I would never fall in love until I found her
" Abang."
Tengku Noah memeluk Atisha dari belakang yang keletihan. Sememangnya jika selesai melakukan aktiviti panas mereka, Atisha akan tertidur kerana melayan kehendak batin suami yang sukakan beberapa pusingan. Masih kasar tetapi kurang memaksa tidak seperti dahulu.
Tapi kali ini Atisha ada satu pertanyaan yang ingin ditanyakan pada Tengku Noah. Dia melihat wajah suaminya baik baik sahaja. Mungkin boleh cuba.
" Ya sayang, kenapa? Sekali round lagi?"
Atisha membulatkan mata. Lantas dia menepuk tangan suami yang memeluknya.
"Isy yang ni pun Tisha dah lunyai dah. Abang lah punya pasal."
Tengku Noah ketawa kecil sambil mengucup ubun kepala isterinya. " Sorry baby, i already told you, I can't resist on you."
Atisha tersenyum sambil menyandarkan kepala ke dada bidang suaminya.
"Abang, boleh tak Tisha nak tanya sesuatu?"
Tengku Noah diam sebentar, lantas mengangguk kecil. " Apa dia sayang?"
Atisha bermain main dengan jari sebelum menyusun ayat dalam kepala. Dia tidak mahu Tengku Noah naik hantu pula dengan soalan dia.
" Masa Tisha masuk ke dalam bilik ayahanda, dia nampak..er.. nampak bingung. Dia nampak seolah olah bukan Tengku Raden yang dulu. Apa yang dah jadi padanya abang?" Soal Atisha berhati hati.
Suasana sepi sebentar. Atisha mengemam bibirnya. Dia merasakan Tengku Noah dibelakangnya juga kaku seketika.
" He is okay, dont worry. Sakit orang tua kan." Itu sahaja yang diucapkan oleh suaminya, ringkas.
Tetapi Atisha tahu, ada sesuatu yang berlaku. Namun melihat pada jawapan Tengku Noah, dia memilih untuk tidak meneruskan soalan itu.
Dia memusingkan tubuhnya menghadap Tengku Noah. Lekuk tubuh mereka yang tidak berpakaian bercantum. Matanya merenung suaminya yang memang tampan itu.
Tangannya mula melingkari leher suaminya.
" Abang, apa jadi dekat Puteri Sarah?"
Tengku Noah membalas renungan isterinya.
" Abang dah hantar dia pulang."
Atisha mengerut dahi. Pulang?
" Ke negara dia semula ke? Farland?"
Tengku Noah kelihatan tenang mendengar soalan soalan isterinya.
" Let's say dia dah ke tempat abadinya. Mungkin dia pun dah bahagia di sana."
Atisha mengangguk kecil, tidak mengesyaki apa apa.
" Tisha harap ayahanda dia insaf lah. Hopefully Puteri Sarah sekarang baik baik sahaja di negaranya tu. Kasihan juga dia kena rogol macam tu. Tapi dia memang sukakan abang. Dia kata anak dalam perut dia tu anak abang, mana lah Tisha tak kecewa masa tu. Marah lah Tisha sebab abang berani buat macam tu dengan Tisha," kata Atisha manja, dan polos.
Tengku Noah mencubit sedikit puncak hidung isterinya. "Abang jamin she won't do like that anymore sayang."
Atisha tersengih dan menyembamkan wajahnya ke dada Tengku Noah.
Jangan risau isteriku Atisha , Puteri Sarah sudah aku hantar ke 7 kaki bawah tanah. Dia takkan menganggu hubungan kita lagi.
Sekali lagi Tengku Noah mengusap usap rambut Atisha penuh sayang. Takkan ada lagi yang akan memisahkan mereka lagi. Baik Puteri Sarah mahupun Tengku Raden. Bibirnya mula menguntum senyum.

ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Pemilik Hati
AcakBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...