Bab 54

29K 602 133
                                    

HADIFF menjamu ayam rendang yang dimasak oleh Mak Timah dengan begitu berselera sekali. Dia sudah tambah nasi sebanyak tiga kali. Dia betul-betul kenyang. Hidup seorang diri di Seremban, dia lebih banyak mengisi perut dengan makanan-makanan tidak berkhasiat.

"Kau dah ada awek belum?" soal Yusman kepada sepupunya. Air basuh tangan ditarik mendekat.

"Belum lagi tapi aku ada minat kat seorang perempuan cina ni. Masalahnya dia cakap aku pendek. Taguna!" balas Hadiff sambil mengunyah nasi.

"Apa yang pendek? Badan atau tut kau?" Yusman menghamburkan gelak.

Hadiff melongo. Dibaling tulang ayam kepada sepupunya. Sakit hati mendengar ayat Yusman. Bahagian peribadinya hanya dia seorang sahaja yang tahu saiz dan ukurannya. Huh!

"Badanlah, bongok!" Hadiff mencerlung sepupunya.

Yusman tergelak lagi. Seronok dapat mengenakan sepupunya itu. Hadiff kelihatan comel jika sedang marah.

"Taste kau bukan main, erk. Nak minah cina. Kenapa tak nak minah melayu?" soal Yusman tak puas hati.

"Aku nak anak-anak aku nanti putih macam mak dia. Lagipun, perempuan cina tu lawa. Body mantap. Kaki jinjang. Geram aku tengok," Hadiff tersenyum-senyum semasa menceritakan tentang perempuan yang diminati dalam diam.

"Amboi, mana kau kenal dia?"

"Anak bos aku."

Yusman menepuk dahi. Alamatnya, sampai kiamatlah sepupunya itu tidak dapat memiliki perempuan itu. Yalah, mana mungkin perempuan cina yang dimaksudkan oleh Hadiff berkenan dengan sepupunya yang serba kekurangan itu.

"Haih, teruskanlah dengan berangan kau tu." Yusman menggeleng.

HAZRIL IRFAN menanti dengan penuh sabar. Sudah setengah jam, Mariam masih belum berkunjung tiba. Makanan sudah terhidang di atas meja. Lilin pula semakin mencair. Lagu cinta sudah lama berkumandang. Dia mula berasa kecewa. Ke manakah teman wanitanya itu menghilang? Mereka sudah berjanji akan bertemu di restoran ini.

"Sorry, saya terlambat." Mariam menyapa.

Hazril Irfan mendongak. Senyumannya mekar. Wanita yang ditunggu-tunggu sudah ada di hadapan mata.

"Come." Hazril Irfan lekas berdiri. Ditarik kerusi buat wanita itu.

Mariam tersenyum. Dandanannya pada malam itu kelihatan sungguh cantik dengan hidung mancung terletak. Tergoda Hazril Irfan melihatnya.

"Baby cantik sangat malam ni. Geram saya tengok," puji Hazril Irfan.

"Tak secantik isteri awak." Sengaja Mariam menduga. Dia ingin melihat reaksi teman lelakinya.

"Kella, cantik? Baby buta kot. Ha ha ha!" Hazril Irfan menghamburkan gelak.

"Eh, betul lah apa saya cakap. Kalau dia tak cantik takkan lah boleh mengandungkan anak awak, kan?" Mariam menyindir pula.

Hazril Irfan terus terdiam. Tangan Mariam dicapai. Belakang telapak tangan wanita itu dikucup lama. Haruman yang terbit di kulit lembut bak bayi itu benar-benar menggoda naluri kelakiannya.

"Saya tak nak pun anak tu, baby. Saya terlepas kat dalam masa saya sentuh dia. Bila dah buat tu baru tersedar. Saya nak je suruh dia gugurkan anak tu tapi saya terpaksa kuburkan hasrat saya tu.

"Pertama, saya kena jaga hati dia sebab Kella tu suka mengugut. Kedua, mama dengan papa saya sibuk nak cucu. Saya tak sayang pun anak tu." Luah Hazril Irfan bersungguh-sungguh.

"Tapi itu kan anak awak?"

