50

17K 520 10
                                        

I would never fall in love until I found her

Atisha mendengar bunyi pintu hadapan dibuka dan serentak dengan itu sistem keselamatan rumah itu berbunyi seketika. Tahulah itu bahawa suaminya itu sudah pulang dari kerja.

Segera dia menyambut kepulangan Tengku Noah dengan senyuman sebaik mungkin. Seboleh bolehnya dia cuba untuk tidak menyakiti hati suaminya, kerana dia sesungguhnya sangat takut jika suaminya bertindak gila terhadapnya, atau pada anak anaknya.

Jadi sebaiknya lebih baik dia patuh, lebih baik dia menjadi penurut, walau kelihatan sangat bodoh, kerana dia tidak mahu masalah di kemudian hari. Tengku Noah tidak boleh dijangka kelakuannya.

Dua minggu berlalu sejak dia menjejak kaki ke rumah ini, dia sudah tahu apa rutin hariannya.

Tengku Noah meraih isterinya ke dalam pelukannya, dicium rambut perang semula jadi itu melepaskan rindu. Jika di tempat kerja dia menatap secara maya, bila pulang ke rumah akhirnya dia dapat menyentuh batang tubuh isterinya.

Atisha hanya membiarkan perlakuan itu. Selagi suaminya tidak melebihi batas, dia akan menurut.

Tengku Noah meleraikan pelukan dan suit coat dibuka oleh Atisha. Kemudian disangkut ke standing cloth rode tepi pintu dan Tengku Noah menuju ke ruang tamu mengambil tempat di sofa lembut.

Kepala disandarkan ke belakang, kaki dilunjurkan ke hadapan dan tangan didepangkan. Rasa lega sungguh berposisi begitu. Bebanan kerja yang sungguh banyak benar benar menghimpit ruang otaknya. Sakit kepalanya memikirkannya.

Atisha pula ke dapur mengambil segelas air dan meletakkan di atas meja. Dia duduk bersimpuh di atas lantai dan membuka stokin di kedua kaki suaminya. Perlahan betis suaminya diurut sedikit, mengejutkan Tengku Noah yang hampir lena di atas sofa.

Dia mengangkat kepala sedikit, melihat Atisha yang duduk di atas lantai.

" Sayang., come.." kata Tengku Noah lembut sambil menepuk nepuk pahanya, meminta Atisha duduk di atas nya. Atisha kaku sekejap. Dia tak nak. Dia tahu selepas ini pasti akan ada yang berlaku.

" Saya nak tengok anak anak sekejap boleh?" Pinta Atisha berdalih. Tengku Noah mengangkat kening. Si kucing jinaknya ini bermain tarik tali pula. Dia tahu menerusi iPad, Faiq dan Faliq berada bersama pengasuh harian yang diupah khas oleh Tengku Noah. Mereka berada di belakang rumah sedang bermain.

" Duduk atas aku Atisha Humaira." Dengar sahaja nama penuhnya dipanggil itu dia sudah tahu Tengku Noah sudah mula berubah emosinya. Tengku Noah benci akan penolakan.

Mungkin reaksi Atisha masih sama seperti tadi,Tengku Noah menarik kasar tangan isterinya sehingga tubuh isterinya terjatuh ke hadapan dan tepat ke atas tubuh duduknya. Segera pinggang isterinya dirangkul erat. Wajah mereka bertentangan dengan jaraknya hanya beberapa inci.

Tangan Atisha automatik berada di atas dada Tengku Noah.

" Faiq dan Faliq tengah buat apa?" Tengku Noah sengaja bertanya walhal sudah mengetahui aktiviti anak anaknya. Rambut Atisha yang jatuh ke hadapan diselit ke telinga.

" K..kat..kat luar. Ddengan Mmak Tam.." balas Atisha tergagap. Kedudukannya yang kemas di atas Tengku Noah sangat tidak menyelesakan.

" Good.." kata Tengku Noah seraya nengerling jam. 5.30 petang. Dia melihat wajah isterinya yang kelihatan serba tak kena. Segera senyumannya dijungkit sekilas.

Tanpa amaran Atisha dipeluk erat dan dia bangun menyebabkan mahu tak mahu tangan Atisha melingkari leher suaminya dan kakinya memaut pinggang Tengku Noah.

Bilik peribadi mereka dituju dan apabila pintu ditutup kembali menggunakan belakang tubuh Atisha, dia menurunkan Atisha berdiri tepat dipintu bilik dan meletakkan tangan di kedua belah sisi isterinya.

Putera Pemilik HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang