FromMe2U

44 4 0
                                        

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yang saya kasihi, syukur dapat siapkan karya sulung ini yang mempunyai 168 episod, prolog, epilog dan tiga episod khas. Buat yang tidak tahu, karya ni ditulis dari masa saya tingkatan empat sampai ke diploma. Nasib baik tak graduate lagi.

Terima kasih kerana sudi membaca. Tapi, boleh saya tahu apa yang menyebabkan korang nak baca 550 Tahun ? Sebab coverpage ke ? Sinopsis ke ? Ataupun kenalan recommend ? Hehe kalau sudi, bolehlah berkongsi. Sebab saya teringin nak tahu kenapa korang sanggup habiskan cerita yang panjang + lambat siap + mengarut = cerita tah pape.

Berkenaan genre cerita ni, cerita ni bukan sahaja tentang romantik dan fiksyen sejarah semata-mata. Boleh dikatakan cerita ni sebahagian daripada hidup kerana ada juga tentang persahabatan, masalah psikologi, aksi, kelakar, misteri dan seram pun ada juga. Bercampur-campur mat cerita ni. Maaflah kalau ada yang pening. Saya pun pening nak siapkan.

Sepatutnya watak dalam cerita ni sikit je. Tak tahulah saya mengarut apa sampai jadi banyak. Tapi, okeylah juga. Meriah sikit cerita ni. Kalau tak, tak adalah benda lawak dalam 550 Tahun yang sepatutnya lebih kepada cerita sedih.

Korang rasa siapa watak yang paling korang suka ? Ada tak watak yang hampir sama dengan korang ? Jemput-jemput lah berkongsi sikit. Hehe.

Sajalah nak cerita, sebelum terfikir nak tulis cerita ni, saya tertengok K-drama Tale of the Nine Tailed. Daripada watak Lee Yeon saya mula berimaginasi watak Indra aka Imran. Lepastu, baru terfikir cerita yang saya imaging ni sama dengan My Love From the Star. Sebab tu ada scene Indra selamatkan Kayla dari dilanggar lori masa dia kecil.

Lama-kelamaan, idea dikembangkan lagi dengan apa masalah Indra ni sebenarnya. Rupanya rindunya bukan biasa-biasa, rasa rindu tu terlalu dalam sampai menderita penyakit mental. Nasib baik ada Lazarus Sindrom. Kalau tak, tamat macam tu jelah kisah Indra.

Akhir sekali, saya harap banyak pengajaran yang korang dapat. Dapat kongsikan terjemahan Al-Quran, hadis nabi dan peribahasa Melayu pun jadilah. Moga menjadi manfaat. Tak dapat belajar semua pun tak apa. Satu pun jadilah. Terima kasih sekali lagi kerana membaca 550 Tahun. Semoga yang baca dipermudahkan urusan, amal ibadah diterima, dan tergolong dalam kalangan orang beriman. Aamin.

Yang paling ikhlas,
Mairendly

Semoga jumpa di karya akan datang :⁠,⁠-⁠) ( kot )

550 TahunTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang