I would never fall in love until I found her
" Lama tak jumpa awak Luke."
Kata Atisha apabila rasa seperti sofa lembut itu juga diduduki oleh satu figura berbaju hitam yang juga sedang mencuba sepasang kasut.
" Ya Cik Puan, Cik Puan sihat?" Sapa Luke, tangannya masih memutar mutar kasut sukan, berpura pura menelek dengan minat.
Atisha ukir senyum. Dia tahu Luke mengekorinya sedari tadi , kerana itu dia mencipta alasan kepada Adrian untuk ke kedai pakaian, agar dia boleh berbual dengan Luke. Bertanyakan perkembangan dirinya.
" Saya sihat Luke, dalam jagaan abang saya. Uruskan si kembar tu dengan kerja lagi memang memenatkan." Terlepas keluh Atisha tetapi dia ketawa sambil menuturkan. Penat pun anak dia juga.
" Awak okay Luke? Sihat?"
" Saya sihat sahaja Cik Puan..lega saya Cik Puan bahagia dan gembira kat sini. Mujur Adrian ada. Tak sangka sungguh Cik Puan dan Adrian adik beradik rupanya," ujar Luke perlahan.
Atisha mengangguk senang. Setelah dia berjumpa dengan Adrian Hilman, abangnya, Adrian memang menjaga dirinya sesungguhnya. Malahan semasa dia mengandung dan melahirkan Faiq dan Faliq, abangnya yang menguruskan semua keperluan dirinya.
Kata Adrian, dia ingin menebus masa berlalu yang hilang.
Tetapi abangnya masih belum tahu siapa bapa kepada Faiq dan Faliq. Surat beranak kedua kembar itu diuruskan oleh Luke. Tidak pasti bagaimana Luke melakukannya. Puas Adrian bertanya dan memaksa tetapi Atisha tetap kekal mengunci mulut tentang isu bapa kembar itu. Dia tidak mahu ada kaitan lagi dengan lelaki kejam itu.
Malah lelaki itu khabarnya sudah memulakan hidup baru. Siapa mangsa seterusnya ye?
" Cik Puan.."
" Tisha, Luke..please panggil Tisha..saya bukan Cik Puan.." potong Atisha laju. Dia tidak selesa dipanggil begitu. Dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Dia hanya isteri dalam kertas. Gantung tanpa tali.
" Tak boleh Cik Puan, Cik Puan masih sah isteri Tuanku.."
" Isteri tak rasmi dalam kerajaan..isteri rahsia dia..biarpun saya isteri pertama.."sekali lagi Atisha memotong kata kata Luke. Terdiam sebentar Luke sambil membelek kasutnya lagi.
Dia bangun, meletakkan kasut itu, mengambil kasut yang lain dan duduk kembali. Dia memakai kasut baru itu dan menegakkan badan.
" Cik Puan.. dia..."
" Luke..saya memang tak nak dengar langsung tentang dia..cukuplah dia bahagia dengan kehidupan barunya. Dia sudah ada yang boleh menjaga dirinya. Sampai masanya, saya akan minta dilepaskan. Saya letih tergantung begini. Saya ingin mencari bahagia sendiri," ujar Atisha sayu.
Entah mengapa semakin dia menuturkan, semakin dia terasa sakitnya didada. Terlalu sakit. Mengapa rasa itu hadir disaat dia tekad menjauhkan dirinya dari lelaki psycho itu? Malah rasa itu makin kuat dari hari demi hari. Melihat wajah Faiq dan Faliq yang mirip Tengku Noah, Atisha hiba.
Kalaulah Tengku Noah tidak mencederakan dia saat itu, mungkin dia masih boleh terima diri suaminya perlahan lahan.
" Baik Cik Puan..saya faham," ujar Luke sambil meletakkan kasut kembali. Sebelum Luke beredar, Atisha sempat mengucapkan terima kasih dan dibalas semua oleh Luke.
" Tetapi Cik Puan, kekal berhati hati ya."
——————————————————-
Atisha tekun menghadap komputer memasukkan nota perkembangan pesakitnya kedalam sistem. Sekali sekala dia membelek kertas kosong yang diconteng sedikit dengan sesuatu dan menaipnya semula.
YOU ARE READING
Putera Pemilik Hati
DiversosBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...