5

14.2K 521 26
                                    

I would never fall in love until I found her

Tengku Noah menyemak beberapa dokumen dan fail ketika satu SMS masuk ke telefon rahsia. Telefon itu digunakan sekiranya Noah ingin berurusan secara rahsia dengan orang orang tertentu.

SMS itu dibaca dan lantas Tengku Noah membuka iPad miliknya. Penyiasat peribadinya menghantar sesuatu menerusi email.

Mengelegak emosi apabila melihat gambar gambar mesra milik si gadis itu dan entah lelaki mana di hadapannya. Senyuman manis milik gadis itu dilihatnya dengan penuh rasa sakit hati. Mengapa tiada senyuman itu ketika mereka berdua?Kenapa hanya ketakutan yang menghiasi wajah gadis itu?

Atisha Humaira,tsk..tsk..kau betul betul buat aku jadi gila.

10 tahun aku bermimpikan bibir merah kau. 10 tahun aku hidup bermotivasi loket bunga mawar milik kau kerana aku tahu kita akan bertemu juga.

Sengaja dia mengupah penyiasat peribadi untuk mengikuti Atisha ke mana sahaja dia pergi. Setiap aktiviti Atisha, dia tahu. Setiap jejak Atisha, semua dalam tangannya. Dia akui dia kini tertarik sepenuhnya dengan gadis itu.

Handphone di ambil dan dia mencari contact number seseorang.

" Hayden, esok aku nak tahu progress program. Bawak Atisha sekali."

——————————————————————————-

Sebaik sahaja Atisha mengetahui dari Hayden bahawa esok mereka perlu berjumpa dengan Tengku Noah, dia mencari idea bagaimana dia mahu mengelakkan perjumpaan ini. Dia tidak mahu berjumpa lelaki itu lagi. Ada sesuatu yang memberitahu Tengku Noah bukan lelaki yang boleh dibuat main main. Dan dia malas menghadapi ragam Tengku Noah yang semakin menjadi jadi itu.

Kusut fikiran Atisha kali ini.

Segera dia menelefon Hayden semula dan ingin meminta cuti selama 2 hari, atas alasan peribadi. Belum sempat Hayden berkata apa apa, telefon ditutup dan dia terus menghabiskan kerja kerja klinikalnya sebelum tamat waktu kerja jam 5. Hari ini dia tidak kerja shift.

——————————————————————————

Leganya hari ini seharian dia langsung tidak berbuat apa apa. Sudah lama dia tidak bercuti. Bangun pagi tak perlu fikir pasal kerja, pasal pesakit, hari ni dia bebas sebebas bebasnya.

Pintu bilik dibuka, eh tak kunci? Semalam dia pasti, dia sudah kunci dahulu pintu biliknya. Macam mana boleh jadi macam ni.?

Namun Atisha hanya mengendahkan. Mungkin saja semalam dia terlupa kot. Lantas dia keluar menuju ke dapur untuk mengeluarkan barang barang masakan untuk sarapan paginya.

Tanpa menyedari gerak gerinya sedang diperhatikan.

———————————————————————————

Susuk tubuh langsing itu diperhatikan penuh rasa di dada. Walau hanya dalam iPad sahaja, namun tubuh sebegitu mampu mengocak nafsu lelakinya.

Dia mencerobohi privasi wanita itu, ya tetapi dia tidak mampu lagi untuk berjauhan. Wanita itu benar benar mengikat dirinya kali ini. Semalam diarahkan orang kanannya meletakkan kamera tersembunyi di seluruh rumah Atisha untuk mengawasi gerak geri gadis itu.

Pintu pejabatnya diketuk. iPad yang memaparkan aktiviti harian Atisha, segera ditutup dan di masukkan ke dalam laci.

" Masuk"

Natasha, PA yang dilantik oleh ayahandanya masuk ke dalam.

" Kenapa?"

" Tuanku,  Permaisuri ada di lobi syarikat, sedang menunggu Tuanku untuk berangkat keluar," kata Natasha berdiri tegak menyampaikan maklumat.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now