PILI air ditutup. Kamalin Mastura menyusun pinggan mangkuk yang telah siap dicuci ke dalam rak pinggan. Peluh yang menitik di dahinya diseka perlahan. Tugasnya dah semakin berat kerana statusnya telah berubah menjadi isteri orang.
"Sayang, tak payahlah basuh pinggan mangkuk tu. Esok abang basuh," ujar Reza yang tiba-tiba muncul di dapur. Dari tadi dia menunggu isterinya di dalam bilik tidur tapi, Kamalin Mastura tak muncul-muncul.
"Dah habis basuh dah pun. Mata Mas ni tak bolehlah tengok benda yang bersepah. Auto sakit mata," balas Kamalin Mastura. Dicapai pula kain lap lalu permukaan meja makan dilap sehingga berkilat.
Reza mengulum senyuman. Dia beruntung dikurniakan seorang isteri yang rajin dan bertanggungjawab. Baru seminggu mereka bergelar pasangan suami isteri, Kamalin Mastura melayannya dengan sungguh baik. Segala keperluannya turut disediakan sama. Rugi betul bekas suami awak, Mas.
"Abang senyum-senyum tu, kenapa?" soal Kamalin Mastura. Cuak.
"Mana ada abang senyum," nafi Reza. Senyumannya mati serta-merta.
"Mas nampak abang senyum tadi. Abang ada fikir apa-apa ke pasal Mas?"
"Haah, ada."
"Abang fikir apa?"
"Malam pertama kita."
Menjegil mata Kamalin Mastura. Mula dah akaal jahat suaminya tu. Biasanya kalau dah tersenyum-senyum macam tu mesti ada benda yang Reza mahukan.
Reza mengatur langkah merapati isterinya. Tubuh Kamalin Mastura dipeluk dari belakang. Disangkutkan dagunya ke bahu isterinya. Batang leher Kamalin Mastura dikucup lembut.
"Abang pilih yang mana, perawan atau janda. Kalau abang pilih janda, sudah pasti lebih dewasa. Pandai bermain cinta..."
Membahang muka Kamalin Mastura apabila Reza menyanyikan lagu seperti itu. Satu hari tak mengenakannya memang tak sah!
"Abang pergilah masuk bilik dulu. Mas nak kemas-kemas sikit lepas tu mandi. Nanti Mas masuk bilik. Kalau abang nak tidur dulu pun tak apa," ujar Kamalin Mastura.
"Amboi, ayat macam orang nak mengelak saja ni? Nak mengelak, kan?" usik Reza lagi. Nama pun pengantin baru. Tak serulah kalau berenggang saja. Kenalah rapat-rapat.
"Mana adalah."
"Yalah, yalah. Abang tunggu dalam bilik tidur. Make sure jangan lambat sangat. Mandi wangi-wangi." Reza terus meleraikan pelukannya.
Kamalin Mastura menghantar langkah suaminya melalui ekor mata. Dia tersenyum-senyum sendiri. Tak susah rupanya kahwin dengan lelaki yang lebih muda asalkan rasa hormat tu ada di dalam diri.
"Terima kasih ya Allah kerana Kau telah mengirimkan aku bahagia yang tertangguh," ucapnya. Perlahan.
SYAKILLA menegakkan cadar katil yang renyuk. Bantal-bantal disusun rapi manakala bantal gulung diletakkan ke atas atas almari. Menyemak saja atas katil. Susahlah dia nak berpelukan dengan suaminya nanti.
Usai mengemas katil, langkah diayun mendekati baby cot anaknya yang terletak tidak jauh dari katil tempat tidurnya. Affan Mikdam yang sedang terlena itu dikendong.
Walaupun Hazril Irfan ada menyediakan bilik khas untuk Affan Mikdam tapi, Syakilla tetap berdegil. Syakilla tetap nak Affan Mikdam duduk satu bilik dengannya selagi umur anaknya tu tak cecah dua tahun. Dia gusar kalau terjadi apa-apa dekat Affan Mikdam sekiranya dia tidak ada menemani si kecil itu.
Hazril Irfan melangkah masuk ke dalam bilik tidur setelah menjamu selera di ruang makan. Bosanlah juga makan bersendirian di meja makan. Isterinya pula sibuk mengemas bilik tidur.
"Sayang..." Lembut suaranya memanggil Syakilla. Bahu Syakilla disentuh lembut.
Syakilla meletakkan kembali Affan Mikdam ke dalam baby cot. Dipusingkan badannya menghadap Hazril Irfan. Senyuman suaminya agak lain macam dan susah untuk dimengertikan.
"Mikdam dah tidur?"
"Ya, dah tidur."
