I would never fall in love until I found her
Tengku Mariah berang apabila mengetahui Tengku Sarimah telah dibawa pulang ke istana mereka dari rumah peribadi diraja di Scolia. Makin dia bertambah berang, Tengku Aidan yang membawa Tengku Sarimah dan Tengku Raden yang menitahkannya.
Dia segera menapak ke arah bilik Tengku Aiden. Tapi belum sempat dia menghampiri bilik itu, dia terserempak dengan Tengku Eiman.
" Apa yang anakanda anakanda cuba buat ni ha?" Marah Tengku Mariah seakan bom yang hampir meletup.
" Tempat nyang nenda kat sini bonda, kita adalah penjaganya," balas Tengku Eiman tenang.
" Kau tak paham Eiman, ada sebab bonda pindahkan nyang nenda ke Scolia," kata Tengku Mariah mengetap gigi.
" Jadi, fahamkan Eiman bonda. Eiman tak faham kenapa nyang nenda perlu dihantar jauh ke sana, tanpa family member pula tu," Tengku Eiman cuba ingin memahami sebab apa sebenarnya dan apa helah bondanya. Dia tahu bondanya memang membenci Tengku Sarimah, cuma dia hairan kerana seingatnya bonda merupakan cucu menantu yang amat disayangi Tengku Sarimah dahulu. Mengapa sekarang begini?
" Tak, kau memang tak faham Eiman. Jaga jaga dengan perlakuan kau. Bonda takut kau menyesal," setelah menuturkan, Tengku Mariah lantas meninggalkan Tengku Eiman yang mengerut dahi.
Apa sebenarnya maksud bondanya?
————————————————————
Atisha sedang memasukkan rekod perubatan harian pesakitnya dalam sistem apabila PA pengarah menelefon talian wad ortopedik 1.
Rupanya Pengarah Hospital Dr Affendi ingin bertemu dengannya segera. Selesai dia menghabiskan kerjanya, segera dia berjalan ke bangunan pertadbiran hospital Utama Glasgene.
Sampai sahaja di hadapan pejabat Pengarah, dia mengetuk pintu dan menunggu isyarat. Pintu dibuka dan kelihatan PA pengarah, Encik Izhad yang menyambutnya.
" Dr Atisha Humaira? Sila masuk."
Matanya menangkap satu susuk tubuh yang tak asing bagi pandangannya. Last dia berjumpa dengan gerangan itu pada jamuan diraja Scolia. Eh bukan, semasa family conference Tengku Sarimah.
Apa yang Tengku Eiman buat kat sini? Apa kaitan dengan dirinya?
Tengku Eiman dan Dr Affendi duduk di sofa saling berhadapan. Kedua duanya memandang Atisha Humaira yang terkaku melihat si Putera raja di situ.
" Ah, Dr Atisha. Sila..sila..duduk," kata Dr Affendi kelihatan gembira.
Atisha mengangguk menunduk hormat dan mengambil tempat duduknya berhampiran Dr Affendi.
"Ada apa Dr panggil saya?" Soal Atisha hormat. Dia melemparkan senyuman sekilas kepada Tengku Eiman,supaya tak kelihatan kekok. Walau mereka pernah berjumpa,tetapi Atisha selesa tidak membangkitkannya.
" Kenalkan, ini Tuanku Tengku Eiman, adik Putera Mahkota Tengku Noah Mikael. Saya dengar kamu yang merawat Tengku Sarimah moyang kepada Tengku Eiman di DeFlorin tempoh hari. Jadi pasti kamu sudah kenal akan ahli keluarga diraja bukan?" Soal Dr Affendi.
Atisha mengangguk, cuba kelihatan tenang.
" Tengku Eiman meminta kamu sendiri untuk membuat rawatan untuk Tengku Sarimah di istana, setiap seminggu sekali."
Atisha terpinga pinga. " Saya?"
" Ya, awak, Dr Atisha Humaira," kali ini soalan ini dijawab sendiri oleh Tengku Eiman.
YOU ARE READING
Putera Pemilik Hati
De TodoBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...