37

10.5K 410 33
                                    

I would never fall in love until I found her

Tengku Eiman berdiri sahaja melihat seorang wanita dan kedua anak anaknya sedang giat bermain di taman permainan. Sekali sekala wanita itu memujuk salah seorang anaknya yang menangis teresak esak dan kemudiannya ceria semula.

Tengku Eiman tertanya tanya bagaimanakah wanita itu melalui kehidupannya tanpa suami disisi? Kenapa kakak iparnya itu meninggalkan suaminya begitu sahaja?

Wajah si kembar itu memang mirip, saling tak tumpah seperti bapa mereka.

" Noah, kau tahu tak sebenarnya kau dah ada anak?" Bisik Eiman, tersenyum sayu. " Comel betul anak anak saudara aku. Bakal pewaris takhta kerajaan."

" Sama kan?" Soal Tengku Aidan , sambil berpeluk tubuh. Tengku Eiman mengangguk perlahan.

" Kita rupanya dah ada anak saudara Eiman. Tapi sayang, bonda pasti menentang." Kata Tengku Aidan, matanya masih ralit memandang kedua kembar itu.

" Sudah tentu, tetapi kali ini bonda takkan boleh sentuh mereka lagi."

" Maksud kau?" Soal Tengku Aidan.

" Kita ada, Aidan. Itu kakak ipar kita, dan anak anak saudara kita. Noah kena dapatkan ingatan 2 tahun dahulu untuk pertahankan keluarga dia. Siapa dia..masa lalu dia..semua bonda dah musnahkan.."

Tengku Aidan mengeluh.

" Dari dulu Noah terseksa. Kau tahu kan bonda bagi Proxene kat Noah sebab insiden 24 tahun dulu. Sebab dari itu Noah jadi tidak stabil emosi dan mentalnya. Berapa ramai Noah sakiti demi kepuasan hati? Kau tengok cara dia seksa musuh dia? Semua tak masuk akal Aiden. Dia hampir gila. Atau mungkin dia memang gila. Aku ingat lepas semua tu bonda dah tak nak buat macam tu dah." Kata Tengku Eiman, sayu.

" Aku pun.. tapi rupanya..bonda ulang sekali lagi.. bonda bagi Proxene masa dia koma demi kepuasan hatinya..aku tak sangka..sekali lagi Noah menderita. Aku menyesal sebab tak bantah kata bonda masa tu.m kalau aku tahulah begini keadaannya.dan anak anak Noah akan mendapat ayahnya semula.."keluh Aidan menggeleng kepala.

Di pejabat semalam Tengku Aidan rupanya telah mendengar perbualan diantara abangnya Tengku Eiman dan Fakhrul. Tentang status perkahwinan pertama Tengku Noah, tentang Atisha dan tentang insiden yang menimpa Tengku Rosemarie 24 tahun dahulu.

Lantas dia nekad juga untuk mendapatkan penjelasan tentang semua ini dan Tengku Eiman tidak dapat berdalih lagi.

" Tapi Eiman, kalau teori si Fakhrul tu salah, macam mana?"

Tengku Eiman terdiam. Tetapi dia seakan menanamkan satu azam dan satu tekad.

" Kita buktikan..aku ada plan.."

——————————————————-

Tengku Noah sedang membuat kerja kerja di pejabat mini di istana ketika Tengku Ayla masuk ke dalam membawa segelas susu. Ketika itu Tengku Mariah meminta keduanya bermalam di istana dan Tengku Noah terpaksa akur.

Tengku Noah hanya mengerling sekilas sebelum menyambung kerja kerjanya kembali. Memang sengaja dia membuat kerja kerja hingga lewat malam jika mereka di istana kerana tidak mahu tidur sebilik dengan isterinya.

Sedangkan dia sendiri pun tidur berasingan ketika di rumah mereka.

" Bie.. ni susu. Bie minum lah.." kata Tengku Ayla sopan, cuba mengambil hati. Tengku Noah membisu, malas nak layan.

" Bie.." panggil Tengku Ayla lagi tidak berpuas hati.

Senyap tiada balasan.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now