Hazril Irfan memerhatikan segenap inci wajah isterinya. Terbit satu senyuman jahat di bibirnya. Kalau dulu Syakilla mengenakannya, malam ini Syakilla pula akan dikenakan. Bukan niatnya hendak membalas dendam cuma sengaja nak mengusik cinta hatinya itu.
"Abang genggam apa tu?" soal Syakila tatkala tersedar tangan kanan suaminya seolah-olah sedang menggenggam sesuatu.
Hazril Irfan berdeham. Tangan kanannya disembunyikan ke belakang tubuh. "Mana ada abang genggam apa-apa. Merepek ajelah sayang ni."
Syakilla mencebik.
"Sinilah," panggil Hazril Irfan yang dah duduk di sisi katil. Tempat di sebelahnya ditepuk-tepuk.
Syakilla akur. Dilabuhkan punggungnya di sebelah Hazril Irfan. Dia masih tak puas hati kerana tak dapat menangkap apa yang sedang disembunyikan oleh suaminya itu.
Hazril Irfan mencapai botol air Spritzer yang berada di atas meja sisi lalu dihulurkan kepada isterinya.
"Minumlah," arahnya.
"Kenapa kena minum? Sayang bukannya haus pun." Syakilla menolak lembut. Dahinya berkerut-kerut.
"Abang tahulah sayang tak haus tapi, air masak ni bagus untuk badan. Kalau kurang air dalam badan nanti jadi lain pula," ujar Hazril Irfan bersahaja.
"Abang ada pelan sesuatu ke untuk kenakan sayang?" soal Syakilla. Memicing matanya memandang Hazril Irfan.
"Ma...mana ada."
"Ya ke?"
"Sayang ingat abang jahat sangat ke nak kenakan isteri sendiri? Kalau abang nak, bila-bila boleh dapat. Tak payah nak kenakan sayang pun," balas Hazril Irfan.
Syakilla mencebik. Okey, Kella. Takkanlah dia nak kenakan kau, kan? Minum ajelah memandangkan kau pun memang tengah haus, getusnya di dalam hati.
Hazril Irfan melebarkan senyumannya sebaik saja melihat Syakilla meneguk air mineral itu. Tegukan yang kedua, terus dirampas botol itu kemudian rahang Syakilla dicengkam kuat. Ditolak masuk pil bersaiz kecil berwarna merah itu ke dalam mulut isterinya.
Syakilla terbatuk-batuk. Cepat-cepat dia meneguk air mineral itu sampai habis. Tajam matanya memandang ke dalam mata Hazril Irfan. Kerongkongnya yang perit diusap-usap.
"Abang suruh sayang telan pil apa tadi?" soalnya dengan suara yang tertahan-tahan.
Hazril Irfan menjongketkan bahunya sambil tersenyum-senyum.
"Jawab, Hazril!" Herdik Syakilla.
"Fine! Abang paksa sayang telan pil perangsang sebab abang nak kenakan sayang semula," balas Hazril Irfan bersahaja.
Berubah reaksi muka Syakilla. Hazril Irfan nak balas dendam? Kenapa suaminya buat macam tu? Takkanlah masih ada rasa benci di dalam hati suaminya untuk dia?
"Sayang jangan fikir yang bukan-bukan. Abang nak gurau-gurau sekali gus nak puaskan sayang malam ni. Tak ada niat pun abang nak balas dendam," ujar Hazril Irfan. Cepat-cepat dia membuat penjelasan sebaik saja melihat air muka isterinya bertukar keruh.
"Abang jahat!"
"Ya, abang nak jadi bad boy malam ni sebab th abang suruh sayang telan pil tu," balas Hazril Irfan sekali gus menolak isterinya sehingga terbaring di tengah-tengah katil.
Tertelan liur Syakilla melihat riak muka miang yang dipamerkan oleh Hazril Irfna. Tangan Hazril Irfan pula dah merayau-rayau di tubuhnya.
"Sayang pernah tengok abang terangsang di bawah tawanan pil tu jadi, kali ni abang pula nak tengok reaksi sayang terangsang di bawah tawanan pil tu," ujar Hazril Irfan. Dijatuhkan satu kucupannya ke dahi Syakilla.
Syakilla diam tidak berkutik. Dibiarkan sahaja Hazril Irfan memperlakukan tubuhnya memandangkan pil yang ditelan tadi telah pun memberikan tindak balas.
YOU ARE READING
KERANAKU CINTA KAU [C]
RomanceSYAKILLA IZZATI - Hidupnya penuh dengan dendam dan cemburu. Kebahagiaan yang dihidangkan oleh sahabat baiknya, iaitu Mariam membuatkan dendam dalam hatinya semakin membuak-buak. Pada masa yang sama, dia turut menyimpan perasaan kepada teman lelaki s...