41

11.2K 439 10
                                    

I would never fall in love until I found her

Tapi hari hari mendatang Atisha rupanya makin teruk bagi dirinya. Gosip mula bertebaran menyatakan Atisha merupakan orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Putera Mahkota. Satu hospital mula mengenali Dr Atisha Humaira, sebagai peruntuh rumah tangga orang kenamaan tersebut.

Namun Atisha tidak menghiraukan kata kata tersebut. Dia hanya meneruskan kerjanya sambil melalui hari harinya. Manakala rakan rakan yang lain juga hanya beriak biasa dan tidak masuk campur akan hal peribadi Atisha.

Dan akhirnya gosip itu mula reda dengan sendirinya. Atisha berasa lega, dan tenang kerana keadaan seperti sediakala.

Pagi Khamis, klinik daycare Ortho, Hospital Glasgene.

Seorang lelaki, berjalan masuk, terus menuju ke kaunter pendaftaran klinik itu.

"Saya nak jumpa Dr Atisha sekarang!" Bentak lelaki itu.

Jururawat di kaunter daftar itu terpinga pinga.

"Maafkan saya encik, tapi encik ada temujanji dengan Dr Atisha?"

Lelaki itu merengus. " Aku tak kira, aku nak jumpa dia."

" Boleh saya tahu kenapa encik?"

Lelaki itu mula menghentak atas para meja kaunter menyebabkan satu klinik terdiam.

" Mana Dr Atisha? Mak saya muntah teruk semalam sebab ubat yang dia prescribe tu tak sama macam yang kami biasa dapat! Dan sekarang ni mak saya di kecemasan!!"

Atisha yang mendengar keriuhan di luar segera keluar dari bilik rawatan, tambahan pula dia mendengar namanya disebut sebut.

" Kenapa Encik? Ada apa?" Soal Atisha lembut.

Lelaki itu memandangnya angkuh. Rasa marah jelas terpancar menerusi raut wajahnya.

" Dr Atisha?" Soalnya garang.

" Ya saya, Dr Atisha.. kenapa ni encik?"

" Dr nak bunuh mak saya ke? Apa yang doktor dah buat kat dia? Mak saya sampai masuk kecemasan tahu tak!!!" Tengking lelaki itu. Atisha membatu.

Tenang..dia kena tenang..

"Encik.. mari masuk ke bilik saya dulu. Kita bincang. Saya boleh tengok sekali dalam sistem laporan perubatan tentang ibu encik. Siapa nama ibu encik?" Soal Atisha sopan.

Lelaki itu mencerlung matanya. " Ahhh, kau, baru nak buat baik pulak. Sekarang nih aku nak report nama kau masuk Aduan Kesihatan. Biar kau kena siasat kelayakan kau sebagai doktor. Doktor apa kau ni ha? Main sebat je bagi ubat tak tengok kiri kanan dah," tengking lelaki itu lagi, dia seakan ingin mengamuk gayanya.

Atisha menarik nafas. Ini tak boleh jadi. Dia cuba mengingati wajah lelaki itu tetapi gagal. Dia belum pernah nampak lelaki ini sebelum ini. Atisha risau kerana boleh jadi ini satu perangkap untuknya.

" Encik, boleh saya tahu siapa nama encik, nama ibu encik dan bila tarikh berjumpa saya? Saya mohon maaf sangat sangat tetapi saya perlukan info itu bimbang saya terlepas pandang silap saya mana mana. And saya tak ingat wajah encik sebelum ini jadi....."

" Jadi kau nak kata aku tipu kau???" Jerkah lelaki ini mula menghampiri Atisha yang masih cuba bertenang.

" Bukan encik.. tapi..."

"Biadap punya doktor, mak aku dalam kecemasan sekarang tapi kau boleh cakap aku tipu kau..Kurang ajar..." lelaki itu meluru ke arah Atisha namun mujur sempat ditahan oleh pengawal keselamatan yang dipanggil oleh staff klinik tersebut.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now