I would never fall in love until I found her
🔞 Warning
Wajah tegang Tengku Noah benar benar menakutkan. Mujur sahajalah Atisha tak lari jauh. Teruk juga anak buah Luke dibelasah kerana cuai. Luke ketua bodyguard juga turut dimarahi gara gara ini.
Tadi setelah mendapat panggilan telefon, tanpa menunggu lagi Tengku Noah lantas meninggalkan ruang perbincangan keluarga itu. Hatinya yang sedia panas memang bertambah panas. Atisha kali ini memang berani sungguh melintang arah dengannya.
Rupanya setelah sedar dari tidurnya yang panjang, melalui CCTV, Atisha bertindak terjun dari balkoni bilik Tengku Noah. Mungkin berbekalkan pengalaman nakalnya ketika zaman sekolah dahulu, ya Tengku Noah tahu akan kenakalan gadis ini menerusi maklumat penyiasat peribadinya, Atisha lantas berlari dan memanjat tembok pagar rumah mansion itu tanpa ada sesiapa pun perasan.
Namun terjunannya membawa padah, kakinya disyaki retak, menjadikan perjalanannya menyakitkan dan ia memperlambatkan lariannya. Kehilangannya disedari pembantu rumah, yang ingin menukar pakaian Atisha, lantas pencariannya dilakukan.
Atisha dijumpai di dalam hutan berdekatan, dengan luka, kotor dan tangisannya yang tidak berhenti. Tengku Noah hanya tersenyum sinis melihat keadaan Atisha.
Baru kau tahu kan, ingat senang nak lari. Mansion ini sendiri di tengah tengah hutan.
Dan kini setelah dia selesai membuat perhitungan dengan para pengawalnya, dia menaiki tangga menuju ke biliknya, dimana Atisha diletakkan di situ.
Pintu dibuka dan wajah sugul Atisha menghiasi ruang matanya. Melihat kelibat dirinya, wajah Atisha bertukar ketakutan. Dia mengensot ke belakang, menutup tubuhnya yang lengkap berpakaian itu dengan comforter.
" Kali ni kau seronok tak ambil angin kat luar tu?" Sindir Tengku Noah sinis. Atisha menunduk melihat kaki Tengku Noah. Dia tahu nada itu. Tengku Noah benar benar marah kepadanya.
" Lepaskanlah saya Tuanku," lirih suaranya memohon pertolongan. " Saya janji saya takkan lari lagi. Saya janji saya akan buat kerja diam diam kat hospital. Saya akan ikut apa sahaja yang Tuanku suruh. Tapi lepaskanlah saya."
Serak suaranya memohon. Dia melembutkan suaranya berharap Tengku Noah mengasihaninya. Dia takkan lari lagi. Takkan!
Tengku Noah merenung tajam ke arah Atisha. Wajah cantiknya yang sentiasa bermain diminda nya. Bibir merah Atisha yang selalu dimimpikannya. Dan tubuh langsing yang baru sahaja diigauan sejak akhir akhir ini.
Atisha Humaira, gadis yang membuat tidurnya tidak lena sejak dulu.
Mana mungkin dia akan lepaskan lagi gadis cantik ini. Dia sempurna, sudah cukup sempurna untuk dirinya.
Dia perlukan gadis ini. Titik.
" Kahwin dengan aku."
Atisha mengangkat wajahnya yang hampir banjir dengan air mata. "Apa?"
" Kau dengar jelas. Kahwin dengan aku."
Atisha menggeleng pantas. " No!"
Dah gila ke? Lagi susah dia nak lepaskan diri kalau begini.
Tengku Noah sangat pantang dengan penolakan. Dia yang sememangnya masih ada sisa kemarahan akibat pergaduhannya dengan bondanya tadi, sekali lagi naik angin.
" No?" Bisik Tengku Noah, perlahan. Urat hijau mula timbul di dahi. Rahangnya diketap kuat. Dia marah.
"No!" Balas Atisha, yakin. Dia benar benar tak nak. Isteri Putera Mahkota? A big no!

ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Pemilik Hati
RandomBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...