Bab 28

28.1K 662 50
                                    

HAZRIL IRFAN berdiri di hadapan pintu rumah Mariam memandangkan hari ini wanita itu akan pergi meninggalkan dirinya. Kelopak mata ditutup rapat. Bunyi kuakan pintu menyedarkannya daripada melayan rasa sebak yang mencengkam dada.

"Hazril," seru Mariam.

Terkejut Mariam melihat kewujudan bekas tunangnya. Mata bergelintar seperti mencari kelibat seseorang.

"Saya datang seorang diri. Kella ada kat rumah," ujar Hazril Irfan seperti memahami gerak-geri lirikan mata Mariam.

Mariam mengangguk. Dia bersandar tubuh di bingkai pintu. Kepala mendongak memandang Hazril Irfan. Berat hatinya ingin meninggalkan lelaki itu tetapi dia tidak ada pilihan lain. Ugutan daripada Eusoff membuatkan keadaannya tersepit.

"Baby memang dah confirm ke nak pergi Singapura? Baby, kalau baby nak kita boleh kahwin kat Thailand," ujar Hazril Irfan bersungguh-sungguh. Tangan Mariam digenggam kemas.

"Kahwin kat Thailand?" Kening Mariam berkerut.

"Ya, kita kahwin kat sana. Kita halalkan hubungan kita berdua. Balik saja Malaysia saya akan jelaskan kat family saya dan Kella sekali. Jangan tinggalkan saya, baby. Please. Saya tak boleh hidup tanpa baby." Hazril Irfan merayu.

Jauh di sudut hati, Mariam mahu tetapi terpaksa dikuburkan hasratnya yang satu itu. Bagaimanakah jika Eusoff membongkarkan kisah silamnya? Dia tidak sanggup dibenci oleh lelaki yang amat dicintai.

"Saya tak boleh, Hazril. Saya harap awak faham. Mungkin kita memang tak ditakdirkan untuk bersama. Satu saja saya nak awak tahu. Saya akan tetap tunggu awak dan cintakan awak seorang, Hazril. Walaupun awak dah jadi suami Kella tapi saya tak akan berhenti cintakan awak. Terima kasih sebab pernah bahagiakan saya selama dua tahun kita bersama. Bahagiakan Kella. Saya doakan awak dan Kella bahagia," ujar Mariam berjela-jela. Air matanya jatuh berlinangan.

"Untuk apa baby seksa hati baby demi kebahagiaan orang lain? Kella bukan sesiapa dalam kisah cinta kita. Dia cuma tetamu yang tak diundang. Jangan buat saya macam ni, Mariam. Saya betul-betul cintakan awak. Saya ikhlas sayangkan awak. Kalau awak ada kisah silam, saya ikhlas terima kisah silam awak. Jangan tinggalkan saya." Air mata jantan Hazril Irfan turut mengalir.

"Maafkan saya, Hazril. Saya buat semua ni demi kita. Demi kebahagiaan kita bertiga. Saya rela undur diri demi kebahagiaan awak dan Kella. Biarlah saya sakit. Saya cuma nak awak doakan saya mampu teruskan hidup kat Singapura nanti," balas Mariam. Air matanya diseka perlahan.

Hazril Irfan semakin teresak-esak. Dia benar-benar mencintai Mariam. Ditarik tubuh kecil Mariam ke dalam pelukan. Ubun-ubun Mariam dikucup lama. Dia tidak mahu melepaskan pelukan itu. Dia mahu Mariam sentiasa berada di dalam dakapannya.

"Saya pergi dulu. Jangan tunggu saya pulang." Mariam merungkaikan pelukan mereka berdua.

Beg bajunya diletakkan ke dalam bonet kereta kemudian dia memboloskan diri ke dalam perut keretanya.

Hazril Irfan bersandar di dinding. Kehilangan Mariam telah membawa pergi separuh nyawanya. Dia tidak mampu hidup tanpa Mariam.

"Saya cintakan awak, Mariam." Hazril Irfan merintih.

SAMBAL ayam dihidangkan ke atas meja. Berkerut kening Syakilla memandang suaminya yang muram sedari tadi. Hazril Irfan kurang bercakap dengannya hari ini.

"Kau kenapa?" soal Syakilla. Dihempaskan punggungnya di sebelah Hazril Irfan.

"Tak ada apa-apa," jawab Hazril Irfan acuh tak acuh. Fikirannya melayang jauh memikirkan Mariam. Selamatkah dia di sana? Bahagiakah dia di sana?

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now