49

15.5K 481 8
                                        

I would never fall in love until I found her

" Di bawah 7 kaki tanah. Abang bunuh dia."

Terbeliak mata Atisha mendengar kata kata yang meluncur keluar dari bibir Tengku Noah. Bunuh?

Lelaki ni dah gila ke?

" A..apa?" terasa kecil sungguh Atisha sekarang ini. Tembok keberaniannya yang tersisa kini runtuh sepenuhnya. Dia telah jatuh sepenuhnya ke dalam perangkap lelaki itu. Bersama anak anaknya.

Dan Luke pula tiada untuk menjadi pelindungnya.

Tiba tiba Tengku Noah ketawa. Ketawa yang kedengaran kuat. Atisha tak tahu apa sebenarnya yang lucu sangat tetapi dia juga terpaku tidak tahu ingin bereaksi apa.

" Luke tak mati pun. Abang tak bunuh dia."

Semakin berkerut dahi Atisha. Mana yang satu yang betul ni?

Tangan Tengku Noah mengusap pipi dan rahang kirinya. Senyuman terukir. Tampak manis tapi menakutkan.

" Tapi kalau Luke bertindak lebih batas, abang akan bunuh dia."

Bibir merah menggigil Atisha diusap usap lembut. Senyumannya lebar.

" And sayang pun, jangan sesekali buat perkara yang abang tak suka, okay. Jangan dekat dengan Luke. Jangan bercakap dengan dia. Nyawa dia bergantung kepada kelakuan sayang. Duduk dalam rumah ni diam diam as your are. Sayang perlukan apa apa, just tell me, okay." Dahi Atisha dikucup dan rambut perang beralunnya diusap lagi.

Loket bunga mawar dileher Atisha ditenungnya. Entah mengapa senyumannya mula pudar.

Atisha menunduk, takut. Dia menelan air liur yang terasa berpasir. Lembut sahaja kata kata suaminya tetapi penuh dengan amaran.

Tak semena mena dagunya diangkat dan bibirnya dipagut lembut. Atisha terlalu takut untuk melawan lantas kedua tangannya memegang cadar tilam sekuat hati. Suaminya seakan melepaskan geram terhadap dirinya melalui kucupan itu, yang kian bertukar menjadi kasar.

Kucupan dilepaskan dan mata suaminya tepat merenung bibir merah yang basah itu.

"You are mine Atisha Humaira. Its always you."

———————————————————-

Tengku Aidan membelek jam Rolex yang dipakainya ketika Tengku Noah masuk ke dalam bilik perbincangan dalam satu bangunan berkaca yang sangat indah dipandang. Hanya orang tertentu sahaja yang mengetahui bahawa itu adalah base rahsia mereka untuk urusan perniagaan dadah.

Tengku Noah salah satu tokan dadah terbesar dan senjata api berlesen untuk bekalan beberapa sektor. Namun segalanya diuruskan oleh Tengku Aidan yang sememngnya minat akan perkara begini. Tengku Noah cuma akan turun memantau perkara yang perlu sahaja. Dia sudah berhasrat untuk menyerahkan perniagaan itu kepada adiknya Tengku Aidan. Dia sudah berjanji untuk mencuci tangan dari urusan itu demi isteri dan anak anaknya.

" Kakak ipar tahu ke kau datang sini?"

Tengku Noah mengangkat kening. " Tak."
Lantas dia mengambil tempat di kerusi berodanya. Ada satu fail merah tebal dihadapannya lantas Tengku Noah membuka fail itu.

" Itu rekod jumlah beberapa ibu dadah yang masuk 3 hari terakhir ni. Cukup untuk penghantaran kita ke kilang kilang ubat dalam tempoh seminggu. Taegriz Group call semalam untuk penghantaran khas kepada ketua mereka. Semua dah diselesaikan pagi tadi. Aku yang akan hantar sendiri."

Taegriz Group adalah salah satu kumpulan mafia berlesen yang dilindungi oleh pengaruh Tengku Noah sendiri. Sebagai balasan, Taegriz Group bekerjasama dalam soal keselamatan atau perkara perkara urusan yang berkaitan. Keduanya saling mempercayai dan tidak saling mengkhianati.

Putera Pemilik HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang