61

9.6K 403 30
                                    

I would never fall in love until I found her

" Apa bising bising ni?"

Satu suara lelaki menerpa dipintu. Atisha berpaling ke arah pintu masuk wad itu.

" Abang!" Atisha segera melangkah laju ke arah Tengku Noah yang sedang berdiri dengan tangan kanannya dianduh. Wajahnya seperti dalam kemarahan. Tetapi Atisha tidak peduli. Dia mahu berada dalam pelukan suaminya yang menenangkan.

" Kau siapa?"

Langkah Atisha terhenti sebentar. Aku siapa?

Atisha kelu memandang Tengku Noah. Apa ni?

" Saya isteri abang. Atisha, abang. Atisha Humaira." Kata Atisha sambil cuba meraih tangan suaminya, tetapi Tengku Noah menepis kuat tangan Atisha.

" Jangan sentuh aku. Aku tak kenal kau."

Terpenpan Atisha mendengar kata kata kasar suaminya.

"Abang tak kenal Tisha? Ini Tisha abang, Tisha." Atisha mendekati dengan susah payah sambil sekali lagi cuba meraih tangan suaminya. Tetapi ia ditolak kasar hingga Atisha hampir tersungkur.

" Abang,"sayu Atisha memanggil suaminya. Tergamak Tengku Noah memperlakukannya begitu. Kenapa tiba tiba sahaja jadi macam ni.

" Noah!" Tengku Eiman yang entah dari mana segera masuk ke dalam wad mendapatkan Atisha yang sempat berpaut di meja beroda.

" Kenapa kau ni ha? Kalau kau benci sekali pun jangan buat macam ni kat isteri kau!" Marah Tengku Eiman sambil cuba memegang lengan Atisha, yang kemudiannya ditolak baik oleh wanita itu.

" Dr Atisha, you okay ke ni?" Soal Eiman sempat mengerling Tengku Noah yang merenung tajam.

" Kau diam Eiman. Aku tak kenal siapa dia ni. Dan kau jangan masuk campur." Kata Tengku Noah sambil berpusing dan terus berjalan keluar dari wad diraja.

Doktor lelaki dan beberapa nurse perempuan yang berada disitu, juga meminta diri sambil menunduk hormat. Pintu ditutup dan kini hanya tinggal Tengku Eiman dan Atisha.

" Apa dah jadi Eiman?" Soal Atisha, serak suaranya kerana menahan sebak. Dia langsung tak faham apa yang terjadi. Semuanya berlaku terlalu pantas. Dahulu, dia ada Tengku Noah,walau kadang kadang cemburu dan baran lelaki itu menyesakkannya, tetapi lelaki itu sangat menyayanginya. Sangat mencintainya.

Dan dia juga berperasaan yang sama. Cuma lafaznya masih belum terungkap.

Tetapi sekarang, lelaki itu langsung tidak mengenalinya. Kali ini, dia benar benar keseorangan.

" Apa yang dah jadi dengan suami saya? Mana anak anak saya?" Soal Atisha, air matanya mula jatuh. Tengku Eiman menghela nafas, menutup mata.

Dek kerana dendam kesumat seseorang, pasangan ini terkena tempias, lebih lebih lagi apabila Atisha merupakan anak kepada Aunty Rose.

" Atisha..still remember your husband's words?"

Atisha memandang Tengku Eiman, air matanya bergenang lagi.

" I bet Noah must give some words before you guys went into accident."

Atisha tertunduk. Ya, ada. Suaminya minta untuk bertahan. Tapi dengan keadaan begini, mampukah?

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now