I would never fall in love until I found her
Atisha dikurung di bilik stor basement bawah dengan keadaan lemah. Sudah dua hari dia disana dengan pakaian yang masih sama. Yanti dan Mak Som dilarang sama sekali mendekati bilik itu selain dari masa makan dan masa ke tandas sahaja.
Setelah Tengku Noah menyetubuhi isterinya tempoh hari, lantas dia mengheret Atisha ke bilik stor basement dan bertindak menguncinya. Dia ingin ajar wanita itu supaya tidak lagi sesekali bersikap kurang ajar hatta menyebut perkataan cerai sekali pun.
Kali ini dia perlu menghadiri satu mesyuarat di Jepun selama 3 hari. Luke diamanahkan untuk menjaga Atisha namun dia tidak dibenarkan sama sekali membuka pintu bilik stor. Bagi Tengku Noah, wanita itu perlu sedikit kekerasan untuk membentuknya agar mudah mendengar kata.
Kerana wanita itu bakal Permaisurinya. Bakal ibu pada anak anaknya.
Tengku Noah juga terfikir setelah sebulan setengah mereka berkahwin, masakan tiada langsung tanda tanda isterinya mengandung. Padahal hampir setiap kali dia di mansion, pasti isterinya akan dia "sentuh". Tengku Noah juga mengetahui status kesuburan Atisha, dia pasti isterinya sihat sahaja, tidak ada masalah.
Mungkinkah selepas ini dia perlu mendatangi isterinya dengan lebih kerap lagi? Tengku Noah berfikir fikir lagi.
————————————————————————
Adrian Hilman, atau Kapten Adrian Hilman, yang merupakan anggota Tentera Udara Diraja Genevia sedang mengetuk ngetuk meja dengan pen sambil memikirkan sesuatu.
Fikirannya melayang tentang gadis yang dijumpai kira kira 3 hari yang lalu di mansion tempat ibunya bekerja. Gadis itu seolah menyimpan rahsia, kerana raut wajah gadis itu menceritakan segalanya. Dia sering mengambil ibunya yang bekerja di mansion di tengah hutan itu, jika bukan dia yang mengambilnya dek kerana operasi atau sebagainya, adiknya Hayla Imani yang akan mengambil tugas itu.
Tapi seingatnya, belum pernah dia bertemu gadis itu sebelum ini. Cuma sejak akhir akhir ini, kerap pula dia melihat gadis itu duduk sahaja melihat bunga disitu. Sekali sekala gadis itu tersenyum manis dan adakala dia hanya bermuram sahaja. Siapakah gadis itu?
Hilman juga mengetahui mansion itu milik Tengku Noah Mikael, Putera Mahkota negaranya. Jarang dilihat di mansion mungkin kerana kesibukannya. Secara peribadi, dia memang mengagumi sifat Tengku Noah. Bersih dari gosip liar, tidak seperti putera raja negara lain. Seorang yang dikenali tegas, dingin dan berwibawa. Merupakan CEO yang baru bagi syarikat hartanah, perhotelan dan kewangan yang terkenal. Royal T Holdings.
Tetapi apa hubungan gadis itu dengan Tengku Noah?
Saudara? Pelik. Raut wajah langsung tak sama.
Adik beradik? Hilman tahu Tengku Noah ada seorang adik perempuan, Tengku Insyirah. Memang bukan dia.
Pekerja? Pakaian gadis itu langsung tidak menampakkan bahawa gadis itu adalah pekerja. Lagipula pekerja takkan duduk sahaja setiap petang melihat bunga!Puas dia tanyakan pada ibunya Mak Som, jawapan yang diberi adalah 'tidak tahu..bukan urusan mak'.
Bukan ke sesuatu yang sangat misteri?
Dan sejak hari itu, kelibat gadis itu tidak lagi kelihatan di bangku halaman. Seolah olah terus lesap. Tiada jejak.
" Hoi." Seseorang menyapa menepuk bahunya, menyebabkan dirinya tersentak dari lamunan. Raut wajah ayu itu menghilang.
" Syed Izzuddin Fathi, hoi mujur tak terbaling pen aku ni kat kau," marah Hilman, cuba menyembunyikan riak. Syed Izzudin ketawa, dan mengambil tempat dihadapan Hilman.
YOU ARE READING
Putera Pemilik Hati
De TodoBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...