Bab 76

31.8K 625 44
                                    

FIRDAUS mencapai satu tin laici yang berada di atas rak. Kemudian, di bawa tin itu ke kaunter untuk dibayar. Wang berjumlah lima ringgit dikeluarkan dari saku seluarnya.

"Kau bila nak kahwin, Daus? Membujang je Pak Ali tengok?" soal Pak Ali selaku pemilik kedai runcit itu.

"Jodoh belum sampai, nak kahwin apanya?" balas Firdaus agak marah. Geram apabila orang asyik bertanya perihal itu.

"Cubalah kuruskan sikit badan kau. Mesti ada perempuan nak nanti," usul Pak Ali.

Firdaus mendengus kasar. Baki wangnya diambil kemudian plastik yang berisi tin laici dikaut kasar.

"Abang, sayang nak jajan ni..." Syakilla mengeluarkan satu paket kecil jajan potato berwarna oren yang berada di dalam plastik yang tersangkut di dinding kedai itu.

"Ambil lah. Jangan banyak-banyak. Tak elok makan makanan ringan," pesan Hazril Irfan.

"Syakilla." Mulut Firdaus tergamam. Terbit rasa menyesal di dalam hatinya kerana telah menghina Syakilla untuk kali yang kedua.

"Killa..." Firdaus bertindak berani memegang lengan Syakilla. Kewujudan Hazril Irfan tidak dihiraukan langsung.

Bengang terus Hazril Irfan dibuatnya. Fikirnya Firdaus dah mati dilanggar lori tahi. Rupa-rupanya masih bernafas lagi.

"Lepaslah. You nak apa ni?" Syakilla menengking, kuat.

"Killa, saya minta maaf pasal apa yang saya hantar kat awak masa tu. Bukan saya yang tulis. Adik saudara saya yang tulis," ujar Firdaus bersungguh-sungguh.

"Don't touch my wife!" Hazril Irfan menolak kuat tubuh Firdaus. Hanya dia seorang sahaja yang boleh menyentuh isterinya.

"Jangan masuk campurlah, bodoh! Aku kenal Killa lebih daripada kau kenal dia. Tak payah masuk campur!" jerkah Firdaus. Hilang terus rasa hormatnya kepada Hazril Irfan.

"She is mine. Kau buta ke apa?" Berombak kencang dada Hazril Irfan menahan marah. Nasib baiklah dia berada di tempat orang. Kalau difikirkan semula memang dah pecah muka Firdaus dikerjakannya.

Syakilla dah kebingungan. Dia tidak menyangka yang mereka akan terserempak dengan Firdaus di kedai runcit Pak Ali. Satu keluhan berat dilepaskan. 

"Kau tak cintakan dia pun. Tak payah acah-acah kau care pasal dia." Hambur Firdaus. Macamlah dia tak tahu perihal kecurangan Hazril Irfan dan Mariam. Dia pernah nampak Mariam muat naik gambar mereka di dalam Facebook.

"Stop it, Firdaus! I tak ingin dekat you pun lah. You ni memang cakap tak serupa bikin, kan? Cari perempuan lainlah. You ingat I hadap sangat ke lelaki gemuk macam you?" Syakilla bersuara.

"Killa, saya ikhlas cintakan awak. Masa sekolah dulu awak pernah janji yang awak akan tunggu saya, kan?" Firdaus cuba memujuk. Takkanlah begitu mudah sekali Syakilla melupakan kenangan-kenangan mereka berdua?

"Itu zaman sekolah. Zaman tak matang. Time tu pun I tak faham pasal cinta. Antara I dengan you cuma cinta monyet. Get it?"

"Syakilla, mana boleh..." Firdaus menggeleng. Tidak percaya.

Syakilla merangkul kemas lengan Hazril Irfan. Mereka beriringan masuk ke dalam kedai. Ditinggalkan Firdaus bersendirian di muka pintu kedai runcit.

"Tak beritahu abang pun mamat tu ada dekat sini?" Wajah Hazril Irfan berubah keras. Sakit hatinya melihat Firdaus yang tak habis-habis nak merayu dengan isterinya.

"Dah tempat dia memang dekat sini, nak buat macam mana? Abang janganlah cemburu. Sayang cuma cinta kat abang seorang. Lagipun, esok kita dah balik KL. Anggap saja Firdaus tu tak wujud," balas Syakilla.

Firdaus mengeluh kesal. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran. Luntur harapannya ingin memperisterikan wanita cantik. Gusar menyelubungi sekeping hati.

Jika sehingga hujung tahun dia tidak bertemu jodoh, keluarganya nekad ingin menyatukannya dengan Hajjar iaitu anak kepada ketua kampung.

"Aku tak nak isteri gemuk. Aku tak nak isteri hodoh," gumamnya. Langkah diatur meninggalkan kedai runcit Pak Ali. 

PAK HASSAN menarik menantunya ke dalam pelukan. Berat hatinya ingin melepaskan anak dan menantunya pergi setelah hampir sebulan lebih mereka menetap di rumahnya.

"Jaga anak dan cucu abah baik-baik," pesan Pak Hassan kepada Hazril Irfan.

"Baik, abah." Hazril Irfan mengangguk. Dia pasti akan menjaga dan melindungi isteri serta anaknya. Syakilla dan Affan Mikdam adalah nyawanya.

Mak Timah mengucup pipi cucunya bertalu-talu. "Kalau ada masa terluang, ajaklah Hazril balik kampung lagi. Dapat mak main-main dengan cucu."

"Ya, mak." Syakilla tersenyum. Belakang telapak tangan Mak Timah dikucup manakala sebelah tangan lagi mengkendong Affan Mikdam.

Yusman menghulurkan tangan kepada adiknya. Kemudian, beralih pula kepada si kecil dalam dukungan Syakilla. Diusap-usap pipi anak saudaranya.

"Kami gerak dulu. Assalamualaikum," pamit Hazril Irfan.

"Waalaikumsalam," jawab ketiga-tiga mereka. Serentak.

Mak Timah menghantar bayang kereta mewah itu melalui sorotan mata. Satu keluhan berat dilepaskan. Suasana kembali sunyi seperti sediakala. Tiada lagi tangisan bayi yang selalu mengganggu lenanya saban malam. Dia bakal merindui tangisan cucu sulungnya itu.

"Cepat-cepatlah sikit meminang si Shaikhah tu, Man. Bagi mak dengan abah cucu," ujar Mak Timah. Perlahan.

Yusman tersengih-sengih. Tengkuk yang tidak gatal digaru. Sebenarnya, gadis itu sudah bersedia cuma dia saja yang minta untuk tangguhkan. Dia nak kenal Shaikhah dengan lebih dalam lagi. Dia tak nak terburu-buru mendirikan rumah tangga.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now