71

11.5K 390 37
                                        

I would never fall in love until I found her

" Tuanku." Satu suara menyapa dari belakang.

Tengku Noah mengesat air mata dan berpaling. Abang Atisha, Adrian Hilman menghampiri dengan kaki terhincut. Pemakaian external fixator dan ilizarov tidak membataskan pergerakan. Doktor meminta agar dia membuat aktiviti weight bearing seperti berjalan.

" Maafkan adik saya Tisha Tuanku." Kata Adrian sambil menunduk. Kasihan pula dia melihat bagaimana lelaki itu merayu kepada bekas isterinya.

Tapi itu lah, segala gala sudah terlambat. Hati yang terluka sangat sukar diubati bukan sekadar dengan penyesalan semata mata. Walau Tengku Noah berubah sepenuhnya jua masih belum dapat menghapuskan derita hati Atisha.

" Tak apa Adrian. Kau saudara sepupu aku Ad, tak perlu berprotokol dengan aku." Kata Tengku Noah cuba menyembunyikan rasa kesal dan sedihnya. Dia merenung pintu bilik yang menjadi batas antara dirinya dan Atisha.

Dia mahu memeluk tubuh wanita itu, mahu memberitahu segala galanya, mahu memberi tahu bagaimana dia boleh memperolehi bukti kejahatan ayahanda, mahu memberitahu bagaimana dia membalas dendam bagi kematian ibubapa Atisha dan Adrian. Dia ingin Atisha memeluk dirinya erat, mengusap kepalanya, mencium dahinya sambil memberikan senyuman manis padanya.

" Noah, kalau ada jodoh, korang akan bertemu lagi. Adik aku cintakan kau, itu pasti. Dia merana sepanjang duduk disini. Tanpa kau disisi dia. Tiada yang dapat menggembirakan dia, yang memberikan dia senyuman macam kau berikan sebelum ni. Walau aku dah berada bersamanya pun dia kelihatan seperti terawang awang. Tubuhnya di sini, tapi aku tahu fikirannya teringatkan kau."

"Berubahlah, demi dia." Kata Adrian sambil menepuk mesra. Dia tahu tentang tingkah laku Tengku Noah yang mengongkong, yang mengawal, dan sikapnya yang cemburu buta. Ketara semuanya kerana sayang dan cinta, cuma Tengku Noah terlalu obses akan Atisha.

Apa yang berlaku pada awal perkahwinan dahulu antara Tengku Noah dan Atisha, dia tidak mahu masuk campur. Dia juga tidak mahu mengongkong pilihan adiknya, selagi adiknya gembira dengan pilihan itu, selagi itu dia akan menyokong.

Tengku Noah mengangguk angguk perlahan. Adakah ada peluang untuknya lagi selepas ini?

————————————————————

Tiga minggu sudah berlalu..dan Atisha sudah habis iddah.

Majlis pernikahan antaranya dan Putera Amar akan diadakan seminggu sahaja lagi.

Adrian Hilman akan menjadi wali adiknya di majlis itu. Dan Putera Amar juga meminta majlis diadakan di istana Erovra untuk belah perempuan memandangkan hanya tinggal 2 beradik sahaja bagi pihak Atisha.

Segala persiapan diatur sendiri oleh Putera Amar dan juga Aurora. Bukan mereka tidak mahu melibatkan Atisha, tetapi Atisha hanya menyerahkan bulat bulat keputusan kepada mereka. Wanita itu hanya menurut sahaja.

Namun tanpa ada sesiapa yang tahu, setiap malam Atisha menangis. Fikirannya terlalu kusut dan hatinya tidak lagi tenang sejak Tengku Noah meninggalkannya tempoh hari. Dia tidak tahu khabar berita tentang bekas suaminya sehingga sekarang. Segala kata kata suaminya tempoh hari dibalik pintu bermain dalam minda. Ketika itu mahu saja dia membuka pintu dan memeluk lelaki itu. Namun rasa sakit hati itu mengatasi segalanya, walau dia sudah mengetahui kebenaran tentang kandungan Puteri Sarah yang berunsur fitnah.

Putera Pemilik HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang