Bab 56

35.1K 758 111
                                    

TERKIAL-KIAL Syakilla menarik keluar bagasi bajunya. Dia akan pergi meninggalkan Hazril Irfan. Untuk apa lagi dia berada di samping lelaki itu sedangkan Hazril Irfan hanyalah berpura-pura mencintainya.

Semasa dia ternampak Mariam memuat naik gambar tangannya bersama Hazril Irfan, hatinya bagaikan direntap keluar. Dia kenal tangan dan jam tangan yang dipakai oleh suaminya. Mustahil itu tangan lelaki lain sedangkan dia cukup kenal tangan Hazril Irfan tu macam mana.

Reza turut membantu Syakilla menarik bagasi bajunya. Mereka perlu cepat sebelum Hazril Irfan pulang. Tadi pun, semasa Syakilla menelefonnya meminta bantuan, bermacam-macam kata cacian dia berikan kepada Hazril Irfan. Dia tak sangka sahabatnya itu sanggup bermain cinta dengan bekas tunangnya di belakang isteri sendiri.

Walaupun perasaannya kepada Syakilla telah hilang tapi, dia menganggap Syakilla sebagai sahabatnya. Sahabat mana yang tak sakit bila melihat sahabatnya sedang ditimpa kesusahan.

Belum sempat bagasi pakaian Syakilla dimasukkan ke dalam bonet kereta, cahaya lampu kereta menerangi mereka berdua. Terhenti tingkah Reza sebaik saja melihat kereta mewah Hazril Irfan terparkir elok di belakang keretanya.

"Kau nak bawa isteri aku pergi mana?!" Sergah  Hazril Irfan sebaik saja melangkah keluar dari perut kereta mewahnya.

Syakilla menggeletar ketakutan melihat reaksi bengis suaminya. Dipandang Hazril Irfan dan Reza silih berganti.

"Kau dah curang belakang dia lepas tu kau sibuk nak mengaku dia isteri kau. Gila ke apa?!" jerkah Reza.

Membuntang mata Hazril Irfan memandang sahabatnya. Mana Reza tahu pasal ni? Takkanlah Mariam beritahu? Atau... Reza ada pasang spy? Dia berdeham.

"Curang apanya? Kalau tak ada bukti kau tak payahlah nak tuduh-tuduh aku," katanya.

"Cukuplah, Hazril. Tak payah berlakon lagi. Aku dah tahu semuanya. Aku dah tahu yang kau pura-pura cintakan aku." Syakilla mencelah. Sakit hatinya melihat Hazril Irfan yang masih nak menegakkan benang yang basah.

Diatur langkahnya merapati Syakilla. Redup pandangannya diberikan kepada isterinya itu. Tingkah Reza yang sedang memasukkan bagasi pakaian milik Syakilla ke dalam bonet kereta tidak dihiraukan.

"Sayang, abang boleh jelaskan..."

"Nak jelaskan apa lagi? Hampir setahun aku hidup dalam penipuan kau. Hampir setahun aku terpedaya dengan kata-kata palsu kau. Nak jelaskan apa lagi?!" Herdik Syakilla. Hatinya dah betul-betul kecewa.

"Sayang ada bukti? Sayang tak boleh nak tuduh abang macam ni," bidas Hazril Irfan.

Reza yang sedang menjadi pemerhati dah mencebik-cebikkan bibirnya. Hazril Irfan masih nak berlagak suci sedangkan pekung sendiri tu memang dah pecah. Eh, dia pula yang sakit hati menonton lakonan murah sahabatnya itu.

"Aku tak tuduh, Hazril. Aku memang ada buktinya!" Syakilla terus keluarkan telefonnya dari dalam beg tangan. Facebook dibuka. Akaun milik Mariam dicari. Dihulurkan telefonnya kepada Hazril Irfan.

"Kau ingat aku tak kenal tu tangan kau? Kau ingat aku bodoh? Sampai hati kau buat aku macam ni..." Lirih suara Syakilla menahan kekecewaan.

Berubah reaksi wajah Hazril Irfan. Dia tak sangkalah pula Mariam memuat naik gambar tangan mereka berdua di dalam Facebook. Ah, ini semua salah Mariam! Kalau Mariam tak muat naik gambar macam tu mesti hubungannya dengan Syakilla baik-baik sahaja. Dipulangkan kembali telefon itu kepada empunyanya.

