MARIAM berjalan seorang diri di Gardens by the Bay menikmati kehidupannya sebagai wanita solo. Jauh di sudut hati, dia juga ingin disayangi dan dicintai dengan seorang lelaki yang ikhlas menerima kekurangannya. Lelaki yang diharapkan mampu memberikan kebahagiaan kini telah bahagia bersama sahabatnya.
"Opsss! Sorry."
Terkebelakang terus Mariam dibuatnya tatkala bahunya dirempuh oleh seseorang. Dia mendongak memandang lelaki berkulit putih itu.
"It's okay." Mariam tersenyum kecil.
"Hmm, are you here, alone?"
"Yes. Why?" soal Mariam, kebingungan. Mereka tak saling mengenali tapi mat salih ni sibuk pula nak tanya dia itu ini.
"Same with me. I'm alone too. By the way, my name is Isaac. I'm from Maldives. And you?" Tangan dihulurkan untuk bersalaman.
"Mariam. From Malaysia," jawab Mariam. Huluran tangan Isaac disambut mesra.
"Okay, do you like to travel?" soal Isaac lagi. Sebelah tangannya memegang kamera untuk menangkap gambar.
Mariam mengangguk.
"Me too..." Isaac tersenyum.
Mariam kekok. Dia tidak kenal siapa lelaki mat salih ini. Ramah sungguh lelaki itu kerana menegurnya walhal mereka tidak pernah bersua muka.
"Come..." Dengan beraninya Isaac menarik tangan Mariam. Dijadikan Mariam sebagai model untuk gambar-gambarnya. Mariam pula tak menolak.
HAZRIL IRFAN memerhatikan tingkah Syakilla yang sedang menyusukan Affan Mikdam. Sesekali jari-jemarinya membelai lembut pipi tembam anaknya itu. Tersenyum-senyum dia melihat Affan Mikdam yang memejam mata sambil menghisap susu badan.
"Abang, tolong ambilkan stokin Mikdam. Ambil yang warna hijau belang-belang tau," arah Syakilla. Punggung anak lelakinya ditepuk-tepuk lembut.
Hazril Irfan bingkas bangun. Almari pakaian isterinya dibuka. Stoking yang diminta oleh Syakilla dicapai kemudian diserahkan kepada Syakilla.
Syakilla memakaikan stoking pada kaki tembam anaknya sementara Affan Mikdam menikmati keenakan susu badan.
"Kuat betul dia menyusu," komen Hazril Irfan. Siang tadi pun boleh tahan juga anaknya tu menyusu. Pantang tinggal kejap, terus menangis mahukan si ibu.
"Itulah, haus sangat agaknya."
"Turn abang bila pulak? Abang pun nak susu jugak." Hazril Irfan menarik muncung sedepa. Lagaknya persis anak kecil sedang merajuk kerana tak dapat mainan.
Membulat mata Syakilla memandang suaminya. Mulut tu celopar betul. "Apa cakap macam tu depan anak. Tak senonohlah abang ni."
"Eh, itu abang punya tau. Mikdam pinjam je," balas Hazril Irfan tak puas hati.
"Nah, hisap puting ni." Syakilla menyumbat puting Affan Mikdam ke dalam mulut suaminya. Mulut tu tak ada insurans.
Hazril Irfan semakin memanjangkan muncungnya. Puting anaknya ditarik dari mulutnya kemudian diletakkan ke tepi.
"Lambat betullah sayang nak habis pantang," gerutu Hazril Irfan.
"Eleh, sebelum kahwin boleh je tahan. Tak mati pun. Atau abang ada tidur dengan mana-mana perempuan?" Syakilla menduga. Keningnya terangkat-angkat.
Hazril Irfan melongo. "Sampai hati tuduh abang macam tu. Abang teruna lagi tau masa malam pertama kita."
"Yalah tu. Sayang mana tahu abang teruna lagi ke tak. Lelaki, kan? Mana boleh detect." Balas Syakilla bersahaja.
"Abang terunalah, sayang."
"Habis tu, sekarang teruna lagi tak?" Syakilla mengusik. Ditahan mulutnya daripada menghamburkan gelak.
"Okey, abang tanya balik. Sayang dara lagi tak sekarang?" soal Hazril Irfan.
"Tak..."
"Kenapa tak?"
"Abang dah curi."
"Hah, jawapan kita sama. Sayang dah curi teruna abang jugak."
Syakilla mencebik. Diletakkan Affan Mikdam di atas katil selepas anaknya kekenyangan susu. Dahi licin itu dikucup sekilas.
"My turn!" Hazril Irfan terus menerpa ke arah isterinya.
"Hazril, ikut abah pergi beli barang." Pak Hassan memanggil dari luar bilik tidur.
"Padan muka. Itulah, gatal lagi. Tunggulah sayang habis pantang." Syakilla tergelak kecil.
Hazril Irfan memuncung. Tangan disilangkan ke dada. Dihentak-hentak kakinya keluar dari bilik tidur.
YOU ARE READING
KERANAKU CINTA KAU [C]
RomanceSYAKILLA IZZATI - Hidupnya penuh dengan dendam dan cemburu. Kebahagiaan yang dihidangkan oleh sahabat baiknya, iaitu Mariam membuatkan dendam dalam hatinya semakin membuak-buak. Pada masa yang sama, dia turut menyimpan perasaan kepada teman lelaki s...