"Ya, memang anak saya. Masalahnya, saya tak plan langsung nak ada anak dengan perempuan yang saya tak pernah cinta. Baby boleh bayangkan tak nasib budak tu nanti tak dapat kasih sayang seorang ayah?" Hazril Irfan mengeluh.

"Habis tu, awak nak anak dengan siapa?" Mariam mengenggam erat tangan teman lelakinya.

"Dengan baby." Hazril Irfan menguntum senyuman.

Mariam terkedu. Redup pandangan yang diberikan kepada teman lelakinya. "Boleh awak tinggalkan Kella lepas dia bersalin nanti?"

Hazril Irfan tersentak. Genggaman tangannya terus melonggar.

KASUT bayi disusun cantik-cantik di atas meja solek. Syakilla tersenyum lebar. Telefon dicapai kemudian beberapa keping gambar ditangkap sebelum dimasukkan ke dalam laman Instagram. Koleksi kasut baby! Syakilla tersengih lagi. Kasut-kasut comel itu terus disimpan semula ke dalam tempatnya.

"Buat apa?" soal Hazril Irfan yang berdiri di muka pintu bilik.

"Eh, dah balik. Pukul dua belas malam baru ingat jalan balik rumah. Sayang ingat abang nak tidur kat restoran tu dengan client abang," sindir Syakilla.

Hazril Irfan menjulingkan matanya ke atas. Diperhatikan wanita itu daripada atas sehingga ke bawah. Dia nak goda aku ke? Bisik hati kecilnya.

"Esok malam jadi eh keluar jalan-jalan dengan sayang?" soal Syakilla inginkan kepastian. Dia tidak mahu menerima alasan lagi.

"Ya, jadi." Hazril Irfan mengangguk.

Syakilla melorek senyuman. Set pakaian bayi diletakkan ke dalam almari. Punggung dihenyak ke birai katil. Perutnya yang membuncit diusap penuh kasih. Tingal berapa bulan saja lagi dia bakal melahirkan anak ini. Pasti suaminya gembira.

"Abang, meh sini. Usaplah perut sayang." Pergelangan tangan Hazril Irfan dilelar lembut mengarahkan suaminya memanjakan perutnya.

"Bagi abang mandi dulu ya, sayang. Nanti abang usap perut tu sampai pagi," balas Hazril Irfan.

"Yalah. Mandilah. Abang busuk," Syakilla memicit hidungnya. Sengaja nak mengusik sang suami.

Hazril Irfan tidak melayan. Dia memboloskan diri ke dalam kamar mandi. Pakaiannya dibuka kemudian dicampak ke dalam bakul kotor. Punat shower ditekan. Dibasahkan tubuhnya di bawah pancuran air.

"...Boleh awak tinggalkan Kella lepas dia bersalin nanti?..."

Kata-kata Mariam berlegar-legar di dalam mindanya. Hazril Irfan mengeluh. Wajah diraup. Dia bingung untuk membuat keputusan berkaitan hala tuju hidupnya selepas ini.

EUSOFF membuka pintu rumah agam yang sudah lama ditinggalkan. Beg pakaian ditolak masuk ke dalam. Suasana rumah yang sunyi sepi sungguh membosankan. Dua orang anaknya pun sudah ada kehidupan sendiri.

Gambar seorang wanita separuh usia yang tergantung di dinding dikerling sekilas. Terbit rasa bersalah di dalam hatinya kerana merobek sekeping hati yang tulus menerimanya suatu ketika dahulu.

Wanita yang sudi menghulurkan bantuan ketika dia sedang tersungkur. Yang sudi membantu dia dalam perniagaan sehingga berjaya. Telefon dikeluarkan. Nombor seseorang di dail.

"Hello, Mat. Aku baru balik Malaysia. Aku nak kau awasi gerak-geri perempuan tu," arahnya.

"Baik, tuan." Jawab pemilik suara di corong telefon itu.

Eusoff mematikan panggilan. Kerana kecurangannya, dia ditampar oleh bekas abang iparnya. Kerana kecurangannya, dia gagal dalam mendirikan empayar bisnesnya. Perlukah dia melupakan dendam dan mempergunakan orang yang tidak bersalah? Satu keluhan berat dilepaskan.

"Hazril..."

Nama anak saudaranya meniti di dua ulas bibirnya. Satu keluhan berat dilepaskan.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now