Ipad berwarna putih dipegang Natasha, wanita anggun berusia 30 an menuju ke arah bilik pejabat syarikat rakaman milik Farizal Tahir, seorang penyanyi lelaki Genevia, yang sememangnya juga terkenal sebagai seorang komposer. Semua lagu lagu ciptaannya pasti meletup dan popular.
Oleh itu Natasha mendapat arahan untuk berjumpa dengan Farizal sendiri.
" Puan Natasha," sapa Farizal sambil meletakkan tangan di atas dada dan tunduk. Natasha juga turut melakukan hal yang sama.
" Terima kasih encik Farizal sudi terima kedatangan saya. Saya tahu sukar untuk encik Farizal meluangkan masa in a short notice macam ni dengan kekangan masa dari pihak encik," kata Natasha hormat.
Farizal tersenyum. "Tak ada masalah Puan Natasha, lagi pun ini permintaan dari Tuanku Raja, pasti saya akan luangkan sebaik mungkin."
Natasha mengangguk ringkas. Ipad dibuka dan ditunjukkan skrin.
" Kita teruskan kepada agenda utama kita ya Encik Farizal. Baik, ini perkara yang dikatakan Tuanku Raja. Silakan."
Farizal menyambut huluran dari Natasha dan meneliti bait bait perkataan didalam skrin itu.
Lama dia memberi fokus.
Setelah seketika..
" Wah." Sepatah perkataan meluncur keluar dari Farizal.
" Ini dari Tuanku Raja?" Soal Farizal, mata masih meneliti skrin.
Natasha mengangguk. " Ya."
" So loving. Saya boleh rasa dalamnya cinta Tuanku terhadap isterinya."
Natasha tersenyum. Dalam diam dia mengakuinya. Sememangnya Atisha bertuah suaminya utuh mencintainya walau usia perkahwinan mereka sudah mencecah 8 tahun.
"Jadi macam mana encik Farizal? Boleh ke?" Soal Natasha, melihat Farizal masih asyik melihat skrin iPad itu dengan kagum.
Farizal mengangkat kepala. " Boleh. Saya akan susun melodi. Bila saya boleh bagi result?"
Natasha tersenyum manis. Alhamdulilah.
" Secepat mungkin. Event lagi 3 minggu. Dan Tuanku Raja sendiri yang akan datang berjumpa encik," balas Natasha yakin.
Farizal mengangguk setuju. " Perfect!"
————————————————
" Perlahan lahan sayang. Ada bucu kerusi ni,"kata Tengku Noah lembut, sambil memegang tangan si isteri yang berjalan perlahan. Mata isterinya ditutup kerana itu lah eratnya Atisha memegang tangannya.
Tengku Noah tersenyum tanpa sedar. Betapa isterinya percayakannya, dan benar benar bergantung padanya.
Dia suka. Dia sukakan situasi itu. Atisha miliknya, selama lama miliknya.
Terkadang sikap psycho muncul tanpa disedari.
Entah, susah mahu dijangka sikap jika melibatkan isterinya.
"Abang," suara lembut itu memanggil. "Lambat lagi ke?"
Kedengaran resah sedikit. Bibir Tengku Noah terjungkit sedikit. Kalutnya si bidadari ni. Bukan nak ke mana pun.
"Sikit lagi sayangku."
Tak lama kemudian mereka tiba di halaman rumah villa mereka yang luas, dan Tengku Noah menghentikan langkahnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Pemilik Hati
DiversosBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...
