62

11K 430 26
                                        

I would never fall in love until I found her

" Pakai topeng muka ni Tisha." Arah Tengku Sofea sambil menyerahkan satu topeng muka hijau putih.

" Kau doktor jadi kau mesti tahu cara nak tolak wheelchair kan. Okay kan aku tolak tadi? Kau pun buat biasa je Tisha, jangan panik."

Atisha senyum tipis.

Pintu tiba tiba dibuka dan menyerlahkan susuk tubuh tinggi lampai seorang lelaki berjaket hitam dan memakai spec berwarna hitam.

" Kita kena pergi sekarang. Kakak ipar, akak dah bersedia?" Soal Tengku Aidan.

Atisha mengangguk. Tapi seketika dia terdiam.

" Aidan, saya nak jumpa suami saya dulu boleh?"

Tengku Aidan merenung Atisha sambil memikirkan sesuatu.

" Tak boleh kakak ipar. Tak sesuai buat masa ni. Saya minta maaf kak tapi arahan Noah sebelum ini, selamatkan isteri dan anak anaknya. Saya tak boleh langgar arahan Putera Mahkota. Please kak, kita pergi sekarang," ujar Tengku Aidan sambil menggaru kepala.

Atisha mengeluh.

" Please Aidan. Jumpa sekejap pun tak apa."

Tengku Aidan mengemam bibir.

" Tapi akak.."

" Please Aidan..pleaseee..tengok muka je pun tak apa. Akak minta sebagai isteri dia. Isteri Tengku Noah. Akak nak jumpa dia. Akak nak tahu dia kenal akak ke tak. Akak nak tahu dia masih ada memori tak pasal akak pada pertemuan ini. Tolong Aidan. Please.." Rayu Atisha, dia benar benar mahu bertemu suaminya saat ini.

Tengku Aidan akhirnya melepaskan keluhan.

" Okay akak, jom."

Sepuluh minit kemudian, mereka sampai di wad diraja 1, yang katanya menempatkan Tengku Noah. Dengan penyamaran Tengku Sofea sebagai jururawat, menyebabkan ianya berjalan lancar dan tidak terganggu dengan pelbagai pengawal lalu lalang. Atisha hanya tunduk sahaja di atas kerusi roda tidak menampakkan wajah kerana dia juga memakai topeng muka.

Suasana dalam wad kelas 1 itu sunyi tiada tanda kelibat manusia. Tiada Tengku Noah di dalam nya.

" Dia tak ada. Mungkin bersama ayahanda," gumam Tengku Aidan.

Atisha mengemam bibir cuba menahan sebak. Dia betul betul ingin berjumpa dengan suaminya. Adakah ini pengakhiran mereka?

" Kakak ipar, jom, kita pergi sekarang," kata Tengku Aidan kelihatan resah.

Atisha mengangguk,akhirnya akur.

Tetapi sebelum mereka berpaling, satu suara kedengaran dari belakang.

" Apahal ni ramai ramai kat tempat aku ni?"

Atisha berpaling melihat Tengku Noah berdiri dengan wajah yang bengis dan dingin.

" Abang."

Tengku Noah merengus. " Menda abang abang ni? Aku tak kenal kau lah."

Putera Pemilik HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang