Bab 17

19.5K 494 130
                                    

SEORANG lelaki tua dalam lingkungan lima puluhan melangkah masuk ke dalam bangunan KFC. Matanya bergelintar memerhatikan setiap sudut. Satu demi satu pelanggan di situ diteliti sehinggalah pandangannya tertancap ke arah sepasang kekasih yang kelihatan sungguh bahagia.

Kolar bajunya dikemaskan. Dengan lagak angkuh dia mengayun langkah merapati pasangan kekasih itu. Dia berdeham ingin menarik perhatian pasangan itu.

Ehem!

Hazril Irfan dan Mariam terus mendongakkan kepala mereka. Hazril Irfan bingkas bangun untuk menyambut kedatangan lelaki tua selaku bapa saudaranya itu.

"Eh, pak su. Buat apa di sini?" soal Hazril Irfan. Tangan dihulurkan kepada Eusoff.

Eusoff menggenggam kemas tangan anak saudaranya tapi matanya ralit memandang Mariam yang dah menikus ketakutan. Satu senyuman jahat disembunyikan.

"Pak su saja jalan-jalan lepas tu datang sini nak isi perut. Tak sangkalah boleh terjumpa dengan Haz," balas Eusoff bersahaja.

Hazril Irfan terus mempelawa Eusoff duduk. Dah lama dia tak bertemu dengan bapa saudaranya ni selepas ibu saudaranya meninggal dunia akibat terkena serangan jantung.

"Kenalkan, Mariam. Bakal tunang Haz. Tak lama lagi kami nak bertunang." Cepat-cepat dikenalkan Mariam kepada Eusoff.

Mariam memaksa juga bibirnya untuk mengukirkan senyuman. Tangan yang dihulurkan oleh Eusoff dipandang sepi sehinggalah Eusoff sendiri yang menarik tangannya kembali.

"Maaflah, pak su. Mariam ni memang tak bersalaman dengan orang yang dia tak kenal." Hazril Irfan bersuara tatkala Mariam enggan menyambut tangan bapa saudaranya.

"Oh, tak apalah. Pak su faham. Biasalah nama pun muslimah sejati," sindir Eusoff.

Hazril Irfan tergelak kecil. "Apa kata kalau pak su join kita orang sekali?"

Membulat mata Mariam apabila Hazril Irfan mengajak Eusoff turut serta dengan mereka sekali. Matanya kuyu meminta Hazril Irfan menarik semula ajakannya tu tapi, Hazril Irfan tak mengerti dengan isyarat mata yang diberikan. Mariam melepaskan keluhan berat.

"Tak apalah, Haz. Kamu berdua teruskanlah berdating. Pak su boleh aje makan dekat hujung sana tu. Tak naklah pak su ganggu love birds nak berkasih sayang." Eusoff menolak lembut.

"Tak menganggu pun, pak su." Balas Hazril Irfan. Malah, lagilah dia seronok. Bolehlah dia menceceh sekejap dengan Eusoff.

"Tak apalah, Haz. Pak su pergi dululah, ya?" pamit Eusoff dan terus melangkah ke kaunter untuk membuat pesanan ayam goreng kentucky.

Hazril Irfan dan Mariam menghantar langkah Eusoff melalui ekor mata masing-masing.

"Siapa orang tua tu?" soal Mariam sebaik saja langkah Eusoff semakin menjauh. Ada getaran di hujung ayatnya.

"Itu pak su saya. Lupa pula saya nak beritahu awak yang saya ada bapa saudara. Yalah, sejak arwah isteri dia meninggal dunia, dia terus bina hidup di Singapura sampaikan family di Malaysia ni hampir terlupa kewujudan dia," jelas Hazril Irfan.

"Kenapa isteri dia meninggal dunia?" Sengaja Mariam menyoal. Ingin meredakan dadanya yang sedang berkobar-kobar.

"Heart attack lepas dapat tahu pak su saya ada pasang sugar baby," jawab Hazril Irfan bersahaja.

Berubah terus reaksi muka Mariam. Dia bingkas bangun ingin meredakan hatinya di dalam tandas. Dia perlukan sedikit ruang untuk bernafas.

"Saya nak pergi ladies sekejap," pamit Mariam. Dibiarkan beg tangannya bersama Hazril Irfan.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now