Bab 67

34.8K 695 50
                                    

HAZRIL IRFAN membelek-belek akaun Instagram miliknya. Tiba-tiba, sekeping gambar yang dimuat naik oleh Reza menggamit perhatiannya. Gambar itu dibesarkan kemudian dikecilkan. Bebola matanya bergerak-gerak membaca keterangan yang diletakkan oleh sahabatnya.

"Oh, dah ada awek baru. Tak beritahu aku pun," gumamnya. Gatal saja jari-jemarinya meninggalkan komen. Ucapan tahniah diberikan kepada Reza kerana telah berjaya melupakan isterinya.

"Tak menangis ke Kella, boyfriend dia ada perempuan lain?" getus Hazril Irfan. Iphone ditutup. Langkah diatur ke dalam bilik tidur. Kelihatan Syakilla sedang termenung seolah-olah memikirkan sesuatu.

"Tak menangis ke Reza dah nak bertunang tak lama lagi? Tak nak cuba perangkap dia pulak?" sindir Hazril Irfan. Punggung dihenyak di sebelah isterinya.

"Kenapa? Kau nak aku perangkap dia pula? Boleh je." Syakilla tersenyum sinis.

Hazril Irfan mendengus kasar. Dia mahu menyindir tetapi dia pula terkena. Botol kosong berwarna hitam yang berada di tepi katil dicapai.

"Dalam ni ada ubat perangsang erk? Nak bagi abang?" soal Hazril Irfan lagi. Melebar senyuman nakal di dua ulas bibirnya.

"Taklah, nak bagi Hadiff."

Hazril Irfan mendengus lagi. Botol kosong itu dicampak ke tepi. Kedudukannya dirapatkan sedikit. Tangannya naik menjalar menyentuh paha Syakilla.

"Sayang..."

Meremang bulu roma Syakilla mendengar suara suaminya yang mendayu-dayu. Air liur diteguk berkali-kali. Kalau imannya tak kuat memang malam ni dia jadi makanan si kucing jantan tu. Dia berdeham.

"Aku nak tolong mak kat dapur. Kau duduklah sorang-sorang dalam bilik tidur ni." Syakilla bingkas bangun dari duduknya.

"Nak jadi isteri derhaka? Menidakkan hak suami?" soal Hazril Irfan, bengang.

Syakilla tercengang. Wah, bagus betul jadi suami. Suka-suka hati mengugut menggunakan perihal hukum Islam. Awak tu curang, tak ingat pulak? Gumamnya dalam hati.

"Kau curang tak apa pulak?" Syakilla membentak.

"At least abang lelaki."

"Apa kena mengena kau lelaki dengan kau curang?" Kening Syakilla berkerut.

"Lelaki boleh kahwin empat."

Darah merah menyerbu wajah Syakilla. Ada hati nak kahwin empat. Isteri seorang pun tak terjaga. Buku lima dikepal kuat.

"Oh, kau nak kahwin empatlah?"

"Boleh, kalau sayang izinkan." Hazril Irfan tersengih gatal.

"Pergilah. Aku tak nak ambil kisah kau nak buat apa. Kau nak ada perempuan lain ke, nak ada skandal ke, its up to you. Aku dah malas nak fikir pasal kau." Syakilla membalas. Dalam hati hanya Tuhan sahaja tahu betapa berkecamuk perasaannya tika ini.

Hazril Irfan tergelak dalam hati kerana berjaya menyakitkan hati isterinya. Itulah, siapa suruh tak nak layan abang.

"Zahir abang memang mampu nak kahwin empat tapi batin tak mampu nak layan keempat-empat isteri," seloroh Hazril Irfan seraya berdiri. Pinggang Syakilla dirangkul kemas.

"...Yang sorang pun tak terjaga apatah lagi yang lain. Baik jaga sorang je," sambungnya.

"Tak payah pegang-pegang, boleh tak! Nak cakap pakai mulut bukan pakai tangan!" jerkah Syakilla. Tangan Hazril Irfan ditepis kasar.

Jerkahan Syakilla tidak berbekas langsung dalam hati Hazril Irfan. Semakin galak dia mendekati isterinya. Belum sempat Syakilla melangkah keluar, dia terlebih dahulu menghalang laluan Syakilla di pintu. Dihalang tangan Syakilla daripada memegang tombol pintu. Senyuman nakal menghiasi bibirnya.

"Sampai bila nak marah abang?" soalnya. Sekal tarik saja pinggang Syakilla berjaya dirangkul kemas.

"Sampai mati!"

"Bukan dulu sayang cakap sayang cintakan abang? Kalau cinta mana boleh layan abang macam ni. Kalau cinta, sayang kena layan abang baik-baik," ujar Hazril Irfan. Masih segar dalam ingatannya macam mana Syakilla meluahkan rasa cinta kepadanya semasa di dalam keretanya dahulu.

"Kau memang, kan? Kau boleh cakap ikut sedap mulut kau saja. Kau anggap macam tak ada apa-apa berlaku?"

"Sebab tu abang cakap forgive and forget. Bukan abang curang sampai ke bilik tidur. Kalau abang buat macam tu, logik juga sayang nak marah lama-lama."

Syakilla ingin memboloskan diri tetapi tidak berjaya tatkala kedua-dua belah tangannya dikunci ke atas.

"Ini bukan pasal kau curang saja tau. Kau tak ingat apa yang kau cakap masa kita honeymoon kat Maldives? Kau cakap kau nak balas cinta aku. Rupa-rupanya kau tipu. Kau pura-pura cintakan aku. Sekarang kau ulang benda sama. Mungkin sekarang kau tengah berlakon," ujar Syakilla berjela-jela.

"Kenapa nak tuduh abang kalau sayang sendiri tak pasti sama ada abang berlakon atau tak," balas Hazril Irfan bersahaja.

"Aku tak tuduh!" Herdik Syakilla.

"Dah tu, kenapa perlu ada perkataan mungkin? Ya, before this memang abang berlakon. Sekarang abang tak berlakon. Faham?"

"Buktikanlah!"

"Nak bukti macam mana?"

Syakilla pula yang terdiam. Tangannya meronta-ronta minta dilepaskan. Sakit tulang bahunya diperlakukan sebegitu.

"Ini... Ini bukti cinta kita." Lembut usapan yang diberikan oleh Hazril Irfan ke perut isterinya.

Syakilla terkelu seribu bahasa. Redup pandangan yang diberikan kepada Hazril Irfan. Untuk sekian kalinya, dia goyah dengan pujukan suaminya sendiri.

Hazril Irfan terus melepaskan tangan Syakilla. Bibir Syakilla dikucup lembut. Dipimpin tangan Syakilla menuju ke katil. Didudukkan Syakilla yang dah terpaku seperti terkena ilmu pukau.

"Forgive me and forget about the past," bisik Hazril Irfan. Kucupan semakin didalamkan. Melihat kebisuan Syakilla, semakin galak dia menyentuh isterinya.

Syakilla masih terdiam kelu. Dia juga wanita yang mempunyai nafsu. Dia juga ingin dilayan selayaknya seorang isteri. Perlahan-lahan tangannya naik merangkul tengkuk suaminya.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now