I would never fall in love until I found her
" Kalau macam tu,cuba buka hati Tisha kat orang lain. Macam Putera Amar."
Atisha terpaku sesaat.
Apa?
Atisha meleraikan pelukan. " Putera Amar?"
Adrian mengangguk. " Tisha ingat abang tak perasan ke macam mana dia layan Tisha selama ni? Macam mana dia cuba dekati adik abang ni? Abang ni lelaki Tisha, abang tahu keadaan seseorang itu bila orang itu mula dilamun cinta."
Serentak dengan itu Atisha menggeleng.
" Tisha tak nak. Tisha tak bersedia."
Adrian mengangguk. Dia tahu dia tak boleh paksa adiknya. Lukanya terlalu dalam sehingga sukar untuk sembuh dengan terlalu cepat.
" Abang faham adikku sayang. Lets drop this topic."
————————————————-
Tengku Raden, sedang makan malam bersama anak anaknya di meja santapan. Keadaan terlalu sunyi dan sepi sehingga hanya bunyi sudu dan garfu berdentingan. Tengku Noah hanya menghabiskan makanannya dan dia ingin segera keluar melakukan kerja yang selalu dilakukan sejak dahulu. Iaitu menyeludup masuk ke Erovra selama beberapa jam.
Dia rindu. Rindu pada si isterinya. Rindu tidak terkata.
" Noah." Ayahandanya meletakkan sudu dan garfu di kiri dan kanan. Tangannya cepat mencapai kain napkin mengelap mulut.
Tengku Noah mendongak, cuba beriak selamba.
Walau rasa benci itu makin menguasai hati. Lelaki tua ini cuba membunuh isterinya sendiri."Ada perjanjian MOU antara Genevia dan Turki di Tanjung Belebas untuk jeti perkapalan. Ayahanda rasa kamu boleh turun ke sana untuk ganti ayahanda?" Soal Tengku Raden matanya tepat memandang Tengku Noah.
" Baik ayahanda, Noah akan uruskan." Perlahan suara dikeluarkan, seolah olah patuh.
Tengku Raden mengangguk. Gelas diambil dan airnya diminum rakus. Entah mengapa dia rasa sangat dahaga. Tengku Noah mengerling perbuatan tersebut dan bibirnya terjungkit sinis. Dia juga mengerling Tengku Eiman yang mengangkat kening sambil tunduk menyembunyikan senyum. Ketara keduanya menyimpan sesuatu.
Tengku Insyirah hanya senyap tidak beriak. Sejak insiden bondanya jatuh tangga, dia tidak banyak bercakap. Walaupun bondanya seorang yang tegas tetapi mereka berdua sangat rapat. Rasa sunyi hidupnya apabila bondanya masih lagi ditahan dalam wad intensif pemulihan.
Ketika ini bonda Mariah sudah sedar namun memerlukan terapi pemulihan bagi mengembalikan kefungsiannya kembali. Tetapi khabarnya Tengku Mariah tidak mahu pulang ke istana selagi sesi terapi belum selesai.
" Minggu lepas ayahanda ada buat satu mesyuarat untuk belanjawan baru negara hujung tahun ini. Ayahanda ada pass kepada kamu pasal details tu Noah?"
Tengku Noah menggeleng. "Tak ada ayahanda."
Tengku Raden menggosok dagu. Rasa macam dah pass kepada Tengku Noah menerusi pembantu peribadinya.
" Tak apa lah, nanti ayahanda pass semula. Lupa mungkin," kata Tengku Raden tertawa, cuba mengurangkan rasa kekok yang semakin meruang di meja santapan itu. Seolah olah kejadian kejadian sebelum tidak pernah berlaku.
YOU ARE READING
Putera Pemilik Hati
AcakBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...