I would never fall in love until I found her
"Ian."
"Ian."
" Bangun Ian. Tolong..selamatkanlah dia. Ingat pesanan Mama."
" Ian.."
Mama! Matanya terbuka luas mencari arah suara yang dirinduinya memanggilnya. Namun hampa, apabila melihat bilik yang sinonim dengan pandangan mata. Hilman lantas bangkit dari pembaringan. Matanya terpisat pisat. Dia termangu sebentar.
Itu suara Mama! Suara yang sering mendatangi malam malam mimpinya. Memberi nasihat nasihat baik yang sering terulang dalam kotak fikirannya.
Tapi kali ini, nada suaranya berlainan sekali. Suaranya seolah meminta tolong, untuk menyelamatkan seseorang.
Tapi siapa?
——————————————————————————-
Atisha memotong bawang dan menyiang sayur sayur dan diasingkan sayur mengikut bekas. Tengku Noah baru sahaja menelefon dan katanya dia teringin makan masakan ala kampung. Dan akhirnya di sini lah Atisha menurut perintah.
Nasi sudah masak, tinggal goreng ikan, membuat sayur campur dan juga menumbuk sambal belacan. Bertungkus lumus juga dia menyiapkan hidangan yang diminta. Semoga suaminya suka akan makanan itu.
Hubungan keduanya semakin baik, sejak 3 minggu lepas walau Atisha masih lagi ada rasa gerun dan takut pada Tengku Noah. Tengku Noah juga tidak lagi berkasar pada Atisha. Malahan, dia banyak berlembut dan tidak lagi memaksa Atisha untuk melakukan hubungan atas katil.
Meskipun nafsunya membuak buak setiap kali melihat isterinya, dia sanggup menahan asal isterinya selesa dengannya. Asalkan isterinya tidak lagi gerun padanya.
Namun dalam masa yang sama, dia tidak akan sesekali menghilangkan perasaan takut isterinya pada dirinya. Bimbang isterinya boleh melakukan perkara diluar jangkaan sekiranya rasa takut itu sudah tiada.
Atisha sekarang ini sedang menggoreng sayur ketika satu bunga rose disua betul betul di hadapan matanya. Matanya membulat melihat bunga kegemarannya. Bunga mawar.
" Untuk sayang." Gemersik suara Tengku Noah menyapa halwa telinganya. Atisha mengukir senyuman manis dan mengambil bunga itu.
"Terima kasih abang." Ucap Atisha ikhlas. Terselit nada gembira dengan pemberian itu.
" Sedap bau. Sayang dah siap masak?"
" Dah..kejap, orang nak senduk sayur ni. Kejap tau," suara manja Atisha mula kedengaran. Tengku Noah mengucup lembut ubun ubun kepala isterinya. Tangannya masih melingkari pinggang Atisha, malahan dirapatkan lagi.
" Abang."
" Ya sayang."
" Lepaslah, nak senduk sayur ni. Panas ni tau." Pujuk Atisha lembut, cuba untuk tidak nampak berkasar. Hubungan mereka baru sahaja membaik.
" Okay 5 minit," ujar Tengku Noah selamba sambil melepaskan pelukan. Atisha menggeleng kecil sambil menyenduk sayur campur ke dalam pinggan.
Pelik pula jadi manja macam ni.
——————————————————————————
" Sayang." Panggil Tengku Noah lembut. Ketika itu mereka berdua berada di beranda sambil merenung bintang di langit. Pemandangan kegemaran Atisha.
Atisha mendongak melihat wajah suaminya. " Kenapa abang?"
Tengku Noah menelan air liurnya. Keluhan dilepaskan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Pemilik Hati
AcakBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...