64

8.9K 367 34
                                    

I would never fall in love until I found her

" Mate?" Hampir terjerit Aurora di kerusi sofa, manakala Aiden menyandar di kerusi kerjanya sambil meraup wajah. Masalah baru pula kali ini.

Putera Amar mundar mandir di hadapan sambil wajahnya menunjukkan resah yang amat.

" Dia isteri Tengku Noah, Amar. Isteri sahabat baik kau. Kau pasti?" Soal Aiden sambil matanya mencerlung ke arah Putera Amar.

" Aku tak tahu. Aku tak sengaja pegang tangan dia, dan masa tu semuanya berlaku. Dia..Dia mate aku."

Sekali lagi Aiden meraup wajahnya. Gila!

" Kes kau amat jarang berlaku tapi boleh berlaku. Isteri orang menjadi mate. And aku rasa dalam keadaan ini kau tak boleh paksa Atisha. Dia terluka Amar. Sangat terluka. Dan dia juga tak tahu tentang rahsia kita adalah serigala jadian."

Mendengar kata kata Aiden, Putera Amar menjatuhkan diri di atas kerusi sofa sambil menyandarkan tubuhnya. Sensasi elektrik yang dirasa tadi semasa memegang lengan Atisha masih menari nari. Ikutkan hati mahu sahaja dia memeluk wanita itu dan menjadikannya hak miliknya. Tetapi untuk masa ini, Atisha tidak boleh tertekan lagi.

Aurora juga seperti tenggelam dalam lamunan. Cuma untuk kali ini, jika keadaan membenarkan, dia bersetuju jika Atisha disatukan dengan Amar. Untuk kebahagiaan keduanya, dia akan membantu Amar.

——————————————————-

Tengku Noah melihat sekujur tubuh yang masih dalam koma tidak sedarkan diri. Tubuh ibunya yang rupanya selama ini melindunginya dari kejahatan ayahandanya. Ibunya yang disangka tidak menyayanginya rupanya melakukan tanggungjawabnya sebagai ibu dalam diam, kerana takutnya pada Tengku Raden mengatasi segalanya.

Tangannya mengenggam erat tangan Tengku Mariah yang pucat sejuk itu. Tangan yang tidak pernah memukulinya. Walau dia sering dimarahi tetapi ya, ibunya tidak pernah menyentuh secara fizikal untuk menghukum. Selalunya ayahandanya yang akan menghukumnya kasar tetapi ayahandanya masih menggunakan percakapan yang lembut, menyebabkan dia hanya terima sahaja setiap hukuman ayahandanya.

Tak disangka mata Tengku Mariah tiba tiba terbuka dan tepat memandang Tengku Noah yang bergenang matanya. Sayu pandangan itu seolah ingin menyatakan sesuatu. Tetapi tiub intubate yang berada dalam tekaknya membatasi dia untuk berkata.

" Tak pe Bonda..tak pe.. Noah ada sekarang ni jaga bonda. Bonda jangan risau ya. Tidur, nanti Noah kejutkan."

Tengku Mariah menggeleng perlahan. Dia menunjukkan satu isyarat.

" Bonda nak tulis?"

Temgku Mariah mengangguk perlahan.

" Kertas dan pen?" Soal Tengku Noah lagi sambil dia cuba mencari sesuatu. Pantas dia menyelongkar laci meja kecil di sebelah katil dan terjumpa pensel serta buku nota berlogo hospital.

Pensel dicapai dan diberikan ke tangan bondanya. Begitu juga dengan buku nota.

Tangan Tengku Mariah hanya bergerak senyap menulis sesuatu.

Setelah selesai Tengku Noah mengambil buku itu dan membaca tulisannya. Walau kelihatan cakar ayam namun masih difahami. Bulat matanya membaca tulisan itu.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now