15

13.4K 409 20
                                    

I would never fall in love until I found her

Sedar sedar sudah sebulan setengah Atisha selamat menjadi isteri rahsia Putera Mahkota. Isteri kepada lelaki yang dia tidak jangka dalam hidupnya. Dan selama sebulan setengah ini jugalah Atisha terkurung didalam mansion ini. Paling paling tak pun dia hanya boleh keluar hingga ke halaman rumah, melihat taman bunga mini dan masuk ke dalam mansion semula.

Sumpah dia rindukan kehidupan dahulu. Kehidupan yang sememangnya dirampas oleh suaminya. Kejam betul suaminya terhadap dirinya. Kenapa sebegini teruk dia lakukan padanya? Apa salah dirinya sebenarnya?

Atisha mengenggam sesuatu yang tergantung dilehernya. Ada 2 rantai disitu. Satu rantai hadiah perkahwinan dari Tengku Noah dan satu lagi loket bunga mawar yang dipulangkan suaminya akhirnya kira kira 2 minggu lepas.

Betapa bersyukurnya apabila loket bunga mawar pemberian arwah ibunya telah diberikan semula padanya. Itulah satu satunya cebisan kenangan yang tinggal dari ibunya. Tanpa sedar, air matanya mengalir deras.

Tengku Noah masih belum pulang ke mansion. Sudah 3 hari dia tidak pulang dek kerana urusan pemangkuan pemerintahan negara, dan juga urusan syarikatnya. Baguslah dia tiada kerana jika dia ada, kerja Atisha hanyalah dipaksa melayan nafsu lelaki itu hampir setiap masa. Dan setiap kali mereka selesai melakukan, Tengku Noah sering kali akan mengusap perutnya mengharapkan ada sesuatu di situ.

Tetapi Tengku Noah tidak tahu, bahawa setelah mereka selesai berhubungan, Atisha akan mengambil pil perancang. Kali ini sudah dua kali pil itu diseludup masuk. Dibantu oleh Yanti dan Dr Azalia.

Atisha tidak tahu sampai bila dia harus hidup begini. Suaminya ada masanya melayannya sangat lembut, malahan memanjainya. Namun ada ketikanya dia bersikap sangat kasar, terutamanya saat berhubungan intim, yang menyebabkan dia sakit. Tapi seolah olah kesakitan itu memberi kepuasan kepada Tengku Noah sendiri. Rayuan dan tangisan ibarat melodi indah buat halwa telinganya.

Rancangannya melarikan diri masih lagi ada dalam fikirannya namun dia hanya mencari masa sesuai untuk melakukannya. Dia harus berhati hati, kerana Tengku Noah Mikael, seorang yang sangat berkuasa. Dia tidak boleh main main.

" Hai." Suara seorang lelaki menyapanya.

Atisha berpusing ke tepi, terkejut. Kerana siapa saja yang akan menegurnya begitu di mansion ini. Semua orang dalam mansion ini dia sangat kenal. Tetapi figura ini, siapa? Tak pernah tengok pun sebelum ni.

" Sorry sorry buat awak terkejut. Saya Hilman, anak Mak Som. Saya selalu ambil ibu saya petang petang kat pintu belakang tu. Ada nampak awak kat sini dari luar. Tertanya pula saya, sebab tak pernah nampak awak sebelum sebelum ni," terang Hilman sambil mengusap belakang lehernya.

Cantik gadis ini. Mengingatkan dirinya kepada seseorang walau balam balam ingatan wajahnya. Tetapi kenapa wajahnya seolah tiada seri. Gumam Hilman.

Atisha hanya mengangguk sebelum dia menyedari sesuatu. Matanya meliar ke sekeliling halaman sambil bangun menjauhkan diri dari Hilman. Tengku Noah sudah memberikan amaran kepadanya, jangan bercakap dengan lelaki lain.

Dia tak mahu dirinya dipersalahkan atau lelaki dihadapan ini menjadi mangsa.

Atisha lantas mengatur langkah tanpa bicara meluru masuk ke mansion tetapi sempat dipegang lengan oleh Hilman yang terpinga pinga.

"Eh awak,kenapa ni?"Hilman mengerut dahi tidak faham.

Atisha menarik lengannya dengan sekali rentap.
"Dont touch me!"

"Okay okay sorry,my fault. Tapi awak masih belum bagi tahu saya lagi siapa awak? Pekerja baru? Tapi kenapa baju awak berlainan?"

Atisha merenung Hilman yang kelihatan tertanya tanya.

Putera Pemilik HatiWhere stories live. Discover now