I would never fall in love until I found her
Suasana Hospital Glasgene bertukar kecoh dengan kedatangan Permaisuri Tengku Mariah yang terus ke klinik daycare Orthopaedic. Dengan tujuan mencari seseorang.
Di hadapan semua orang, Atisha Humaira ditampar sekuat hati. Ketika ini Tengku Mariah sudah tidak mempedulikan lagi tentang situasi mereka. Dia terlampau geram dan marah akan wanita muda itu yang tergamak menghancurkan rumah tangga anak menantunya.
" Kau, Atisha Humaira, dasar pemusnah rumah tangga orang. Apa masalah kau Atisha? Sejak bila kau menjalankan hubungan dengan anak aku Tengku Noah?" Jerit Tengku Mariah di hadapan semua yang berada di klinik itu.
Semua terjenguk jenguk kepala termasuk staff melihat adegan tak berbayar itu. Tidak mampu menyebelahi rakan mereka lagi. Permaisuri sendiri turun padang kali ini. Mungkin memang benar lah khabar angin itu, fikir mereka.
" Dasar penyondol, kau memang nak harta anak aku ke hah?"
Atisha terasa sungguh terhina. Pertama kali dia dimalukan sebegini rupa. Jenayah kah jika dia dinikahi sebenarnya? Salah mana kah bila yang hubungan yang haram dihalalkan? Hanya kerana dirinya berstatus rakyat biasa? Dan haruskah dia yang memecah rahsia ini? Bukankah sepatutnya Tengku Noah yang memberitahu mereka. Ini bukan kehendak dirinya. Perkahwinan itu adalah kehendak Tengku Noah sendiri.
" Tuanku Permaisuri, saya minta maaf. Tapi itu tak betul..jelas kat sini memang ada salah faham antara kita yang memang sepatutnya Tuanku Tengku Noah yang boleh jelaskan semua ini Tuanku," Atisha bersuara cuba menafikan.
Dia tidak boleh berdiam. Walau dia terpaksa menipu.
" Salah faham? Atisha, kalau kau tak goda anak aku, semua ni tak kan jadi lah. Kau bukan dah ada anak? Mana suami kau? Masih lagi nak kejar laki lain?Lain macam selera kau ni," Sinis sahaja suara Tengku Mariah.
Atisha beristighfar. Allah, kuatkan hambaMu ini.
" Macam ni lah..kau nak apa? Duit? Berapa kau nak supaya kau boleh tinggalkan anak aku?" Tengku Mariah mengisyaratkan seseorang pengawal untuk mengeluarkan satu buku. Buku cek.
Tengku Mariah menulis sesuatu yang kelihatan seperti tandatangannya dan mengoyak satu helaian. Dicampakkan sekeping kertas cek ke atas kepala Atisha sebelum kertas itu jatuh ke atas lantai.
Kertas cek kosong yang jatuh di sisi kaki kirinya dikerlingnya. Mata Atisha bergenang. Serendah itu maruahnya dipijak.
" Kau nak sangatkan duit tu? Ambil. Tulis jumlah dia. Harap cukup buat belanja makan kau dengan anak kau sampai mati. Dah tak de kerja lain, kau goda laki kaya ya. Berapa lelaki yang kau dah serah diri? Sampai beranak pinak? Anak haram sapa yang kau dah kandungkan. Anak....."
" CUKUP Bonda!!"
Satu suara memetir kuat dari pintu klinik itu dan Atisha cukup mengenali siapa pemilik suara itu.
Tuhan kuatkanlah diriku kali ini. Adakah hari ini kebenaran itu terbongkar?
Orang ramai berpandangan sesama sendiri. Kisah drama diraja ini makin menarik dengan kedatangan lelaki ini.
Putera Mahkota sendiri yang turun padang memunculkan diri akhirnya.
" What are you done Bonda? Bukan Noah dah kata jangan sentuh Tisha.." Keras suara Tengku Noah berkata. Dia berjalan menuju ke tempat Atisha berdiri dan menarik wanita itu ke belakangnya. Ternyata perbuatannya itu mengejutkan ramai. Erat jejaka itu menyulam tangannya dengan Atisha. Atisha meronta sedikit memohon tangannya dilepaskan tetapi jelingan tajam oleh Tengku Noah mematikan tindakannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/334649008-288-k533893.jpg)
YOU ARE READING
Putera Pemilik Hati
AcakBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...