I would never fall in love until I found her
Thought I found a way
Thought I found a way out (found)
But you never go away (never go away)
So I guess I gotta stay nowOh, I hope some day I'll make it out of here
Even if it takes all night or a hundred years
Need a place to hide, but I can't find one near
Wanna feel alive, outside I can't fight my fear"Kau nak ke mana kali ini Atisha?"
Terhenti langkah Atisha. Seolah olah terus digam tapak kasutnya menghalang dia dari terus menghalang. Mampus. Memang mampus dia kali ini.
Tengku Noah berjalan menghampiri isterinya dan terus menyambar tangan Atisha yang terdiam kaku terus. Tetapi wajah sang lelaki itu kelihatan resah dan bukan dingin seperti sediakala.
Langkahnya dipercepatkan terus ke belakang istana dan dia tidak melepaskan tautan tangan itu.
Berikutan langkah Tengku Noah yang panjang, Atisha terpaksa berlari sedikit untuk menyaingi langkah suaminya. Dia yang ketakutan tadi, bertukar terpinga pinga apabila ternampak satu kereta berwarna Range Rover berwarna hitam.
Tengku Noah membuka pintu belakang dan menyuruh Atisha masuk ke dalam. Tetapi Atisha enggan.
" Masuk Atisha. Ada banyak benda yang abang kena explain, but you need to go. Now!"
Atisha menggeleng. " No!"
Tengku Noah mengetap rahang. Kenapa masa ni juga Atisha nak membantah?
" Abang kejam. Abang jahat. Saya tak nak!" Tempik Atisha ingin memuntahkan segala yang dirasa ketika ini. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berkata begitu, mungkin terganggu dengan segala perkara yang menyesakkan.
Tengku Noah tergamam sesaat.
Tetapi raut wajahnya terlihat dingin semula.
" We dont have a time Atisha. Please, get in first!" Tengku Noah menahan sabar kali ini. Kalau tidak kerana hal penting kali ini, mungkin akan diheret isterinya pulang dan diberi hukuman sesuai. Tapi sekarang bukan masanya.
"No!"
Tengku Noah membiarkan pintu kereta terbuka dan berjalan kembali ke arah Atisha yang ingin melarikan diri. Tubuh kecil itu dicempung terus dan di masukkan ke dalam Range Roger berwarna hitam itu. Tengku Noah dah tak kisah apa tempikan Atisha kali ini. Tapi isterinya harus masuk ke dalam kereta sekarang.
" Luke, jalan."
Atisha terpana mendengar satu nama. " Luke?"
Luke yang menjadi driver kereta Range Rover itu. Luke yang sudah lama tidak ditemuinya. Tetapi bukan kah Tengku Noah tidak percayakan Luke? Apa ni?
"Apa ni abang? Bukan ke abang dah pecat Luke?" Soal Atisha betul betul kehairanan.
Tengku Noah tidak bereaksi sebaliknya menarik isterinya ke dalam pelukannya. Erat pelukannya bagai tidak dilepaskan. Dia betul betul cintakan isterinya. Tetapi demi keselamatan isteri, demi keselamatan anak anaknya, dia perlu mengorbankan dirinya demi memenuhi kehendak seseorang.
YOU ARE READING
Putera Pemilik Hati
De TodoBuku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon ma...