53

11.5K 443 17
                                    

I would never fall in love until I found her

" Proxene?"

Tengku Noah mengangguk. Ketika itu mereka berdua duduk di sofa di ruang tamu sambil melihat anak anak mereka bermain. Pada mulanya Tengku Noah ingin ke istana bagi bertemu muka dengan bondanya, tetapi melihat keadaan sekarang, dia rasa dia ingin menemani isterinya dahulu.

" Ya, Proxene. Ubat hilangkan ingatan sementara. Untuk amnesia. You were doctor before right? Mesti sayang tahu."

Atisha yang dipeluk belakang menyandarkan kepalanya ke dada Tengku Noah sambil tangannya memegang kekura tangan suaminya yang memeluk pinggangnya.

Seriously bonda Tengku Mariah sanggup memberikan ubat tu? Tapi kenapa?

Setahunya, ubat tu diharamkan dalam Genevia.

" Disebabkan Proxene tu, bonda hilangkan kenangan zaman kecil abang. Ubat tu diletak dalam minuman susu, start umur 6 tahun. Abang tak ingat langsung apa yang berlaku pada zaman tu. Abang jadi cepat lupa, sampai memberi kesan pada pembelajaran abang. Akibat penggunaan kerap, sekitar 2 tahun lamanya, abang jadi seolah olah jahat, kejam. Abang tak peduli pun pada orang lain. Sehingga satu peristiwa yang abang hampir membuatkan seseorang terbunuh, tapi masih ketika itu abang tiada rasa bersalah langsung, menyebabkan bonda menghentikan Proxene serta merta. Rupanya dia dah effect mental abang."

Atisha bangun dari sandarannya dan berpusing belakang melihat Tengku Noah. Kelihatan sukar Tengku Noah ingin meneruskan ceritanya, trauma berpanjangannya memberi kesan yang mendalam terhadapnya. Matanya dan wajahnya memerah. Tangannya mula menggigil.

Sedihnya diperlakukan sebegini oleh ibu sendiri.

Atisha memegang tangan Tengku Noah yang menggeletar, cuba menyalurkan ketenangan.

" I am here."

Tengku Noah senyum nipis. " I know, I can depend on you."

" Tetapi selepas Proxene dihentikan, semakin tahun bertambah,abang dah recover slow slow dan abang mula mengingati apa yang terjadi semasa abang kecil, cuma dia samar dan kelam. Abang tak ingat situasi penuh. Cuma abang tak beritahu bonda dan ayahanda tentangnya, bimbang bonda memberi Proxene lagi. Abang juga boleh mengawal sikap panas baran abang, cuma adakalanya abang sukar kekang rasa itu. Sebab itu abang tak pernah dekat dengan perempuan. Abang tak kisah pun dorang nak gelarkan abang gay." Ketawa pula Tengku Noah tiba tiba.

Atisha turut sama tergelak. Gay? Jauh terus adalah.

" Tetapi semuanya berubah apabila abang berjumpa seorang gadis ini dizaman sekolah abang." Mata Tengku Noah memandang si wanita itu penuh makna.

Atisha membalas pandangan suaminya tanpa syak, masih dalam mood mendengar cerita.

" Siapa gadis tu abang?" Soal Atisha, nada seolah seperti biasa.

" Hmm dia ni yang sepak dan pijak kaki abang ngam ngam lepas dia cuci luka abang."

Atisha terbeliak mata. Eh! Itu macam ada kena mengena je.

Tengku Noah tersengih.

" Lepas dia lari tu, abang terus cari dia. Abang datang sekolah tu balik konon cari barang tak jumpa lah, tertinggal barang lah, tapi akhirnya abang mengaku abang cari gadis yang cuci luka abang masa tu. Tapi tak ada sapa boleh bagitahu atau trace siapa gadis tu. Sampai lah abang fly ke luar negara dengan satu keyakinan, gadis itu akan bersama dengan abang by hook or by crook. Tinggal abang cari dia je dengan kuasa politik yang abang ada."

Atisha berpeluk tubuh. Macam menarik pula kisah ni.

" Habis kalau contoh Tisha dah ada boyfriend ke atau dah kahwin ke masa tu macam mana?" Soal Atisha mengerut dahi, sambil tersengih nakal. Yelah, mana boleh tolak kemungkinan tu kan.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now