KAK ULYA tersenyum sinis melihat wajah Kayla yang seperti baru melihat hantu. Atau lebih tepat, kebenaran yang sebenar.
"Kenapa? Terkejut tengok aku? ".
Sakit kepalanya belum hilang, malah rasa berdenyut itu semakin bertambah. Membuatkan bebola matanya mahu terkeluar dan badannya menggigil teruk.
"Ni bukan Kak Ulya kan? " minda Kayla bising untuk menafikan kenyataan yang terdedah di depan mata.
Belinda dan Zarif mengerutkan dahi. Tidak tahu pula Kayla mengenali orang kiri Hazarol.
Kak Ulya tergelak besar sambil mendekatkan diri kepada mereka, bersama pistol di tangan.
"Ini aku, Ulya ! Rakan sepejabat yang paling kau idolakan ! Pengurus kewangan TidH ! Akulah orangnya ! " katanya dengan bangga.
Terbeliak mata Zarif.
"Kau... perisik tu? " soal lelaki itu dengan sinis.
Semakin galak tawa wanita itu.
Serentak itu Kayla menggeleng. Sekali lagi dia ditipu. Hidup-hidup pula tu. Hari ini sudah kali kedua dia dikecewakan dengan kebenaran yang menyakitkan.
Zarif mendengus. Ternyata benar sangkaan MartineZ. Dalam syarikat TidH memang ada pengintip musuh. Dan orangnya di hadapan mata Zarif.
"Kau pun perisik juga kan? Tapi,buat kerja tak clean... Alololo, kesiannya..".
Zarif tersenyum sinis.
"Selama ni kau ke yang sabotaj TidH ?! Kau kan yang hantar video tak senonoh tu ?! " suara Kayla naik satu oktaf. Malah panggilan sopannya terus bertukar seperti mahu bergusti.
"Ya, aku yang buat ! Kau dah nampak kan siapa aku, Kayla ?! Memang segala benda yang terjadi tu aku yang rancang ! " bentak Kak Ulya.
Kayla mempamerkan riak wajah yang bengis. Setajam mana mata pisau, setajam itulah Kayla menatapnya.
"Kau nak dengar cerita aku? " ujarnya dengan nada yang tiba-tiba menggedik.
Kak Ulya yang seksi itu bermain-main pistol di tangannya. Berpura-pura mengingati sesuatu.
"Ermm... Kau ingat tak Kak Ju suruh kau hantarkan bekal untuk anaknya? Dan lepas kau hantar, tayar kereta kau pancit sebab langgar duri? Itulah rancangan aku ! Tapi sayang, Hazarol gagal culik kau sebab Imran yang langgar... ".
Hati Kayla menjadi geram. Tidak pernah sekalipun Kayla terdetik hati menuduh Kak Ulya. Malah, dia pernah terfikir Kak Ju yang merancang.
"Hah, lagi satu ! Ingat tak Imran marah aku sebab kewangan TidH bermasalah? And yeah, aku sendiri yang sauk duit tu untuk beli senjata api " Kak Ulya tersenyum bangga.
"Si*lan punya betina ! " jerkah Kayla. Ingin sahaja dia menampar perempuan tidak siuman itu.
"HAHAHAHAHA HAHAHAHA !" semakin kuat hilaian tawanya.
"Oh ya, Kayla. Kau nak tahu macam mana Imran yang suci tu boleh terlibat dalam video tu ? Well, someone can make a mask yang mukanya sebiji macam Imran. Dan cuba teka lagi ? Orang yang pakai topeng tu lah yang mer*g*l ! Ahahahaha ".
"Kau kalau aku bawa ke Tuan Imran, memang aku suruh dia bakar kau ! ".
"HAHAHAHAHHA " Kak Ulya tergelak jahat.
"Dia memang gila, Kayla. Selama ni dia berbaik dengan awak sebab nak awak percayakan dia " ujar Zarif.
"Dia dan Hazarol sama-sama tak betul ! Dasar bengap ! " sindir Belinda pula.
ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...
