57

13.3K 430 1
                                        

I would never fall in love until I found her

"Aapa?"

Atisha merenung lama Tengku Noah meminta kepastian? Masuk istana? Dah gila ke? Nak suruh kena parang dengan Bonda Tengku Mariah?

" Minggu depan ada satu majlis jemputan untuk negara Erovra. Ayahanda menjemput delagasi diraja negara sana atas pertabalan raja baru mereka. Sebagai tanda persahabatan dan meraikan pertabalan, ayahanda menjemput mereka untuk datang ke istana," terang Tengku Noah melihat Atisha seolah olah terpinga pinga.

Okay, Atisha dah faham. Tapi apa kaitan dengan dirinya?

"Tisha.. Tisha tak faham.." perlahan suara Atisha menuturkan menyebabkan Tengku Noah menarik sedikit puncak hidung milik isterinya.

" Abang nak bawa sayang masuk istana sebagai Puteri Mahkota. Sebagai isteri rasmi abang."

Membulat mata Atisha, dan dia seolah olah ingin membantah.

Puteri Mahkota? Eh tak nak! Makin kuat ikatannya dengan Tengku Noah.

Tanpa sedar Atisha menggeleng geleng kepala. Tengku Noah mengangkat kening.

" Kau tak nak?" Nada suara Tengku Noah berubah. Cengkaman tangannya di pinggang isterinya dieratkan.

Atisha yang mengesan nada berubah suara itu segera menunduk. " Bbukan.."

"Habis tu?"

" Saya tak bersedia..."

Pinggangnya terasa pedih akibat kuku jari Tengku Noah mencengkam kulit.

" Kenapa? Sebab Adriel?"

Allahu..kenapa nak kena sabit mamat tu pula?? Rintih Atisha. Cemburu suaminya tak habis habis.

"Takkk..bukan sebab diaaa.. Tisha takut...takut tak diterima.." laju Atisha menuturkan kata.

Tengku Noah merengus. " Bonda? Tak payah risau pasal dia. Kau isteri aku sayang. Duduk je dengan aku. Jawab bila orang tanya, kalau orang tak tanya, kau diam."

Atisha meramas perlahan jari jemarinya. Senyap.

" Tapi..."

" Hari ni kenapa kau banyak sangat bantah ni Atisha Humaira ?" Potong Tengku Noah, bengang. Sudahlah dipejabat menimbun kerja, diugut pula dari Tengku Raden yang mengatakan Tengku Noah selaku Putera Mahkota perlu membawa isterinya untuk dikenalkan dikhalayak umum. Jika tidak, takhtanya mungkin akan tergugat.

Sedangkan dia tidak bercadang langsung untuk menunjukkan isterinya yang cantik itu. Cukuplah sekadar orang mengetahui dia sudah berkahwin. Figura bernama Atisha Humaira hanya untuk tatapan mata, penenang jiwa dan santapan nafsu dirinya sahaja.

Dia cintakan isterinya terlalu dalam. Kerana itu dia tidak mahu berkongsi pandangan. Tidak suka orang memuji diri isterinya. Lebih tak suka orang mengejinya pula.

Dirinya sahaja yang patut membuat begitu.

Isterinya menunduk. " Tisha minta maaf. Tisha bukan berniat ingin membantah." Air mata seolah bergenang takut dimarahi pula.

Putera Pemilik HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang