32

9.3K 409 28
                                    

I would never fall in love until I found her

Suasana sekeliling terasa sepi pabila mendengar nama yang sudah lama tidak terlagu ditelinga.

Tengku Noah Mikael.

Oh tidak, kenapa sekarang.. Kenapa?

" Lari lah, aku bagi peluang untuk kau lari..because if I get catch you, you will never run anymore..."

" Pastikan juga aku tak jumpa kau.. sebab hukuman kau akan lagi berat.. so lari sekarang.."

" Aku kira sampai 10 sayang...you have 10 seconds"

Auch!!

Suara Mak Timah kedengaran mengaduh sakit. Rupanya Atisha menekan luka kakinya tanpa sengaja, tenggelam dalam lamunan. Atisha kaget.

" Maaf Puan, saya tak sengaja," kata Atisha cemas. Mak Timah hanya senyum senipis.

" Tak pe Dr, sikit je."

Gemuruh dan mengigil terasa mengetahui bahawa lelaki itu berada jaraknya hanya beberapa kilometer sahaja. Andai sahaja si Putera itu mengetahui keberadaannya di sini.......

TIDAK!

Dia tak boleh tahu.Dia takkan boleh tahu. Aku kena keluar segera dari sini!

"Dr Atisha," panggil Seri, hairan.

" Dr, kenap pucat sangat muka Dr ni?" Tanya Staffnurse Min.

" Weh, kau okay ke?" Soal Dr Yasmeen pula. Tangannya naik meraba raba wajah Atisha.

Atisha cuma menenangkan dirinya. Bayangan lelaki itu cuba dihilangkan jauh.

" A-aku okay," balas Atisha tersenyum.

Satu panggilan telefon tiba tiba berdering di telefon Dr Yasmeen. Dr Yasmeen menyambut talian itu.

" Hello"

Wajah Dr Yasmeen kelihatan berkerut sebentar sebelum dia menghela nafas.

" Adui, ye ke? Ha tak pa lah, kami ke sana sekarang."

Dr Yasmeen menekan end call button dan segera berkata.

" Atisha, Min, kita kena ke majlis bantuan tu. Someone need our help."

Membulat mata Atisha. Oh no!

"Siapa?" Soal Min.

" Permaisuri Adira pengsan. Tuk Ketua tahu pasal kedatangan kita ke kampungnya sebab itu dia call Dr Anaqi tadi."

Pak Jiman yang sedari tadi mendiamkan diri segera mempelawa mereka bertiga.

"Jom, pakcik hantar kamu bertiga."

Atisha kaget.

————————————————————-

Dewan itu dipandang sekilas sambil fikirannya cuba mencari jalan dan helah. Dari jauh bersusun kereta mewah diraja, serta barisan kereta pengiring dan kereta polis. Malah terdapat van media juga mungkin membuat liputan tentang majlis itu.

Orang ramai bersesak kelihatan sehingga ke jalan raya.

Sampai sahaja kereta Pak Jiman tiba di hadapan dewan, petugas polis yang menjaga laluan memberi akses masuk setelah Dr Yasmeen menunjukkan kad hospital. Atisha serba salah untuk masuk, tangannya giat memegang pemegang luar pintu kereta Pak Jiman.

" Kau okay ke Tisha? Kau memang nampak pucat sangat ni." Soal Dr Yasmeen mengerut dahi. Staffnurse Min sedang memegang beg med portable mereka.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now