SYAKILLA membimbit beg pakaiannya ke dalam rumah banglo setingkat milik Hazril Irfan. Walaupun rumah itu tidak sebesar rumah ibu dan bapa mentuanya tapi, dia tetap bersyukur.
Sekurang-kurangnya dia tak perlu rasa malu untuk melakukan macam-macam aktiviti di dalam rumah tanpa mengira batasan auratnya. Kalau dia nak berbogel dalam rumah ni pun tak apa sebab mereka hanya tinggal berdua.
"Aku harap kau suka rumah ni." Hazril Irfan berdiri betul-betul di belakang isterinya.
Kedua-dua belah tangannya disilangkan ke dada. Sikit pun dia tak bantu Syakilla mengangkat beg pakaian.
"Aku suka. Walaupun tak besar macam rumah ibu dengan ayah kau tapi rumah ni cantik. Aku selesa," balas Syakilla sambil tersenyum.
"Thank you. Rumah ni aku beli sebab nak hadiahkan dekat Mariam. Tapi kau pulak yang dapat."
Senyuman Syakilla mati serta-merta. Dia berdeham.
"Rumah ni ada berapa bilik?" soalnya.
"Empat bilik termasuk satu master bedroom. Dua bilik kosong and satu bilik lagi aku jadikan bilik stor," terang Hazril Irfan.
Syakilla berfikir sejenak. Dia tidak mahu tidur satu bilik dengan Hazril Irfan. Dia tidak selesa memandangkan Hazril Irfan tidak mencintai dirinya.
"Kalau macam tu bagi aku master bedroom, boleh?" soalnya. Mata dikerdip-kerdipkan.
"Apa maksud kau?" soal Hazril Irfan kebingungan.
"Aku tak nak tidur satu bilik dengan kau. So, aku nak master bedroom." Balas Syakilla bersahaja.
"Kenapa tak nak tidur sebilik dengan aku?" Hazril Irfan menduga. Ada nada tidak puas hati di hujung ayatnya.
"Sibuk! Suka hati aku lah kalau tak nak tidur satu bilik dengan kau pun," gumam Syakilla.
"Suka hati kau. Apa yang penting, master bedroom aku dah cop dulu. Kau nak, kau boleh pilih mana-mana bilik asalkan bukan bilik aku. By the way, bilik lain tak ada bilik mandi kecuali bilik aku. Kalau kau nak mandi kau boleh mandi kat tandas bawah. Kalau tak nak, kau boleh guna bilik mandi dalam bilik aku. Tapi ada syaratlah." Hazril Irfan melorek sengihan nakal.
"Syarat apa pulak ni?"
"Setiap kali kau nak guna bilik mandi aku, kau kena layan aku. Macam kau nak masuk tandas awam juga. Kena bayar lima puluh sen," jelas Hazril Irfan.
Syakilla tercengang. Eh! Suka hati dia saja nak buat syarat macam tu. Tak ada hati perut langsung.
"Habis tu, kalau satu hari aku pakai bilik mandi kau tiga kali, maksudnya tiga kalilah aku kena layan kau?"
"Yes, sayang."
Meremang bulu roma Syakilla dibuatnya. Haih! Cakap tak serupa bikin. Konon jijik dan tak nak sentuh tapi sekarang dia juga yang letak syarat bukan-bukan.
"Rumah ni aku beli untuk Mariam. Rumah ni atas nama Mariam. Aku nak kau buat cara kau macam menumpang. Jangan berangan nak jadi madam besar dalam rumah ni," ujar Hazril Irfan setelah beberapa minit membisukan mulutnya.
Syakilla bungkam. Terasa seperti pisau mencucuk-cucuk tangkai hatinya. "Aku isteri kau. Aku berhak ke atas rumah ni juga. Antara kau dengan Mariam dah lama berakhir. Tak ada istilah menumpang."
"No! Antara aku dengan Mariam masih belum berakhir. Kau jangan berangan, Kella. Walaupun aku layan kau baik, tak bermaksud aku jatuh hati pada kau. Ingat benda ni sampai kau mati!" Herdik Hazril Irfan dan terus beredar meninggalkan Syakilla termangu-mangu sendirian di ruang tamu.
YOU ARE READING
KERANAKU CINTA KAU [C]
RomanceSYAKILLA IZZATI - Hidupnya penuh dengan dendam dan cemburu. Kebahagiaan yang dihidangkan oleh sahabat baiknya, iaitu Mariam membuatkan dendam dalam hatinya semakin membuak-buak. Pada masa yang sama, dia turut menyimpan perasaan kepada teman lelaki s...