DI suatu tempat yang terpencil, seorang lelaki yang terkurung enggan menutup mata. Walaupun kedinginan malam melenakan semua penghuni di sana tidur, tetapi tidak bagi lelaki itu.
Di dalam jeriji besi, dia masih mencelikkan mata. Duduk di hujung sudut, memeluk lutut yang terketar-ketar. Bibirnya bergerak menahan rasa takut. Kerana sesuatu yang dilihatnya.
"Arol, sayang... Meh ikut mak..." suara halus itu bergema di segenap ruang.
Mata Hazarol yang merah itu beralih ke tempat lain. Tak, itu bukan ibunya.. Itu halusinasi.
Dia terdengar pula hilaian tawa ibunya yang agak menakutkan. Membuatkan lelaki itu menggigil satu badan. Manakan tidak, satu susuk tubuh yang berlumuran darah mengesot ke arahnya.
"Sayang, tak nak ikut mak? Kamu tak sayang mak? Ehehehehe...".
"PERGI ! KAU BUKAN MAK AKU, BODOH !".
Tiba-tiba, sepantas kilat susuk itu mengesot. Hazarol yang panik tidak sempat berlari kerana susuk itu telah mengepungnya di hujung sudut. Lalu, segaris senyuman mengerikan ditayang.
"ARGH!" Hazarol menjerit ketakutan lalu menyembamkan mukanya di antara dua lutut. Wajah itu mengerikan. Itu bukan ibunya ! Itu syaitan !
"Kenapa tak nak ikut ibu? Arol bencikan ibu?" bersama hilaian tawa, badan Hazarol lembik semacam.
Tiba-tiba juga, wajah seram susuk berdarah itu muncul di bawah lutut Hazarol.
"ARGHHH !" Hazarol yang terlampau rasa takut itu menjerit dan memijak kepala susuk itu.
"KAU PERGI ! KAU PERGI !".
Wajah yang menyerupai ibunya itu hancur akibat dipijak. Hazarol terasa mahu muntah kerana dia terasa seperti memijak daging bangkai yang busuk. Wajahnya sehancur itu. Hitam legam dan berdarah merah gelap.
"Ukhhh !" Hazarol akhirnya termuntah kerana terlampau mual. Dia menjauhi susuk hancur yang terbaring itu.
Lantas matanya terbeliak. Manakan tidak, susuk yang kehancuran tubuh itu bangun tanpa kepala. Sekali lagi dia menjerit dan mendekati jeriji besi itu.
"Buka ! Buka pintu ni !" teriak lelaki itu sambil menggoncangkan jeriji.
Apabila melihat belakang, susuk tanpa kepala itu berjalan dengan menyeret mendekatinya. Langkahnya perlahan seperti zombi, tetapi cukup menyeramkan kerana dia terkurung. Dia mahu bebas !
"ARGHHHH, PERGI !".
"HUH !".
Hazarol tersedar dari mimpi buruknya. Wajahnya basah dengan peluh. Nafasnya tercungap-cungap seperti baru berlari. Walhal, diulit mimpi ngeri.
Mimpi itu bagai pelemah semangat. Dia yang ketakutan itu terus tidak dapat melelapkan mata. Dia memeluk lutut dan bersandar pada sudut bilik.
Entah kenapa sejak seminggu di sini, dia kerap diganggu dengan hal-hal yang aneh dan menyeramkan. Hari-hari dia melalui mimpi yang sama dan bersambung-sambung.
Apa yang dirasakan sekarang adalah takut.
"Cu... Kamu tak tidur lagi?" tiba suara wanita tua berbisik di telinga.
Mata Hazarol terbeliak. Kepalanya terkaku. Tidak sanggup berpusing ke kiri. Sekali lagi bibir terketar-ketar.
"Meh, nenek tidurkan Arol. Kesian ya tak boleh tidur?".
Badan Hazarol menggigil apabila ubunya diusap nenek itu. Sudahlah tangannya sejuk semacam ! Meremang segala bulunya.
Lama-kelamaan, tangan nenek itu menjadi panas. Sepanas api !
ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
Ficción GeneralIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...
