I would never fall in love until I found her
Sedar tak sedar sudah hampir 3 bulan Atisha kembali semula ke Genevia. Si kembar sudah mencecah 2 tahun, dan Tengku Noah kelihatan teruja ingin memasukkan anak anaknya ke playschool.
" Abang, anak kita kecil lagi lah." Bantah Atisha sambil mengambil beberapa brochure playschool centre yang dibawa pulang Tengku Noah ke rumah villa mereka.
" Kecil macam mana lagi sayang, dorang dah 2 tahun dah. Patut boleh masuk playschool. Sesuai dah untuk dorang. Ada yang dah start 2 tahun tau,"jelas Tengku Noah bersungguh sungguh.
" Tisha tak puas lagi uruskan mereka. Bila dorang ke sekolah, Tisha bukan buat apa pun. Duduk rumah je. Lain la kalau abang bagi Tisha kerja, tak lah boring sangat," kata Atisha, menjeling manja ketika menuturkan tentang isu pekerjaannya.
Mahu taknya, dia merupakan graduate pelajar perubatan, merupakan bekas pegawai perubatan, namun berhenti kerana berkahwin. Sayang kemahiran yang ada semakin hilang.
Tengku Noah mengangkat kening. Haih..Atisha ni nak kena ni.
" Abang tak izin sayang. Duduk rumah jaga anak anak."
Atisha mencebik. "Dah tu kenapa sibuk nak hantar ke playschool sangat."
Tengku Noah tersengih. Matanya merenung wajah Atisha yang kelihatan geram. Comel! Timbul keinginan untuk mengusik si isteri.
" Sayang nak kerja?" Ujar Tengku Noah, perlahan. Mata Atisha segera memandangnya. " Nak..nak!"
Tengku Noah menyandarkan diri di sofa. " Betul ni nak kerja?"
Atisha mengangguk laju. " Betul lahh..nak!!"
Tengku Noah mengemam bibir. " Hmmm, okay.. but first thing, they are going to playschool. Setuju?
Atisha mengangguk lagi.
" Okay! Setuju."
———————————————————
Selesai mendaftarkan playschool untuk Faiq dan Faliq, kelihatan kedua kembar itu sangat seronok dengan suasana playschool serta guru mereka. Atas arahan Tengku Noah, 2 orang dayang peribadi serta beberapa pengawal akan ditempatkan di playschool itu untuk tujuan keselamatan.
Manakala 2 guru mereka akan menjadi guru peribadi dengan bayaran gaji double diberikan. Hanya untuk assist dan membenarkan mereka bergaul dengan rakan rakan sebaya tanpa batasan namun masih dibawah pengawasan orang dewasa.
Kini giliran Atisha pula yang akan dihantar oleh Tengku Noah. Sudah tentu wanita itu gembira. Sejak beberapa hari yang lalu lagi dia banyak membaca semula buku perubatan dan refresh segala terma terma perubatan. Nampak terujanya isterinya disitu, dan Tengku Noah hanya tersenyum nipis.
Maaf sayangku. Bukan hospital tempat sayang akan kembali.
Kereta yang dinaiki pasangan ini tiba di satu bangunan besar berwarna hitam. Atisha mengerut dahi sambil memandang sekeliling. Bangunan bertulis Royal T Group Holdings.
Ini bukan hospital!!
Dia berpaling ke arah Tengku Noah sambil mengerut dahi.
" Kita nak gi mana ni abang? Kata nak hantar Tisha pergi kerja. Ini bukan hospital ni," soal Atisha sambil mengerut dahi. Matanya meliar ke sekeliling.
" Siapa cakap sayang akan bekerja semula di hospital?" Soalan dibalas soalan. Atisha memincingkan mata. Yelah, dia baru perasan, suaminya tidak memperincikan pula skop pekerjaannya hari itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/334649008-288-k533893.jpg)
YOU ARE READING
Putera Pemilik Hati
De TodoBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...