Episod 154

26 5 0
                                        

"APA ? Hazarol dah culik perempuan itu ?! " terkejut salah seorang anggota MartineZ yang bernama Nik.

Hari itu pada waktu malam, MartineZ sekali lagi berkumpul untuk mengatur strategi bagi sebuah rancangan yang besar.

"Kita mesti hapuskan Black Devil" ujar Sir Anderson, selaku pemimpin MartineZ yang tidak pernah mendedahkan wajah. Hanya berpakaian serba hitam dan bertopeng putih.

"Macam mana dengan rancangan sir sebelum ni? Kita akan teruskan atau ada sedikit pertukaran? " soal Hadi selaku penggodam.

"Mungkin ada sedikit pertukaran. Tetapi sebelum itu, aku kena ingatkan balik strategi asal kita " balas Anderson.

Semua ahli MartineZ masih diam dan menanti ketuanya menyambung kata.

"Nampaknya rancangan Hazarol hampir berjaya. Dengan adanya Kayla, dia akan mengumpan 'heronya' untuk diselamatkan. Aku yakin, Hazarol sendiri akan berikan maklumat keberadaan Kayla untuk mengumpan dia. Dan itu adalah rancangan Hazarol untuk membunuh dia ".

Dia yang dimaksudkan ialah Imran sendiri.

"Tetapi sir, dia itu bukan calang-calang orang kan? Macam mana Hazarol yakin yang dia akan termakan umpan? " soal Karl yang kebingungan.

"Ha, ha, ha.. " Anderson tergelak kecil, tetapi nadanya sinis.

"Sebab itu adalah taktik Hazarol yang dianggap lemah. Hakikatnya, Hazarol sudah pasang perangkap di setiap perjalanan untuk ke markasnya. Sebab dia tahu, Imran tidak akan bersendirian. Jadi, dia akan pastikan, orang-orang yang menemaninya akan mati supaya konconya sendiri akan membawa Imran pergi kepada Hazarol. Dan bunuh serta-merta".

Terteguk liur semua orang di situ.

Hadi pula terdiam sambil merenung e-mel yang diberikan oleh Black Devil. Di situ hanya terpapar sebuah peta yang terletak di Negeri Sembilan. Titik lokasi yang berwarna merah jelas menunjukkan di sebuah hutan. Pagi tadi, Imran sendiri yang menghantar maklumat e-mel tersebut kepadanya.

Dan paparan tersebut terpampang jelas pada smartboard mereka.

"Jadi, Hazarol tahu ramai pihak berkuasa yang akan melihat lokasi mereka. Bila Imran datang bersama mereka, mungkin BD akan gunakan kuasa mereka untuk menyerang pihak-pihak itu dan membawa Imran sendiri " Azmir membuat spekulasinya sendiri.

"Betul, aku suka serkap jarang kau" balas Anderson.

"Sebab tempat mereka di hutan dalam dan line pun tak ada. Kalau apa-apa terjadi pun, pihak berkuasa tak dapat hubungi bantuan. Macam itu ke, strategi Hazarol? " soal pula Adi.

"Yes, exactly ".

"Tetapi tuan, kenapa di Negeri Sembilan juga? " soal pula Hadi.

Semua senyap, memandang ketua mereka.

"Mungkin, tempat itu berkaitan dengan kisah silam Hazarol? ".

"Ha, kisah silam? " Nik mengerutkan dahi.

"Aku dah dengar sebab Hazarol nakkan Kayla daripada rakaman Zarif. Rupanya, dia berdendam dengan Kayla ".

"Hazarol berdendam apa dengan Kayla? " soal Hadi.

"Jadi, adakah selama ini Hazarol pura-pura menjadi boyfriend Kayla? " soal pula Karl.

"Cakap pasal Zarif, rindu pula aku dengan dia.. " celah Azmir pula.

Mereka semua pun terdiam lagi.

"Aku tahu, dah lama dia tak hubungi kita. Mungkin, dia dah ditangkap... Dan kita tak boleh berdiam. Kalau Hazarol dah dapat Kayla, itulah 'kemuncak' rancangan dia. Kita kena tebus semua orang yang tak bersalah dan bawa balik kepada keluarga mereka".

550 TahunTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang