. Terlopong mulutnya mendengar tawaran gila oleh Puteri Sarah. Tetapi Tengku Noah pula seakan tidak bereaksi. Dia memandang Puteri Sarah seolah olah berfikir sesuatu.

" Jadi kau nak aku kahwini kau semata mata sebab kau boleh tolong aku? Kenapa kau rasa Atisha tak boleh jadi Permaisuri pula?"

Puteri Sarah tersenyum.

"Come on Noah, dia sebelum ni berlatarbelakang rakyat biasa je. Dia tiada pengalaman mentadbir. Lagipun aku tahu kau lebih suka dia tidak dikenali orang. Kau cemburu. Aku tak nak masuk campur soal hubungan kau, pergi mati lah. Yang penting, aku ada cita cita aku Noah. Aku nak jadi Permaisuri dan aku akan pastikan tugas itu digalas dengan baik. Kau kahwin dengan aku, kau dapat apa yang kau nak, dan aku pun dapat apa yang aku nak. Simple."

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now