59

12K 436 5
                                        

I would never fall in love until I found her

Atisha menggigit bibir tidak tahu apa yang harus dia katakan. Nampak sangat ke?

"Er.." Atisha kelu untuk mencari jawapan. Aurora memandangnya curiga.

" Its okay Atisha, you can tell me," Aurora mencapai tangan Atisha dan memegangnya erat. " What is happening actually?"

Lama Atisha terdiam sebelum dia menggeleng laju. "Nothing happen, cuma suami Tisha ni orangnya tegas sikit."

Atisha bertekad untuk tidak memberitahu apa apa. Wanita di hadapannya adalah Permaisuri Erovra, isteri kepada Raja Aiden, kenalan kepada suaminya. Dia tidak mahu dikatakan mengadu domba mengenai rumah tangganya.

Silap haribulan, perkahwinannya boleh menjadi bualan semula. Reputasi suaminya bakal tercalar, dan dia tidak mahu menjadi salah satu penyebabnya.

Aurora tersenyum nipis, akur. Walau dia tahu Atisha berbohong. Dia tahu membezakan antara senyuman ketakutan dan senyuman kebahagiaan.

Atisha tidak bahagia, itu pasti.

" Atisha..Atisha.." Tengku Eiman pantas menghampiri kakak iparnya yang kemudiannya memandang hairan.

" Nyang..nyang nenda..something happen to her.."

————————————————————

Atisha memeriksa vital sign dan pernafasan Tengku Sarimah. Dada wanita tua itu naik dan turun tidak menentu. Tanpa peralatan yang cukup, sukar dia ingin memeriksa Tengku Sarimah dengan lebih baik.

Aurora berada di sisi menjadi saksi sekiranya ada apa apa yang terjadi. Memandangkan dia juga seorang doktor, maka dia juga rasa terpanggil untuk berada bersama. Walau comfirm dia akan kena bebel dengan Aiden lagi.

" Macam mana ya?" Soal Atisha, resah. " Dia macam dah tak lama.." kata katanya terhenti. Namun Aurora memahami ayat seterusnya. Tetapi dia juga buntu.

"Rose.. rose..," satu suara sayu memanggil,rupanya Tengku Sarimah memandang Atisha sambil menggawang tangan mengajak mendekatinya.

" Dia panggil awak rasanya, pergi lah," saran Aurora. Atisha mengangguk dan melangkah mendekati Tengku Sarimah.

Dengan lemah Tengku Sarimah memegang tangan Atisha dan membawa ke dadanya.

"Rose, nenda minta maaf. Nenda..nenda buat sesuatu yang Rose.. Rose tak boleh maafkan.." kata Tengku Sarimah tersekat sekat.

Atisha mengerut dahi. Siapa sebenarnya Rose yang sering Tengku Sarimah panggil apabila bertemunya? Keinginan untuk mengetahui semakin tinggi.

" Tak apa nenda..Rose maafkan.." Atisha menggigit bibir, tidak tahu ingin berkata apa. Aurora pula mendiamkan diri.

" Rose..nenda..nenda teringin nak.. jumpa cicit nenda..anak anak Rose.." semakin tersekat sekat perkataan yang keluar.

" Nenda..nenda,cukuplah..jangan berkata lagi..nenda nak air?" Kata Atisha agak risau. Dia menuang jug ke dalam air dan cuba menyua ke arah Tengku Sarimah.

Tetapi Tengku Sarimah menggeleng geleng laju.

" Cicit cicit nenda..Adrian..Adrian..Atisha.."

Putera Pemilik HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang