Bab 75

35.6K 664 37
                                    

HAZRIL IRFAN membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh sahabatnya. Gambar kad jemputan perkahwinan yang dihantar oleh Reza dibesarkan kemudian dikecilkan semula. Tersungging satu senyuman di bibirnya. Tak sabarlah pula dia nak bersanding dengan isterinya. Mesti meriah.

"Mesej dengan siapa tu?" soal Syakilla. Dia mula berasa lain macam melihat senyuman yang terbit di dua ulas bibir suaminya.

"Dengan Reza. Dia jemput kita datang majlis kahwin dia," jawab Hazril Irfan.

"Ya ke? Nak tengok." Syakilla menghulurkan tangannya persis meminta sesuatu. Sebelah keningnya terangkat tinggi.

Hazril Irfan menyerahkan telefonnya kepada Syakilla. Dia mengerti sekiranya Syakilla berasa sangsi dengan dirinya lagi. Penipuannya memang susah nak dimaafkan. Kalau dia berada di tempat Syakilla pun dia akan buat benda yang sama.

"Wah, cantiknya kad kahwin dia." Syakilla memuji. Gambar kad jemputan perkahwinan itu dibesarkan kemudian dikecilkan.

"Eleh, tak payah puji sangatlah. Kad kahwin kita nanti lagi cantik. Buka aje air terjun terus keluar," pangkas Hazril Irfan dengan mulut yang tercebik-cebik.

"Aik, puji kad kahwin pun tak boleh. Kalau puji empunyanya boleh?" Syakilla tergelak kecil. Seronok dapat mengenakan suaminya.

"Sayang nampak ni apa? Nak kena?" ugut Hazril Irfan sambil menayangkan buku limanya kepada Syakilla.

Syakilla menghamburkan gelak kuat. Sakit perut dibuatnya. Telefon diserahkan semula kepada suaminya. Tidak sabar pula hendak menunggu mereka berdua bersanding dan bermesra-mesraan di atas pelamin.

"Kalau kita bersanding nanti abang nak warna apa?" soal Syakilla.

"Putih."

"Ala, putih tak cantiklah. Pucat."

"Dah tu, warna apa?"

"Ambil lah kontra. Putih biru ke, putih merah ke, putih ungu ke? Barulah cantik," usul Syakilla. Kalau setakat warna putih aje baik pakai kain kapan terus. Huh!

"Sayang nak warna apa?" soal Hazril Irfan. Wajah isterinya dipandang redup. Apa pun pilihan Syakilla, dia ikutkan saja asalkan isterinya bahagia.

"Kalau sayang, sayang nak warna macam diraja tu. Yang warna kuning tu. Cantik!" Syakilla tersenyum.

Hazril Irfan mendekatkan tubuhnya dengan tubuh Syakilla. Dilingkarkan sebelah tangannya di bahu Syakilla. Sisi wajah Syakilla dikucup sekilas.

"Memang dah plan awal-awal ke macam mana?" soalnya.

"Memang pun. Sejak nampak abang dekat warung dulu tu terus pelan nak sanding pakai warna kuning diraja. Barulah nampak menyerlah," balas Syakilla bersahaja.

"Oh, gatal rupanya anak Pak Hassan." Hazril Irfan ketawa terkekeh-kekeh.

"Gatal dengan abang sorang. Dengan orang lain tak gatal."

Hazril Irfan tersenyum. Tidak dia sangka, bercinta dan bakal bertunang dengan orang lain tetapi kini dia berkahwin dengan orang lain. Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang pandai menjaga diri dan ikhlas mencintainya seperti Syakilla Izzati.

GENAP enam minggu berpantang, hari ini Syakilla dah boleh makan makanan yang disukainya. Seronok Syakilla kerana dia berjaya melepasi fasa pantang ibu mengandung. Wajah Mak Timah dipandang penuh minat.

"Mak..." Mendayu-dayu suara Syakilla memanggil ibunya.

"Tak payah, mak dah tahu kamu nak minta apa. Abang Yusman kamu tu tengah beli barang-barangnya dengan abah," ujar Mak Timah. Jarum peniti disematkan ke bahagian fabrik jahitannya.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now