24

13.6K 424 15
                                        

I would never fall in love until I found her

" Cik Puan.. Cik Puan..bangun nak.." suara Mak Som menjengah berbisik di telinga. Atisha seolah olah dipaku di atas katil. Sakit sangat diseluruh badan terutamanya di kawasan alat kewanitaannya dan paha kirinya.

Mata tak mampu dibuka, kantuk masih bersisa. Namun dia gagahkan juga. Wajah Mak Som yang sayu terlayar di ruang pandangan.

" Cik Puan, bangun ya, makan sikit," kata Mak Som menepuk lembut lengan Atisha. Atisha menggeleng kepala. Dia masih terasa sakit.

" Saa..kit."

Mata Mak Som mula bergenang air mata.

" Mak Som tahu nak..tapi makan sayang..makan bagi ada tenaga..," pujuk wanita tua itu mengusap lembut rambut Atisha. Kasihan sungguh. Tergamak Tengku Noah memperlakukan isterinya begini. Apa salah Atisha sehingga disiksa begini.

Atisha masih menggeleng kepala. Dia benar benar tiada selera. Badannya juga terasa panas. Sesaat dia mengerling persekitarannya.

Ini bukan kat basement. Ini kat bilik tidur mereka.

Lantas Atisha teringat kejadian yang berlaku sebelum dia menutup mata. Mak Som dipandang lama.

" Kenapa Cik Puan?"

Mata Atisha bergenang. " Mana suami saya?"

Jujurnya dia sangat takut akan suaminya.

" Tuanku di pejabat, bekerja. Malam ni pula ada majlis perasmian di Hotel P. Jadi dia akan pulang lewat."

" D- dia akan balik ssini?"

" Ya Cik Puan, Mak Som mohon makan dahulu, sekurangnya untuk malam ni Cik Puan."

Mata Atisha merenung Cik Som dan mengangguk. Dia tidak mahu membantah. Dia juga sudah cukup penat. Sambil Mak Som menyuap makan, sambil dia mencuci luka di paha kiri Atisha. Atisha hanya menahan kesakitan, dia terasa tiada daya langsung untuk melakukan apa apa.

Setelah selesai, Mak Som memberikan pil tidur. "Cik Puan, makan pil ni dan rehatkan badan dulu ye. Nanti Mak Som kejut Cik Puan ya?"

Atisha mengangguk lemah dan menutup mata. Atisha juga ingin merehatkan tubuhnya sebentar. Dia lebih rela bermimpi indah dari hidup dalam realiti pahit begini. Yang dia sendiri tidak tahu sehingga bila dia boleh bertahan.

————————————————————

" Cik Puan"

" Cik Puan"

" Cik Puan"

Tubuhnya terasa digoncangkan perlahan menyebabkan Atisha membuka matanya perlahan lahan. Wajah Mak Som terlayar di ruang mata kembali.

" Mak Som" serak suara Atisha menuturkan panggilan wanita tua ini. Tubuhnya tidak lagi kesakitan tetapi rasa lenguh masih ada.

" Cik Puan, buka mata dan dengar kata Mak Som dulu nak."

Atisha terpinga pinga apabila mendengar suara Mak Som yang agak terdesak itu. Kenapa lain macam je suara Mak Som? Atisha membuka matanya dan anak mata hitam pekatnya tepat memandang MakSom.

Wajah Mak Som agak resah di penglihatan Atisha.

" Cik Puan..." Mak Som terdiam sebentar.

"....nak keluar dari sini?"

Atisha yang agak mamai sebentar tadi terus segar apabila mendengar soalan Mak Som yang baginya tidak masuk akal sekarang. Dia memandang Mak Som menyangka mungkin wanita itu bergurau tetapi apa motifnya dia nak bergurau dalam situasi begini?Biar betul.

Putera Pemilik HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang