2

13.5K 600 5
                                    

I would never fall in love until I found her

Atisha menyusun goodies bag dan hadiah VIP yang disediakan mengikut senarai. Dalam hatinya menyumpah mendongkol geram terhadap Tengku Hayden. Katanya menjadi sukarelawan untuk pesakit cancer dalam wad. Rupanya dinaiktaraf menjadi salah satu AJK dalam upacara perasmian wad baru ini. Saja nak kenakan aku.

" Dah cukup dah hadiah,Tisha?" soal Dr Syakilla yang memeriksa sekali lagi senarai hadiah yang diberi oleh AJK Protokol.

" Dah kak,cukup dah ni.Kenapa ada nak tambah lagi?" soal Atisha sambil membelek belek semula hadiah VIP itu.

" Mungkin kena ada back up kot sebab melibatkan keluarga dirajakan," kata Dr Syakilla sambil menyerahkan senarai itu. " Nah list hadiah untuk siapa penerima. Ingat tau every hadiah itu ada penerima masing masing. Follow the list tu ye."

Atisha mengangguk faham.

Tiba tiba seorang lelaki menghampiri mereka, tertera namanya Azzam,merupakan seorang Radiografer.

" Dr Syakilla, kena tambah hadiah kot,sebab Putera Mahkota juga akan datang sekali," kata kata itu menyebabkan Atisha segera berpaling ke arah Azzam.

"P-Putera Mahkota?" soal Atisha tergagap gagap.

"Aah,aku baru sahkan kehadiran dengan pihak Protokol. Sekarang ni kecoh sikit kat belakang sebab kena susun semula kedudukan VIP dan kerusi mereka juga. Dengar dengar Putera Tengku Noah dah balik ke Genevia minggu lepas dah," terang Azzam,tidak sedar perubahan di wajah Atisha.

Bukan Atisha tidak tahu,ketika di zaman sekolah dahulu,selepas tamat perlawanan bola sepak persahabatan yang ,menemukan mereka, kerap pula Putera Mahkota itu datang ke sekolahnya dengan pelbagai alasan. Dan Atisha kerap menyembunyikan diri untuk tidak dijumpai. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia perlu menyorokkan diri. Mungkin fobia akan apa yang dia cuba lakukan ketika itu. Tapi satu hal yang pasti, ke semua sesi kedatangan jejaka itu kerana ingin mencari gadis perawat luka tempoh hari.

Sehingga satu saat,selepas tamat peperiksaan besar, Putera itu sudah tidak mencarinya lagi. Rupanya dia melanjutkan pelajaran ke luar negara, dan Atisha sudah boleh menarik nafas lega,memakukan fokus untuk mengharungi setahun lagi sebagai pelajar Tingkatan 5.

Dan kali ini, selepas 10 tahun, Putera Mahkota sudah pulang ke tanah air. Kenapa masa ni juga dia akan datang??Jerit batin Atisha.

Mungkin dia dah tak kenal aku dah. Atau aku boleh pakai mask untuk menutup wajah aku. Cuma pelik pula tiba tiba nak pakai mask bagai?

"Atisha, kau beli hadiah bunga segar lah as backup, hadiah ni aku susun balik and aku bagi senarai penerima yang baru, boleh?"Dr Syatilla memecahkan lamunannya. Atisha bersetuju terus. Boleh la dia keluar dari Audi ini dulu. Ambil angin.

_____________________________________

Bunga mawar 10 kuntum itu dibawa berhati hati. Dah lah mahal. Mujur boleh claim dengan Dr Syatilla. Nak harap gaji dia,memang tak lah dia nak beli bunga semahal itu.

Cuaca jam 10 pagi boleh tahan panas ye. Nasib ada kedai yang baru buka di bandar. Nasib juga mereka boleh membalut hadiah  bunga itu cantik cantik.

Atisha berjalan tanpa menyedari dua biji kereta diraja dan beberapa kereta polis iringan melalui di tepinya terus menuju ke hadapan lobi hospital. Dia terlalu tenggelam dalam lamunannya sehingga terdengar bunyi orang bercakap cakap di hadapan lobi.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now