"Sayang dah salah faham. Dalam perut sayang ada anak kita. Sayang tak boleh bertindak begini. Disebabkan benda kecil sayang nak lari ikut lelaki lain. Sayang tu isteri abang."

"Kau pernah cakap aku cuma isteri atas kertas, kan? Terima kasih sebab kau berjaya lemaskan aku dengan cinta kau yang tak wujud!"

Hazril Irfan terus menarik belakang baju isterinya apabila Syakilla melangkah merapati Reza. Lengan Syakilla disambar lalu dicengkam semahu-mahunya.

"Masuk dalam. Kita bincang," arahnya. Nada suaranya pun dah berubah tegang. Ianya bukan lagi satu permintaan tapi, satu arahan.

"Dah tak ada apa yang nak dibincangkan lagi. Aku dah tak nak fikir apa-apa. Kau pergi kejar Mariam kau. Jangan cari aku lagi." Lengannya yang dicengkam oleh Hazril Irfan ditarik kembali.

Keengganan Syakilla membuatkan hati Hazril Irfan jadi semakin panas. Tak mungkin dia biarkan Syakilla pergi bersama lelaki lain apatah lagi Reza. Dah tentulah Reza masih mempunyai perasaan kepada isterinya.

"Aku cakap, masuk! Kita bincang!" jerkahnya. Dilepaskan satu tamparan di pipi Syakilla. Tindakannya drastik tanpa dirancang.

Membulat mata Reza melihat tindakan luar jangkaan sahabatnya. Tangan Hazril Irfan dikilas ke belakang.

"Kau dah kenapa nak tampar Kella? Dia tengah mengandungkan anak kau, bodoh!" tengking Reza. Tubuh Hazril Irfan ditolak ke tepi dengan kuat. Terus dia memboloskan diri ke dalam perut keretanya.

"Cepat, Kella."

Syakilla menggebam bibir untuk mengawal esakannya. Pipi yang perit akibat ditampar itu disentuh perlahan. Lekas pintu kereta milik Reza dibuka. Lagi cepat dia pergi lagi bagus.

"Syakilla Izzati! Keluar! Kau tu isteri aku. Kau tak boleh ikut lelaki lain!" Kuat suara Hazril Irfan menjerit-jerit. Memaksa Syakilla keluar dari perut kereta sahabatnya. Cermin tingkap kereta itu ditampar-tampar.

Reza menurunkan cermin keretanya. Satu amaran diberikan kepada Hazril Irfan sebelum mengundurkan keretanya.

"Jangan kacau Kella lagi!"

Hazril Irfan tidak tinggal diam. Pintu pagar dibiarkan ternganga luas. Keretanya dipandu laju membuntuti kereta yang dipandu oleh sahabatnya.

"Kella, ambil tisu ni. Lap air mata you." Reza memberikan sehelai tisu kepada Syakilla yang sedang teresak-esak di sebelahnya.

"I minta maaf, Reza. I terpaksa libatkan you dalam masalah rumah tangga I. Bukan I nak ambil kesempatan tapi I dah tak tahu nak minta tolong dengan siapa." Tersedu-sedu Syakilla melepaskan tangisannya.

"Tak apa. I faham. You jangan menangis lagi. I minta maaf sebab terpaksa drive laju. Kereta suami you dah dekat. Sikit lagi dia boleh block kereta I."

Hazril Irfan menampar stereng kereta apabila dia gagal mengejar kereta milik Reza. Had kelajuannya ditambah tapi, dia menjerit geram apabila lampu isyarat bertukar merah. Alamatnya, kereta milik Reza terlebih dahulu memecut jauh meninggalkannya.

"Bodoh! Kau ingat aku akan lepaskan kau? Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing, Syakilla!" Hazril Irfan menghantuk-hantukkan kepalanya ke stereng kereta berkali-kali.

Mariam. Nama itu tidak mahu diingat lagi. Raut jelita itu tidak mahu dirindu lagi. Hatinya sudah luka parah kerana ditipu.

Sekarang, tumpuannya hanya kepada Syakilla. Dia tidak akan melepaskan Syakilla. Di dalam perut isterinya ada zuriatnya. Pewarisnya!

"Aku akan cari kau sampai lubang cacing!" Nekadnya.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now