TIGA TAHUN KEMUDIAN
Tatkala langit masih belum cerah, Kayla sedang menggoreng telur di dapur. Sedari tadi dia berusaha untuk menerbalikkan telur itu. Namun, percikan api menakutkannya. Terkenyit mata setiap kali terdengar percikan api yang kecil itu.
"Auch !" Kayla terjerit kecil saat percikan itu terkena pada kelopak matanya.
"Kayla, kan saya dah kata biar saya yang masak. Awak ok tak ? Nak ubat ? " tiba-tiba Imran munculkan diri dari pintu belakang.
Kayla menggosok-gosok matanya membuang rasa pedih.
"Jangan gosok mata sangat. Sini ke singki. Basahkan sedikit mata tu " Imran pun membawanya ke singki.
"Saya okeylah, Imran. Tak kena mata pun " balas Kayla sambil membilas sedikit matanya.
Imran menggeleng.
"Kalau betul-betul terkena macam mana ? Siapa nak jagakan anak-anak kita kalau awak sakit ?" ujar Imran dengan nada kerisauan.
"Isy, jauh betul fikir. Tak ada pun lah. Tengok mata saya ni. Comel kan ? Wink, wink ! " balas Kayla sambil mengenyitkan mata.
Imran tergelak kecil. Lega hatinya melihat raut wajah Kayla yang masih sempurna.
"Yalah, saya cuma risau je tadi. Awak duduklah. Biar saya yang selesaikan ".
Imran pula mengambil alih tugas Kayla. Kayla pula hanya pasrah dan akur. Nasiblah dapat suami yang terlebih prihatin. Telur dadar yang digoreng mujur sahaja tidak hangit. Imran pun memasak seperti biasa dan Kayla tolong menghidangkannya.
"Purnama, mana Juna dan Dina ?" Kayla menyoal sebaik sahaja pinggan mendarat di atas meja.
"Rasanya mereka dengan kembar yang lagi satulah, Kejora ".
"Mereka dengan Edward dan Edmond ?".
Imran pun mengangguk.
Arjuna Ilyasa Bin Indra Sujiwa
Ardina Indriani Binti Indra Sujiwa
Sungguh tidak sangka mereka dikurniakan sepasang kembar yang tidak seiras. Namun, raut wajah mereka saling tidak tumpah seperti Imran dan Kayla versi mini.
Wajah Arjuna lebih mirip kepada Imran. Sementara Ardina mengambil mirip wajah Kayla. Kedua-duanya lahir dengan sihat dan comel. Kini, mereka sudah memasuki umur dua tahun.
"Haish, pagi-pagi buta diorang dah bangun. Nasib baiklah ada babysitter. Dua orang pula tu " kata Kayla sambil melabuhkan duduk.
"Kebetulan mereka berdua cuti. Tak adalah kita terlalu sibuk. Lagi-lagi hari ni".
Rupa-rupanya, Imran dan Kayla mengadakan jamuan tertutup sempena ulang tahun anak-anak mereka yang kedua. Sebab itu, mereka perlu bersiap sedia seawal pagi. Tetamu undangan sudah tentunya kenalan rapat mereka. Dan jamuan tersebut diadakan di halaman rumah kediaman Imran.
"Awak rasa tak menyusahkan mereka ke sebab kena lalu hutan untuk ke sini ?".
"Tak pun. Saya dah hantar lokasi. Mereka pun bermalam di sini juga ".
"Itulah, nasib baik kita dah kemas beberapa bilik ".
"Nasib baik juga bilik rumah ni banyak ".
"Nasib baik juga suami saya kaya ".
"Eh dia ni ".
Kayla tergelak kecil. Kemudian, dia pun teringat sesuatu. Dia bingkas bangun lalu menuju ke peti ais dan membuka pada bahagian atas. Di situ, dia mengeluarkan sebuah kek batik yang dibiarkan semalaman.
ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...
