Episod 156

22 5 0
                                        


GELAK ketawa Hazarol semakin tenggelam pada Kayla. Dengan keadaan yang separuh terbaring, dia merenung lelaki yang pernah menjadi abang tirinya suatu ketika dahulu.

Kerana takdir, mereka dipertemukan semula dengan keadaan Kayla yang hilang memori buruk bersama lelaki itu. Adakah ini asbab hati Kayla sudah tawar hati dengannya?

Mungkin ingatannya sudah lupa, tetapi perasaannya masih sama walau pada mulanya mereka bahagia. Seingat Kayla di awal pertemuan mereka, Hazarol adalah lelaki terbaik yang dia jumpa.

Namun gelaran itu hampa setelah Hazarol sendiri yang menyakiti hati dan memutuskan hubungan. Kayla jadi kecewa dan berazam untuk menganggap Hazarol sudah 'mati'.

Takdir yang ditulis, mereka tetap berjumpa semula. Dengan keadaan Kayla semakin mengetahui sifat lelaki itu yang agak baran.

Namun pada hari ini, siapa sangka yang dia mendapat kejutan ?

Air mata bercucuran membasahi pipi. Sungguh Kayla tidak kuat. Dia sememangnya mudah lemah apabila berbicara soal keluarga. Dia sebatang kara. Lebih menyedihkan apabila keluarganya mati dalam keadaan yang tidak baik.

Dan lebih menyakitkan lagi, pembunuh itu adalah orang yang sangat membencinya.

Sejahat itukah keluarga Kayla sehingga Hazarol berdendam dengannya?

"Kau benci aku sebab keluarga aku buang kau ? " perlahan gadis itu menyoal.

Serta-merta gelak tawa Hazarol mati. Tiba-tiba, matanya bertukat tajam.

"Semua tu jadi sebab kau ! Kalau kau tutup mulut kau, mak aku takkan masuk penjara ! ".

"Bongok, mak kau yang mulakan dulu ! Mak kau nak kikis harta bapak aku ! Takkan itu tak boleh fikir ?! Benda buruk kan ? Kau buta ke ?! " bidas Kayla dengan lantang.

"Arghhhh ! " bentak Hazarol lalu dia menumbuk kaca tingkap yang sudah pecah. Dia mengambil serpihan itu.

"Kau kutuk mak aku, Kayla ! Dari dulu kau tak suka mak aku ! Kau tahu tak dia orang yang sanggup cari duit untuk besarkan aku ?! ".

"Tapi dia buat kerja haram ! Kau tak tahu ke dia melacur ?! ".

"Diam ! Kau memang suka mencabar aku ! ".

Serpihan kaca yang tajam itu digenggam dan akan menusuk ke tubuh Kayla. Kayla yang menyedarinya terus melonggarkan ikatan di kaki dan menendang lutut kanan Hazarol.

Lelaki itu pun terjatuh akibat tendangan yang kuat. Mujur sahaja Kayla sudah melepaskan ikatan di tali dengan serpihan kaca sebelum lelaki itu berjumpa dengannya dan berpura-pura mengikat dengan longgar.

"Kau memang si--Argh ! ".

Kayla sempat menyepak wajah lelaki itu pula. Darah merah pekat berlumba-lumba turun dari hidungnya.

Sebelum Hazarol bangkit, Kayla berlari ke tepi tingkap dan mengambil serpihan kaca lain yang agak tajam. Dia memotong tali yang mengikatnya dengan berhati-hati.

"Argh ! " dia menjerit kecil saat merasakan pergelangan tangannya dihiris kaca itu. Ada sedikit luka di sekitarnya.

Apabila ternampak Hazarol yang mahu berdiri, dia pun menyepaknya bertubi-tubi. Dia lebih menyasarkan pada kelemahan lelaki. Sepakannya itu berselang-seli dengan pekikan nyaring Hazarol. Selepas puas menyepak, Kayla pun berlalu pergi dengan ketakutan dan lari secepat yang mungkin.

" KAYLAAAAAA !!!!! ".

Hazarol cuba untuk bangun, namun malangnya dia rebah semula. Kesan sepakan pada bahagian sulitnya sememangnya kuat. Ah sudah, nampaknya dia sudah tidak boleh bergerak lagi. Dia perlu mencari penyelesaian. Telefon pintar diambil dari poket.

550 TahunTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang